Tuesday, March 4, 2008

H A N T U yang ketika PRU die hidup...benar atau tak?Saksikan

Anda kenal Edna Parker? Siapa sebenarnya Edna Parker tersebut? Daripada manakah asalnya?

Edna (Scott) Parker dilahirkan pada 20
April 1893. Beliau merupakan Supercentenarian daripada Amerika. Ape
kebende pulak tu Supercentenarian? Supercentenarian ialah istilah bagi
sesiapa yang mencapai umur 110 tahun atau lebih. Bleh tengok lebih
lanjut Supercentenarian tu di sini.
Jadi Edna Parker ni merupakan manusia paling tua di dunia (setakat saat
artikel nie ditulis) setelah kematian Yone Minagawa daripada Jepun pada
13 Ogos 2007.


Habis tu apa kena mengena Edna Parker ngan Pilihanraya nie?

Anda buka laman web rasmi SPR: http://daftarj. spr.gov.my/ daftar.asp

Manusia tertua di dunia adalah Edna Parker yang dilahirkan pada 20 April 1893. Hanya berusia 115 tahun.

Itu sahaja ke? Tidak.



Sekarang apa kata anda pula yang semak ic-ic di bawah. Untuk rekod
kesemua ic di bawah adalah dimiliki oleh mereka-mereka yang lebih tua
daripada Edna Parker.Mereka masih hidup dan mereka insya-Allah akan
keluar menunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negara pada 8 Mac
ini.


801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045
801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
890211050014

Edna Parker-Manusia Tertua di Dunia. Malangnya ada
sekurang-kurangnya 37 orang di Malaysia yang lebih tua daripadanya dan
masih hidup. Ini baru 37 nama yang sempat di kesan. Bagaimana pula
dengan nama yang tidak dapat dikesan? Cuba lihat list supercentenarians
yang masih hidup di dunia ini: http://en.wikipedia .org/wiki/ List_of_living_ supercentenarian s


Di mana yer letaknya nama 37 supercentenarians Malaysia yang bertuah nie yer?


Sumber: www.izoblog. com/isu-semasa/ lagi-pembongkara n-penipuan- spr

HADITH ANCAMAN TERHADAP PENGUNDI KERANA KEBENDAAN


Ana terjumpa satu hadith berikut. Boleh dijadikan peringatan sempena dah dekat dengan PRU nih kan...

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.

1) Orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum Ibnu al-Sabil (para musafir yang kehabisan bekalan minuman).

2) Orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.

3) Orang membai‘ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ‘Alaihi).

Huraian hadith bolehlah tanya mana2 ustaz dan mana2 yang arif.

harap-harap kita tidak tergolong dalam golongan ke 3 dan kesemuanya
Mungkinkah yang berlaku di Bachok boleh dijadikan iktibar melalui hadith ini.

Monday, March 3, 2008

nilai satu undi

Salam Kamunting,

Untuk masuk syurga Tuhan, kita hanya perlukan satu kalimah yang
mengembirakanNya. Untuk dihumban ke neraka Tuhan ( ‘iyazan biLlah ),
manusia cukup hanya dengan satu kalimah yang memurkakanNya.
Allah, begitulah kuasa, kehendak dan mahuNya yang penuh hikmat dan haq.

Di dalam Islam, yang kecil sangat menjadi sangat besar jika ianya
besar disisiNya. Yang besar sangat - sangat boleh jadi sangat - sangat
kecil jika ianya kecil disisiNya.

Dosa kecil yang dilihat kecil dan remeh oleh manusia akan
jadi besar dan berat akibatnya di sisiNya. KebengisanNya tiada
diduga. Dosa besar yang dilihat besar dan ditakuti oleh manusia akan
jadi kecil dan ringan saja di sisiNya. KeampunanNya tiada diduga.

Kerana itu, walaupun ada dosa kecil dan ada dosa besar, ia mestilah
sentiasa besar di sisi hambaNya. Murka Tuhan besar semuanya. Seorang
raja, sekilas murkanya adalah bala! Inikan Allah yang maha berat
murkaNya. Ia bukan Mahafiraun, bahkan Dialah Allah yang Maha - Maha.

Orang mukmin, dosa ibarat gunung yang menimpa. Menggerunkan. Orang
munafik, dosa hanyalah lalat yang hinggap di hidung. Menyerabut saja.

Pilihan raya umum ke 12 di negara kita membuka tirai. Natijahnya
adalah masa depan negara. Negara adalah kita dan anak - anak kita juga.
Negara yang baik diselubungi ampunan Tuhan. Negara yang buruk diambang
kemurkaan Tuhan.

Pilihan raya nilai kiranya pada undi yang diberi. Satu diri satu
undi. Seorang ulama atau cendekiawan memiliki satu undi, samalah dengan
seorang bodoh dungu atau pelacur.

Satu undi si alim yang menolak negara ke kemurkaanNya adalah
sebab kepada murka dan nerakaNya. Satu undi si pelacur yang menarik
gembira dan ridhaNya adalah sebab untuk mengetuk ridha dan syurgaNya.

Setiap pekerjaan adalah berbekas di sisiNya. Dia Maha Halus dan Maha Seni.

Justeru bergerak adalah memberi bekas sebagaimana diam juga memberi
bekas. Samada anda mengundi atau tidak, itulah tindakan dan anda
kenalah tunggu akibat baik dan buruknya tindakan itu di sisiNya.

Berdiam membiarkan kebaikan berterusan adalah pahala yang didamba,
manakala berdiam membiarkan kejahatan berterusan adalah dosa yang mesti
ditanggung.

Dua undi pada pilihan raya 2004 telah menyelamatkan Kelantan
daripada jatuh kepada pendukung faham sekular yang menolak negara
kepada murkaNya. Kekurangan tiga undi itulah yang menjadikan UMNO
Kelantan separuh gila selama empat tahun menanggung keperitan kekalahan
kepada Islam dan pejuangnya.

Dua undi itulah yang menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan. Jika
sebaliknya, anda pastinya telah melihat di Kelantan kedai 7 eleven
dipenuhi botol - botol arak untuk tegukan anak remaja Melayu. Anda
pastinya telah menyaksikan tiada lagi erti halal dan haram dalam
perbendaharaan negeri. Anda akan menyaksikan kemaksiatan yang tidak
dihiraukan, malah digalakkan.

Anda pastinya kehilangan qudwah dan contoh yang hebat sebuah
pemerintahan Islam yang ulama adalah pemandunya. Tidakkah dalam malu -
malu dan enggan, kerajaan pusat telah meniru Kelantan dalam beberapa
tindakannya selepas ditibai dan dibantai habis - habisan?
Ingat cuti 2 hari seminggu? Tidakkah Kelantan hampir lumat digiling?
Ingat cuti bersalin 60 hari? Tidakkah Kelantan hampir lunyai dipajan?
Ingat sistem pajak gadai Islam yang kini diterima pakai oleh bank -
bank konvensional?

Justeru anda harus faham dan akur bahawa satu undi nilainya adalah seribu undi. Satu undi mampu mengubah landskap politik negara.
Pak Lah bermaharaja lela dalam tidurnya menaikkan harga minyak dan
barang dan mengagihkan kekayaan negara kepada sesama keluarganya kerana
kuasa undi yang memberinya keselesaan penuh. Itu baru dalam tidurnya!
Jika beliau celik, habis pejuang disumbat ISA agaknya.

Jangan bangkitkan Pak Lah daripada tidurnya! Harimau dalam lalinya disangkarkan.

Kerusi pembangkang yang banyak di parimen mampu menyekat Pak
Lah daripada bertindak sesuka hati membodohkan rakyat. Kekuatan
penentangan dan nasihat yang baik di parlimen akan membri rakyat
kesedaran untuk berfikir dan berubah demi maruah dan jati diri.

Undilah PAS untuk kedaulatan Islam.


http://nikabduh.wordpress.com/

Sunday, March 2, 2008

Maka undilah dengan pertimbangan I M A N . . .

“Tepuk dada, tanya iman”. Satu ungkapan yang diubahsuai dari ungkapan tradisi “tepuk dada tanya selera”. Ya, selera itu kadang-kadang berpulurkan nafsu. Selera semata tidak layak menjadi sandaran. Iman dan ilmu yang patut menjadi pedoman.






Tak lama lagi, anda mungkin akan mengundi. Undilah dengan ilmu, maklumat sahih lagi seimbang, juga dengan iman. Dapatkan hujah dan bicara dari semua pihak. Usahalah mencari maklumat yang terselit dan terpencil. Usah sekadar bergantung kepada maklumat yang terpampang dalam akbar arus perdana, atau yang tersiar dalam televisyen semata-mata. Biarlah adil. Bacalah juga maklumat dari harakahdaily, malaysiakini, juga tranungkite. Sudah baca semuanya, buatlah pertimbangan.

Pertimbangan itu biarlah dari fikiran yang waras. Tenang dan jelas. Jangan mudah tergoda dengan agenda propaganda hitam. Dalam dunia politik, antara teknik propaganda berkesan ialah dengan pengulangan. Contoh seperti ini: Buka tranungkite. Buka tranungkite, kalau mahu percaya. Jangan lupa buka tranungkite. Cepatlah buka tranungkite. Ya, buka tranungkite. Buka, jangan tak buka tranungkite…. Diulang-ulang (ni contoh sahaja).

Secara tidak sedar pendengar, penonton atau pembaca akan terpesona, dan mampu bertindak di luar pertimbangan akalnya. Di bawah aras sedar. Seakan dipukau. Jadi, usah mudah tergoda dengan poster-poster, iklan bertimbun-timbun di TV, akhbar dan mana-mana. Cuba buka televisyen. Berapa kali iklan-iklan itu diulang-ulang. Anda sebagai pengundi yang bijak usah terperangkap dengan strategi ini.

Sebelum keluar mengundi, bacalah bismillah. Mintalah petunjuk dari Allah. Sebelum mengundi dan memangkah, bacalah bismillah. Ingat, mengundi itu ibadah. Ibadah sebab kita akan menentukan masa depan anak-anak kita. Kita tidak rela, anak-anak muda terus terleka dengan dunia kelalaian. Kita tidak mahu lagi, orang-orang ‘atas’ menunjukkan contoh rosak akhlak dengan segala macam skandal dan penyelewengan. (yang anehnya, orang yang berskandal itu dilayan seperti hero pula). Kita tidak mahu harta wang negara dipunggah sesuka hati.