Tuesday, September 16, 2008

Kasih Sayang



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang



Ermm..Lama jugak rasanya dah tak update blog nih, maklum la dah ade yang lagi satu..biasa la kan kata org tua2, habis madu sepah dibuang, kacang dimakan kulit dibiarkan..hish..teruk sungguh la kan sikap manusia mcm ana nih..ana harap sahabat2 lain dapat jauhkannye..OK


Alhamdilillah, sedar tak sedar dah 16 ari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan nie..Cepat sungguh ana rasakan masa tu berlalu..Ramadhan macam tak sabar2 nak meninggalkan ana..apatah lagi mereka yang benar2 beriman dan beramal dalam ramadha nih..mesti rasa lagi cepat ramadhan nak pergi..Ramadhan pemergianmu ditangisi mereka yang mangasihiMu...

Kasih Sayang

Sebenarnya ana pun tak de idea sgt nak menulis tgh2 ari nih..tapi memandangkan peraturan baru dalam rumah ana skrg nih yang menyebabkan ana tak leh nak edit blog malam2 so kne la gne kan siang hari nih sebaiknya penggunaan internet..ermm..peraturan2..nak wat mcm mana..mesti nak kne obey..

Haa..baru teringat balik..tadi nak cerita pasal "kasih sayang". Word that make people feel happy.Bila mendengarnya, yang tua rasa dihargai, yang muda rasa diberi perhatian..semua rasa suka..Cuma kali ini ana nak kita sama2 fikirkan kembali kasih sayang sesama sahabat2 kita..

Yang muslimin berkasih sayang bersama muslimin..yang muslimat berkasih sayang bersama muslimat.Cuma bagi sesetengah orang ianya agak janggal..dan kadang2 timbul rasa geli hati terutama pabila disebut laki2 perlu berkasih sayang pada lelaki..

Ermm..ana pun pelik mengapa..mungkin sejak berzaman definisi kasih sayang tu ruang lingkupnya terlalu sempit..bila sebut kasih dan sayang minda kita di setkan dengan kebahagiaan dan keharmonian hidup sepasang laki2 dan perempuan..Pelik kan kita..jumud tak bertempat..ana kot antara orgnya tu..tapi insyaAllah orientasi pemikiran ana semakin berubah..boleh menerima pendifinasian yang lain asalkan membawa mesej yang sama..

Salah ke laki2 berkasih sayang sesama lelaki..dan yang hawa berkasih semasa mereka??Cuma bile disebut ukhuwwah kita merasakan wujud ikatan tetapi sejauh mana ukhuwwah ini dibajai dengan rasa kasih sayang??Entah2 ukhuwwah kita nh ukhuwwah pilihan tak..sekalipun nampak macam ade ikatan contaohnya satu organisasi ke, atau satu persatuan ke, atau satu tempat kerja ke..namun hakikinya tiada langsung rasa menghargai sebuah persahabatan disebabkab ketandusan kasih dan sayang..

Jadi pemahaman tentang ungkapan kasih sayang ini perlu dijelaskan pada umum..OK la cuba tengok balik cerita2 hayat hidup nabi..bagaimana didikan nabi menyebabkan Saidina Ali sanggup menggantikan tempat tidur Nabi pada malah hijrahnya Nabi ke Madinah..Kisah kasih dan sayangnya Abu Bakar pada nabi ketika menahan kesakitan yang melampau semasa bersembunyi di dalam gua tatkala dalam perjalanan hijrah..Kisah sahabat yang sanggup tidap minum air yang diberikan padanya semata mata sayangnya die pada sahabatnya yang lebih memerlukan..

Jadi benih kasih sayang yang tumbuh bertunjang dalam diri akan dihiasi dengan mekarnya sifat berbaik sangka akan menafikan seluruh perkara yang cuba menghalang dua lelaki untuk terus berkasih sayang kerana Allah...

Jadi mari sama2 kita ubah mindsetting, paradigma pemikiran, dan aplikasi dalam kehidupan tentang kasih sayang..