Thursday, May 1, 2008

TIDAK RUGI JADI WANITA



TIDAK RUGI JADI WANITA

Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikkan wajahnya. Kemanisan wanita solehah, tidak terletak kepada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu. Bukan dan tidak sama sekali, kepetahan wanita solehah, bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek.
Hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akhkaknya, itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai. Jarang terhimpun pada seorang wanita cantik rupa paras, tinggi keilmuan serta bijaksana,
indah akhlak pekertinya, baik keturunannya, berharta dan terpelihara agamanya. Beruntunglah pada sesiapa yang memilikinya.

Namun, jangan dibangga dengan kecantikkan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman, agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat
ilahi. Jangan berbangga dengan duniawi yang dikuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan.
Jangan pula berduka cita atas kekurangan diri, kerana ada insan lain yang lebih malang.

Diciptakan wanita itu dengan satu akal dan sembilan nafsu. Namun itu bukanlah kelemahan seorang wanita. Akal yang satu jika dimanfaatkan sepenuhnya, kekuatannya mampu menundukkan sembilan nafsumu. Hiasilah cantik diri dengan akhlak yang baik dan luhur pekerti. Jadilah wanita yang lembut bicaranya, manis tutur katanya tetapi tegas pendiriannya mempertahankan kebenaran. Tinggikanlah martabat diri dengan menguasai ilmu. Sesungguhnya ilmu itu penyuluh hati. Ilmu itu
juga akan menjadikan kau bijak mengurus urusan hidupmu. Dekatkanlah dirimu dengan Rabb, hanya Dia-lah pemudah segala urusanmu. Jadikanlah segala cabaran hidup dan ujian itu sebagai penguat
semangat perjuanganmu. Jangan sesekali rebah dan berserah di atas segala mehnah di hadapanmu.

Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina syakhsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya, dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.


Jadikanlah dirimu bak bintang germelapan di langit malam, penghias mintakul buruj, indah kemilaunya, namun sukar dimiliki. Hanya yang mampu terbang tinggi dapat menggapainya.

Bersyukurlah di atas apa yang ada, serta berusahalah memajukan diri demi agama, bangsa dan negaramu. Kenali dirimu, pasti kau kenali siapa penciptamu.. Gunalah segala kelebihan yang ada untuk mencari
keredhaan Allah..

Salam perjuangan untuk sohabiahku...

" Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah "

No comments: