Friday, August 29, 2008

Mainan Alasan Untuk Teruskan Penganjuran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

KHAMIS, 28 Ogos - Dalam suasana hening untuk menyambut kemerdekaan yang tinggal hanya tiga hari lagi, kita disogokkan dengan keputusan Jemaah Menteri yang amat mendukacitakan berhubung dengan kebenaran semula penganjuran konsert Avril Lavigne, artis kelahiran Napanee, Ontario, Canada yang sememangnya kemasukannya ke negara kita Malaysia terutama diambang kemerdekaan mencerminkan pengkhinatan pemimpin negara terhadap kesucian tanah air.


'No Avril'- signal protes dari mahasiswa

Sekalipun sekretariat Hal Ehwal Wanita (HELWANI) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menyerahkan memorandum bantahan penganjuran konsert Avril Lavigne kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut pada 20 Ogos yang lalu dan pada awalnya keputusan pembatalan konsert Avril Lavigne itu telah diterima, namun keputusan pembatalan itu akhirnya ditarik semula dan konsert pada 29 Ogos ini bakal diteruskan.


Sedih dan kecewa. Ini sahaja yang dapat salam yang dapat saya sampaikan buat pemimpin negara kita hari ini yang tidak menitikberatkan soal nilai sebuah kemerdekaan dan kesucian kehadiran Ramadhan yang bakal tiba 1 September ini.

Pengerusi Helwani GAMIS, saudari Mala Abdullah selepas pertemuan sejam dengan wakil Puspal semalam (27 Ogos 2008) mengesahkan KPKKW pada awalnya telahpun menimbangkan untuk tidak meneruskan konsert itu dengan alasan tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia.



Bagaimanapun, kerajaan membenarkan semula konsert setelah menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar ia tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini.

Persoalannya, sejauh mana batas-batas kita telah dipersetujui bersama itu tidak akan dikhinati oleh agensi yahudi ini, sedangkan umat Islam yang terisi di dalam jiwa mereka iman juga goyah apabila disajikan bahan hedonisme sebegini.

"Berhibur tak salah, Islam pun benarkan..tapi bukan ini caranya", ujar Naib Presiden 1 Persatuan Mahasiswa Islam, saudara Mohammad Zul Hilmey Bin Makmud dalam menyurakan pendirian beliau terhadap keputusan yang diambil untuk terus membenarkan penganjuran konsert tersebut.

Keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan ini semenangnya tidak wajar dan mencerminkan pencemaran moral dan akhlak ini bukan hanya di diperingkat remaja dan belia, malah kepimpinan negara itu sendiri yang mana mereka itu terdidik hasil dari tangan - tangan sekular penjajah yang menanam benih - benih Yahudi dalam minda kita.

Ayuh mahasiswa!

Saya menyeru kepada semua mahasiswa terutama di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, yang mana landskap politiknya dilihat agak sejuk dan nyaman, agar sama-sama kita buka minda dari dijerat protokol Yahudi laknatullah ini dalam menyatakan bantahan kita secara terbuka terhadap penganjuran konsert Avril Lavigne yang tidak bermoral ini.

Ingat! Mahasiswa bakal pengganti tampok kepimpinan negara. Justeru, didikan untuk menjadi pemimpin yang berkualiti dan bermoral untuk masa akan datang bermula saat ini.

Salam Mahasiswa
Salam Reformasi


Mohd Amin Bin Mohd Hamami
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal- Pembuatan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan Yang Merdeka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh





25 Syaaban 1429 H, 27 OGOS - 'Allahumma baariklana fi rajaba, wa sya'abana, wa balighna Ramadhan'. Alhamdulillah, setinggi -tinggi kesyukuran mari sama-sama kita rafa'kan kepada Sang Pencipta yang sehingga kini masih lagi membuka ruang dan peluang buat kita meniti saat-saat akhir sebelum menjejakkan kaki ke Ramadhan yang Mulia. Ucapan terima kasih sekali lagi kita sembahkan pada Pemilik Agung Alam Semesta yang Maha Kasih pada hamba-hambanya, sehingga saat ini kita dilimpahi dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga.


Ramadhan vs Merdeka



Balai cerap seluruh negara akan menjalankan tugas masing-masing bagi menentukan tarikh 1 Ramadhan 1429 H yang dijangka jatuh pada 1 September 2008, Isnin depan. Namun persoalan yang ingin dilontarkan untuk percambahan minda bersama, sejauh mana persiapan ke arah memasuki bulan yang mulia ini telah kita persiapkan pada diri kita. Para sahabat didikan Nabi Muhammad s. a w yang tidak lekang dari bibir mereka kalimah zikir pada Allah, tidak melepaskan peluang 6 bulan sebelum Ramadhan dijadikan waktu untuk mensucikan diri dan membersihkan hati dari segala kotoran duniawi sebelum menyambut kehadiran bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini.

Mungkin itu persoalan biasa yang dilemparkan kepada kita selaku insan awam yang kerap leka dan lalai untuk mengabdikan diri padaNya. Masalah kedua pula yang timbul adalah kehadiran Ramadhan kali ini bakal disambut secara besar-besaran oleh seluruh pelusuk masyarakat Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, agama dan bangsa.

Tidak salah untuk masyarakat beragama lain meraikan kedatangan Ramadhan yang suci ini, tetapi apa yang dibimbangi dan menghantui penulis sehingga kini adalah sambutan secara besar-besaran yang bakal diadakan ini bukanlah untuk Ramadhan tetapi tarikh penting dalam negara iaitu Hari Kemerdekaan.

Saya bukanlah rakyat Malaysia yang anti-nasionalisme, bukan juga mereka yang tidak berjiwa merdeka dan jauh sekali untuk dikatakan sebagai makhluk jumud, malah prinsip dan etika hidup mengajar saya untuk menghayati bagaimana untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar.



Apakah ini yang dikatakan patriotisme kpd negara??


Saban tahun kita saksikan masyarakat Malaysia yang mengisytiharkan diri mereka 'merdeka' menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah menodai nilai kemerdekaan yang ada pada tarikh bersejarah itu.



Sajian daripada pemerintah negara untuk beliawan harapan bangsa

Malam 31 Ogos sering kali menjadi tarikh penting untuk muda mudi berpesta dan bersuka ria berlatarbelakangkan persembahan konsert daripada artis-artis yang berpakej menyimpang dari norma kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka. Penganjuran program sambutan kemerdekaan yang berwajahkan aktiviti yang tidak menghargai penat lelah pejuang-pejuang kemerdekaan sering kali mendapat kutukan dan hamburan sinis dari sesetengah pihak yang ada nilai kesedaran dalam diri mereka, namun teguran dan nasihat sebegini dijadikan bahan gelak tawa mereka bahkan ada yang melabelkan nasihat tersebut sebagai 'musuh negara'.




Pesta kemerdekaan setiap tahun di dataran merdeka..sudah merdekakah minda kita??




Belia negara rosak akibat percaturan zalim pemerintah yang tidak mendidik anak bangsa


Terang lagi bersuluh perkara yang sama bakal kita hadapi hanya beberapa hari yang akan mendatang. Sambutan ini bukan hanya mendapat penganjuran besar-besaran diperingkat nasional, malah sehingga peringkat akar umbi termasuk kampus-kampus yang menjadi kilang pemimpin masa depan turut dididik dengan budaya merosak dan menghina nilai kemerdekaan negara.Berikut saya sertakan beberapa bukti dalam menyatakan kesedihan terhadap muda mudi dan beliawan negara kita





Situasi yang sama bakal berulang dalam menyambut kemerdekaan kali ini





Alangkah malangnya keadaan begini andai hari esoknya 1 Ramadhan





Lebih malang saya rasakan situasi begini terjadi pada anak muda Islam andai esoknya
HARI QIAMAT!!!

Situasi sebenar Sambutan Hari Kemerdekaan Sempena 50 Tahun 2007
Peringkat Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pusat Ko-Q UTM
30.07.2007

(untuk gambar-gambar lain sila klik pada gambar berkenaan)

Selingan doa selamat dan nyanyian patriotik lagu-lagu kebangsaan sudah cukup untuk mengaburi mata rakyat dalam menyatakan pemimpin-pemimpin negara kita pemimpin yang berjiwa merdeka, sedangkan terlalu banyak aktiviti yang dijalankan telah menodai kesucian sebuah kemerdekaan. Inilah dia gambaran sebenar senario politik negara yang menjual maruah negara tanpa kita sedari walhal minda dan akhlak kita sedang dijajah oleh agenda Yahudi laknatullah.

Paling menyentuh hati dan membuatkan iman meronta apabila memikirkan persoalan 'Merdeka' yang bakal diasimilasikan bersama kehangatan sambutan 'Ramadhan'. Mungkin ada dikalangan mereka yang beragama Islam seperti yang tercatat di atas kad pengenalan mereka, sedang sibuk membantu menghiasi suasana untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuhnya sehari sebelum kehadiran Ramadhan.



Hinanya nilai merdeka bagi remaja ini yang tidak tahu menghargai dari segi moral dan etikanya



Saya amat pasti dan yakin ada di antara mereka tidak langsung mempersiapkan diri untuk bersama-sama dgn Ramadhan, bahkan boleh dikatakan ada yang tidak sedar pun akan bahang dan kehangatannya merapati kita. Sungguh malang jadi orang Islam. Hal ini terbukti dan jelas berlaku dihadapan saya sendiri apabila seorang insan bergelar 'mahasiswa' terpinga-pinga dan membilang hari apabila saya nyatakan padanya kita akan berpuasa Isnin depan.Malang yang berganda.


Ramadhan Yang Merdeka


Mujur masih ramai di kalangan ummat Islam di Malaysia hari ini diberi sentuhan hidayah dari Allah untuk merasai bayu Ramadhan yang bakal menjelma ini. Mengapa saya tajukkan artikel ini sebagai Ramadhan yang merdeka??Apakah ia membawa erti seperti kupasan saya sebentar tadi-proses mengasimilasikan kehadiran Ramadhan bersama Hari Kemerdekaan??

Jauh panggang dari api. Sebenarnya ada dua pengertian secara pandangan peribadi terhadap ungkapan ini. Kedua-duanya mungkin membawa makna yang berbeza tapi tujuannya tetap sama.

Yang pertama 'Ramadhan Yang Merdeka' ini, suka untuk saya ertikan sebagai suatu platform kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini untuk sama-sama kita merdekakan diri sendiri dari dibelenggu segala macam kekusutan duniawi sebelum kaki melangkah memasuki rumah Ramadhan yang mendatang. Kalau selama ini kita bergelumang dengan sampah maksiat, ambil peluang yang ada untuk memohon taubat dari Allah mensucikan diri dan hati. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui dapat kita kecapi kemanisannya dengan penuh penghayatan dalam keadaan diri yang telah disucikan.

'Ramadhan Yang Merdeka' ini juga sebenarnya membawa suatu makna tersirat yang signifikan. Pada hemat saya ia menjelaskan pada kita betapa kasihnya Allah pada hambanya dengan menyediakan satu bulan tarbiyyah sebagai medan untuk kita service kembali iman serta menjadikannya ia bekalan taqwa untuk kita tempuhi 11 bulan yang akan datang dalam keadaan diri kita merdeka dan bersih dari segala dosa dan noda. Graduan yang berjaya dengan cemerlang hasil didikan University of Ramadhan ini akan merasakan diri mereka merdeka daripada dibelenggu hasutan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mencari ruang untuk melalaikan kita.


Kata Akhir

Sebagai menggulung daripada apa yang terlintas di hati untuk dibincangkan bersama ini, marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan sebenar dalam fasa menyambut tetamu Shahru Ramadhan yang didalamnya memiliki seribu satu nikmat dan rahmat dari Allah bagi mereka yang tahu menilainya.Selaku umat Islam yang bertamadun dan merdeka, seharusnya kita menjuarai persoalan sikap,akhlak dan etika dalam apa jua bidang kerana kita dibekalkan manual kehidupan yang cukup agung iaitu Al-Quranul Karim,Kalamullah.

Justeru jadikan kemerdekaan kali ini sebagai platform awal untuk kita berubah dan merubah ke arah suatu yang lebih synergic untuk membangunkan ummat Islam. Apa salahkan kita jadikan solat hajat dan juga munajat kepada Allah sebagai hiburan kita sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara kita dan juga ketibaan Ramadhan. Semoga usaha kita mencegah diri kita dan saudara muslim kita yang lain dari melakukan kemaksiatan kepada Allah diawal2 Ramadhan ini bakal mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.





Indahnya andai merdeka disambut dengan kata syukur pada Yang Maha Esa





Nukilan :

Mohd Amin Bin Mohd Hamami
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Teknologi Malaysia

Wednesday, August 27, 2008

Sekalung Tahniah Buat Revolusioner Negara!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Penyepian ana untuk seketika selama ini bukan bermakna ana tak cakna dengan keadaan semasa. Alhamdulillah, masih lagi Allah beri kesempatan waktu untuk kita bersama.

Pertamanya sekalung tahniah ana ucapkan buat Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) atas kenenangan beliau bukan sekadar menjadikan kepercayaan rakyat Permatang Pauh (P44) sebagai taruhan, tapi pengharapan seluruh rakyat Malaysia.

Senario ini sebenarnya memberi sinar dan harapan baru yang berganda buat Pakatan Rakyat untuk bangkit dan terus melestarikan hasrat dan harapan rakyat yang inginkan melihat 'Malaysia Baru' tanggal 16 September ini.

Kemuncak kepada kemenangan ini sebenarnya membuktikan rakyat tidak lagi yakin kepada kepimpinan UMNO -BN yang kini menerajui tampok kempimpinan negara dalam keadaan berbaur korupsi dan berlatarbelakangkan finah dan rahsuah.

Luahan dari DSAI ini bakal menjadi tagihan janji dari rakyat yang meletakkan sepenuh kepercayaan dan harapan padanya untuk mencapai apa yang diperjuangkan selama ini.Kata-kata ini dipetik dari blog DSAI-http://anwaribrahimblog.com/:-


Tatkala menyorot kenangan dan nostalgia berjuang memartabatkan harakat bangsa, saya sering mengingatkan diri dan teman-teman akan firman Allah swt dalam Surah Hud, ayat ke-88 yang bermaksud:

"…Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali."

Insha-Allah, mudah-mudahan saya mampu memikul amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan bukan semata-mata ke atas saya, tetapi juga kepada Pakatan Rakyat ke arah merealisasikan harapan baru buat Malaysia.

-ANWAR IBRAHIM-


Pemimpin yang berjiwa rakyat lagi berkarismatik ini diharapkan bakal menggegarkan parlimen mengetengahkan isu rakyat dan membawa gelombang perubahan politik negara ke suatu era yang menjulang kembali keagungan Islam sekalipun negara Malaysia ini menaungi kelompok masyarakat majmuk yang paling unik di dunia.

Semoga tarikh 26 Ogos 2008 yang penuh bersejarah ini menyajikan perubahan yang bermanfaat ke atas landskap politik Malaysia.

Sunday, August 3, 2008

C.A.N.T.I.K