Wednesday, July 30, 2008

KEMBARA...




berjalan di bumi yang tandus ini
penuh duri...
tanpa sedar dan penuh lalai
usia beredar penuh kejahilan dan kemusnahan

mengembara mencari dunia hakiki
tiada jumpa arah yang sejati
tiada pembimbing penunjuk jalan yang suci
hidup terumbang ambing sendiri..sendiri..

Tuhanku dengarlah bicara hati ini
dariku insan sering tersisih
di lautan penuh dosa dan noda..
demi mencari secebis kasihMu..

Tuhankan tangan ini menadah sayu..
keampunan di perjalanan jauh..
semoga di terima di sisiMu..
sebagai bekalan negeri abadi..

Tuesday, July 22, 2008

Tada bezanya di antara kita...



ingatlah sahabat
tiada beza di antara kita

warna kulit
rupa paras
pangkat dan harta
kaya dan miskin
itu hanya kacamata dunia

pada DIA
yang membezakan kita
hanyalah
TAQWA....

Sunday, July 20, 2008

Di Kala Hati Terusik (episod 1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah setelah hampir lebih sepuluh hari (kalau tak silap ana lah) blog ini menyepi, tanpa suara dan nada, tanpa kata bicara, tanpa khabar berita gembira..Akhirnya Allah bg juga ana kesempatan untuk melirik rasa rindu di alam maya nih.Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana hilangnya Sang Perantau akhir2 nih. Ana tak hilang pun, cuma terpaksa menyepi seketika, maklumla awal2 semester nih banyak tugasan dan gerak kerja yang nak di buat untuk
membimbing adik2 baru terutamanya..

Ermm..banyak sebenarnya cerita nak di coretkan di sini..tapi memandangkan ketidaksempatan masa yang ada so tak leh la nak ceritakan banyak2.Ape pon perkongsian yang sedikit ini dapat dijadikan pedoman.

Baru-baru nih ana diminta oleh sahabat2 ana yang menguruskan satu kem motivasi di sebuah sekolah berhampiran untuk ana handle satu slot khas. Pada mulanya ana agak terkejut bila dikatakan slot khas.Sbb ana nih tak biasa sebenarnya untuk mengemudi satu2 slot terutama yg melibatkan psikologi manusia.Maklum la ana nih student mekanikal. Hati enjin boleh la ana selami..hati manusia nih lemah sikit la..

Ana di minta untuk handle satu slot muhasabah untuk adik2 PMR dan SPM nih.Bukan mudah..sebab minda dan psikologi mereka2 nih hampir sama dengan ana sendiri. Terpaksalah ana melebihkan keupayaan diri untuk tidak ditenggelami oleh mereka2 yg fizikalnya agak besar berbandung ana yang kecik nih..Alhamdulillah berbekalkan pengalaman dan ilmu pembacaan psikologi yang sedikit ana ada ini ana cuba beranikan diri.

Slot bermula agak lewat, kira2 jam 11 malam..yg pada awalnya dijangkakan bermula 10.30 malam.Kerisauan ana cuma satu, slot ni akan jd tak menarik kalau ramai yang tertidur..sbb ana assume ramai yang dah penat seharian berprogram.Jadi secara semerta ana terpaksa memikirkan solusinya..akhirnya dapat.Slot muhasabah dalam keadaan berdiri.Yang biasanya dibuat dalam keadaan duduk.

Bermula dengan suatu game ringkas untuk mengalih perhatian adik2 nih.Supaya tak nampak sgt tujuan sebenar slot malam tu.Ringkas tapi penuh bermakna.Ana mintak supaya dituliskan atas kertas masing2 janji mereka pada ibu dan ayah mereka apa yang akan mereka buat selepas tamat dari progran ini.5 janji ana mintak peserta ini tulis atas sekeping kertas kecil dalam masa hanya lima minit.Masing2 tekun menulis sambil ada yang sedang berkhayal mencari ilham yg belum bertandang.Ana paksa dan terus menekan mereka dengan masa yg diberikan.

Dalam pada masa yang sama 5 perkara utama ana tekankan pada mereka sejak awal slot lagi.Iaitu 5 misi utama yang bakal kita dapat malam tu, "KEPANTASAN,KETANGKASAN,KECEKAPAN,KREATIVITI DAN BERANI BERTINDAK"....banyak kali ana ulang misi ini supaya setiap tindakan mereka ke arah mencapai misi.Slot semakin menarik.Masa 5 minit yang ana beri dah tamat.Tapi still lagi ada peserta yang belum siap 5 janji mereka..Yang macam nie ana provok "kamu tak pantas..lembab.." biar peserta rasa bersalah dalam diri sendiri.Akhirnya selang beberapa ketika semua mengangkat tangan yang ade kertas menunjukkan mereka telah siap tugasan yang ana berikan.

Masuk stage kedua.Lebih mencabar dan perlukan penelitian dari setiap peserta.Yang mana leka dan tidak bersedia akan gagal ujian kali ini.Ia memerlukan kemahiran berfikir yang agak tinggi berbanding tahap pertama tadi.

Belon warna-warni ana agihkan pada setiap peserta.Masing2 berebut untuk dapatkan warna kesukaan.Hati ana tertawa kecil, "tak lama tu..kejap jaa..".Arahan yang ringkas dan padat ana keluarkan.Setiap dikalangan para peserta mula memberikan tumpuan yang lebih.Kerana sekali lagi 5 misi utama slot ini ana ulangi lagi.Masing2 mula mengambil tempat.




"Abang mintak mulai sekarang tidak ada sebarang bentuk bunyi yang keluar dari mulut"...ramai yang tercengang.Kagat seketika.Pelik dan ternanti-nanti arahan seterusnya.Ana menyambung lagi,"ok..abang nak adik2 tiup belon ini sebesar belon di tangan abang,tak nak besar dan tak nak kecik,sebelum tiup masukkan dulu kertas janji kamu ke dalam belon...yang tak ikut arahan kumpulan dikira kalah", sekali provokasi ana berjaya menundukkan ego sesetengah peserta..

"ok..lepas nih duduk dalam kumpulan masing2 dalam keadaan bulatan..mulut pastikan tidak berbunyi..."
, arahan demi arahan ana keluarkan di samping melihat suasana.Alhamdulillah keadaan terkawal. "ok..bagi yang dah bentuk bulatan, sekarang masing2 pusing menghadap ke belakang."..ini bermakna setiap ahli kumpulan akan membelakangi rakan masing2.Hairan bin ajaib timbul di benak mereka..Apalah yang abang sorang ni nak buat pada kami.

Seperti biasa, ana ulangi misi slot ana pada malam tu..membuatkan mereka semakin berdebar2.. Sekalipun tiada mulut yang dapat bertanya, namun riak wajah mereka menggambarkan mereka ternanti sesuatu."Sekarang abang nak semua pejam mata...muslimin dan muslimat"..


p/s:nak tahu ending...nanti ana sambung..k




Thursday, July 10, 2008

Sekadar berkongsi..


"Bunga yang indah ini akan terus mekar indah, andai ianya disiram dan dibajai dengan nilai kasih sayang"



Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Buat sahabat2 yang sudi singgah di teratak buruk, membaca blog ana yang tak seberapa nih.Mudah2an ade sedikit ilmu yang dapat ana kongsikan untuk ingatan bersama.Dan juga diharapkan ilmu yang dikongsi ini bakal menjadi saham yang bermanfaat ketika menghadap Yang Maha Esa kelak.InsyaAllah…

Ermm..Hari ini sarat dengan tugasan dan pengisian untuk diri ana. Sekalipun kelas belum lagi bermula memandangkan bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal masih ramai pelajar yang menjalani latihan industri. So, tak semua kelas yang ada hari ini.

Cuma apa yang cuba nak nak kongsikan hari ini ialah bagaimana dengan tiba2 hati kecil ini boleh tergelak dan melirikkan senyuman secara tiba2 dikala ana sedang mengelamun mengenangkan peristiwa yang berlaku lima hari lepas. Mujur tak de sape2 yang memerhati ana ketika itu.Kalau tak malu satu sem.Senyum sorang2 tak tentu pasal.Teruk la ana nih..

Tapi nak buat macam mana.hati dah tak leh nak tahan.Perasaan yang muncul tiba2 disebabkan jawapan dari seorang freshie baru mendaftar, begitu menyentuh jiwa ana. Jiwa yang seni ini.

Entry ana yang lepas ade ana ceritakan pasal sukan di hujung minggu haluan siswa (MHS) UTM Skudai.Meriah..dan amat meriah.Di suatu ketika sedang ana kibarkan bendera kebanggaan Persatuan Mahasiswa Islam ana di sapa oleh seorang pelajar baru.Ana menoleh ke belakang.Melihat dia dan rakannya dari kolej yang sama masing2 berbaju hitam.Sempat mata ana mencari nama kolej yang tertera dibaju adik ini.Owh..Kolej Tun Razak rupanya.Patutlah mukanya agak familiar bagi ana. Hati ana berbisik, adik nih mesti kerap gi solat subuh berjemaah minggu lepas ketika ana berpeluang menyampaikan tazkirah.Lantas terus ana menegurnya,

“Adik nih dari KTR ye??Patutlah macam biase tengok ja”,saja ana nak mulakan perbualan dengan menambahkan kemesraan.Mudah2an hatinya terbuka untuk berbicara panjang.

“Ha ah..ye bang…Kami bertiga nih dari KTR, abangkan selalu bagi kuliah subuh kat kami”,pantas salah seorang dari mereka menjawab.

Suasana sukan mencambahkan idea ana untuk terus berbual.Ana terus menyoal adik nih..

“KTR dah menang apa setakat nih??”,rasa ingin tahu timbul dalam hati ana.Lalu adik tadi juga yang agak riuh mulutnya lantas dengan selambanya menjawab,

“Alaa..Kami menang kategori Kolej paling sopan je”, tersentak hati ana mendengar kalimah yang diluahkan oleh mulut si adik ini.Ingatkan dia nak bagitahu yang kolejnya telah memenangi salah satu dari sukan yang dipertandingkan.Rupanya tidak.

Satu jawapan yang membuatkan ana rasa amat bersyukur, sekalipun bukanlah datang dari usaha ana yang tak seberapa.Hanya pesanan2 yang disampaikan dengan analogi2 dan kisah2 menarik perhatian untuk dijadikan pedoman sebagai bahan kuliah subuh.Itu sahaja.Maklumla..ana nih bukannya ustaz nak sampaikan ilmu agama yang tinggi2,ilmu di dada nih pun masih sikit sangat.Ye la..Mechanical Engineering ( Manufacturing ) student la katakan…Ape pun seperti yang dah ana pesan pada rakan2 sebelum nih..sapa pun kita, tugas dakwah terbeban atas bahu kita bilamana kalimah tauhid kita lafazkan dilidah dan I’tiqad di dalam hati bahawa hanya Allah yang layak disembah dan Muhammad itu adalah pesuruhNya..Jadi mahu atau tidak kita kene sampaikan sekalipun sedikit…

Jadi ana rase setakat tu dulu perkongsian untuk hari ini…Harap2 ana boleh senyum sorang selalu lagi..

Wassalam…

Monday, July 7, 2008

Sahabatku...





Hidup ini akan sunyi kalau tak de kawan
Alhamdulillah Allah kurniakan ana rakan2 yang baik
pelbagai ragam
pelbagai rupa
pelbagai gaya
membuatkan ana rasa begitu indah hidup ini
sekalipun berjauhan dengan keluarga....
Mungkin ini yang dikatakan nikmat bersahabat

Terima kasih segalanya

Ana kembali...




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Lama sudah rasanya ana tak meng'update' blog nih.Tetiba je rasa nak menjenguk,maklum la bila dah bukak sem nih banyak perkara yang nak di handle..kalau org len hanya jadi student, ana mungkin lebih dari tu..macam2 perkara perlu diselesaikan.

Alhamdulillah setelah seminggu adik2 baru mendaftarkan diri mereka di kampus UTM skudai nih hari ini merupakan hari pertama mereka masuk ke kelas.Buat pelajar kanan juga ana mengucapkan selamat kembali ke kampus untuk teruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa.Dan buat teman seperjuangan dan sahabat2 ana yang dicintai, medan kita telah kembali semula.Antum sekalian tidak boleh lagi lena dengan mimpi yang indah.Banyak kerja dan tugas yang perlu seorang du'at galas.Teruskan perjuangan.Semoga dapat istiqamah dalam setiap gerak laku kita.

Di kesempatan kali ini ana menulis dalam blog mungkin ana nak kongsikan sedikit sebanyak kisah yang berlaku dalam minggu lepas.Memandangkan terlalu sibuk dalam menguruskan gerak kerja untuk "bertempur" maka blog kesayangan ini sedikit terabai.Tak pe, kali ini ana sempat kongsikan sedikit.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sepanjang minggu haluan siswa menyambut dengan hati terbuka freshie2 yang baru mendaftar di sini pada 1 dan 2 Julai yang lalu.Kelihatan riak wajah mereka yang putih berseri bakal membawa sinar harapan yang baru buat kampus untuk lebih bercahaya pada semester ini.

Dan juga ana mengucapkan setinggi rasa syukur kpdNya kerana Dia telah memberi ana kekuatan untuk menyampaikan tazkirah selepas solat subuh secara berjemaah di Kolej Tun Razak (KTR) hampir selama seminggu.Bagi ustaz2 pengajian Islam mungkin tidak menjadi masalah untuk sampaikan ilmu yang mereka pelajari di kelas, tapi sebaliknya bagi ana. Maklumlah insan biasa yang Allah kurniakan sedikit kelebihan untuk bercakap dihadapan orang,menyampaikan ilmu pada org lain sekalipun ilmu di dada masih sejengkal.Malu rasanya ana untuk menerikatan perkara nih.Tapi apa pun perkongsian ini mudah2an dapat sama2 kita ambil pengajaran bahawa nak tak nak kita kena sampaikan ilmu Allah itu pada manusia selagi kita berkemampuan.Salah dan silap itu perkara biasa kerana kita bukanlah insan maksum seperti para anbiyya'. Oleh itu ana bertekad untuk berubah menjadi muslimin yang bukan sahaja boleh memimpin muslimatnya tapi juga dapat memimpin keluarga yang lebih besar dari keluarganya sendiri. Sebab hari ini masyarakat yang putus talinya dengan Tuhan begitu ramai, dan bagi ana kita yang sedar perlu menghulurkan tangan pada mereka supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.

Hari Jumaat lepas telah memberi suatu motivasi dalaman pada ana yg cukup terkesan.Khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Musytari menggetarkan jiwa ana.Tegak bulu roma ketika ana mendengar ustaz ismail meluahkan kata2 dari mulutnya.Bingkas celik dan segar mata ana yang dilanda kesayuan disebabkan keletihan sebelah pagi.Masakan tidak.Dengan suara yang tegas,kuat dan memenuhi sekian ruang yang besar dalam Masjid Sultan Ismail(MSI) diulit pula dengan kata2 yang benar2 menusuk kalbu menginsafkan diri ana yang kerdil ini.InsyaAllah kalu ade masa ana akan post kan teks khutbah beliau.


Oklah ana kongsi sedikit.Ia berkisar tentang mahasiswa hari ini dan kepemudaan di zaman Nabi dan para sahabat. Nak btau sahabat2..kalau kita nak bandingkan dunia remaja kita hari ini mmg jauh sangat dengan masa silam.Masa kemunak IslaM GEMILANG.Kisah Ashabul Kahfi yang bersembunyi untuk menyelamatkan iman,Usamah bin Zaid yang memimpin tentera dikala masih muda,Muhammad Al-Fatih yang menakluk Rom, Saidina Ali yang menggantikan nyawa Baginda Nabi ketika peristiwa hijrah demi untuk melihat Islam yang agung terus berkembang dan ramai lagi nama yang begitu agung dan penuh sarat masa muda mereka diisi dengan memperhambakan diri padaNYa.Hebat,nyata hebat dibandingkan dengan mahasiswa hari ini yang rosak imannya dan malah ada yang ingin menghancurkan Islam itu sendiri dari diri mereka.Na'uzubillah.

Hari sabtu pula tiba.Hari yang agak meletihkan sekalipun belum melaluinya.Tapi diri dah dapat merasainya.Di kesempatan hari sabtu ini telah membuku memori yang begitu indah buat diri ana serta sahabat2 lain.Semuanya sebab ana..tapi tak pasti la.Ana hanya merancang tapi yang dah tentukannya Allah Yang Maha Mengetahui.Terima kasih Allah sebab permudahkan segalanya hari itu. Hari yang penuh ceria setelah perancangan yang rapi dijalankan untut 'tawan' padang dengan suasana PMI yang menguasainya..Alhamdulillah ianya berjaya.Planning untuk kuasai padang UTM yang luas dengan kibaran bendera PMI berjalan mudah.Ana tukang kibar berdera.Tinggi menari di udara.Berkibar megah.Terbang diseluruh penjuru padang.Memenuhi ruang anak mata setiap manusia di padang yang memandang nya, termasuk orang2 tertinggi kampus.

Disamping bendera berkibar megah, ada lagi perkara yang menarik perhatian adik2 baru diisi sekitar pemegang bendera [tepi ana la tu]...'APRONMAN' @ lebih sedapnya 'BATCHBOY' memakai apron yang diletakkan pada apron tu button batch PMI yang comei2 sambil membawa balang yang dipenuhi kacang untuk di teka adik2..Suasana riuh rendah, menarik, sekalipun ringkas tapi adik2 baru suka menerimanya.Suasana terus ceria sambil ikhtilat dikalangan laki-laki dan perempuan,siswa dan siswi dijaga.Alhamdulillah semuanya menjadi.Tamat sehingga tengahhari..Memang letih ari tu.Tapi hati ana menjerit gembira dan suka.Sekalipun sahabat lain mungkin rasa biasa. Sebab agenda lain yang lebih besar bakal bermula.Dan permulaannya telah menjanjikan penghujung yang yang bisa diramal dengan mudah.Apepun semua tu ketentuan dariNya...

Ok la...sikit sebanyak dah ana kongsi...Mungkin tu sebab blog ni agak menyepi seminggu ni..dan ana merasakan ia bakal menyepi untuk lebih lama lagi selepas ini.Ada tugas besar yang perlu diselesaikan....

Ok..insyaAllah berjumpa lagi.

Tuesday, July 1, 2008

Kerana Dirimu Begitu Berharga!


Assalamualaikum W.B.T buat sahabat2 sekalaian...

Entah mengapa tiba-tiba sahaja tangan nih gatal nak kupas tajuk nih.Frasa iklan komersial (Loreal..kalau tak silap ana lah) membawa ana untuk mengupas ttg kehidupan remaja @ anak muda kita hari ini. Yang kadang kala dilihatkan hilang harga diri disebabkan jenayah yahudi membawa kehidupan mereka supaya hanyut dalam dunia budaya kuning, yang kotor lagi menjijikkan,iaitu hedonisme.

Ana agak terkesan dengan suatu perbualan ringkas seorang anak kecil dengan ibunya.

“Ummi, kalau Adilla menyanyi salah ker??”, rungut Adilla, anak kecil yang terkesan dengan nasihat ustazahnya sewaktu sesi persekolahan pagi tadi pada ummi kesayangannya.

“Tak salah, tapi dalam Islam ada caranya”, segera Ummi membalas keraguan yang timbul di benak Adilla, anak kesayangannya.Kembali tenang jiwa anak kecil ini yang meronta imannya untuk mendapatkan kepastian dari seorang ibu mithali.


Apabila kita sebut menyanyi, semestinya perkataan ini terlalu sinonim dengan istilah hiburan.Ya, umpama aur dan tebing, tidak dapat dipisahkan lagi.Mungkin Adilla si anak kecil tadi,dalam usianya yang masih muda hatinya tertanya tanya pada si Ummi, apakah menyanyi dan berhibur itu bakal mendapat murka Allah dan dibalas dengan dosa yang akhirnya dijanjikan neraka??

Bagi ana Islam bukanlah agama yang meminggirkan hiburan secara keseluruhannya, bahkan dalam Islam menganjurkan untuk kita berhibur sesama rakan taulan dan ahli keluarga bagi mengeratkan silaturrahim dan memupuk rasa kasih dan sayang. Ini kerana Islam agama yang syumul menitik beratkan soal fitrah manusia itu sendiri yang suka pada hiburan. Cuma indahnya hiburan Islam, Allah telah tetapkan buat kita Al Quran sebagai rujukan untuk kita berhibur.


Dalam Islam hiburan yang indah ialah hiburan yang mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta Yang Maha Esa iaitu dengan tunduk mengabdikan diri padaNya;melaksanakan ibadah wajib dan sunat, cinta pada Al Quran,berzikir dan munajat padaNya.Inilah hiburan yang teragung disisi Allah bagi insan-insan yang bertaqwa. Adapun begitu Islam masih menerima sebarang bentuk hiburan lain umpamanya nyanyian, nasyid, bersukan dan sebagainya selagi mana hiburan itu berjalan di atas landasan keindahan syariat Islam. Pastinya hiburan yang Islam gariskan ialah hiburan yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah dan terjaga batas pergaulan di antara lelaki dan wanita.

Saban hari dapat kita saksikan hati kita yang Allah jadikan begitu seni ini terisi dengan seribu satu macam pengisian duniawi. Agaknya berapa kali kita rasa bersyukur padaNya setiap hari atas kurniaan sekeping hati yang begitu unik ini.

Alunan-alunan merdu suara artis popular tanah air dengan kalimah cinta sesama insan seringkali mengisi ruang kekosongan jiwa kita. Persembahan rancak pelatih-pelatih reality TV’ hari ini seperti Akademi Fantasia, Geng Star, Bintang Kecil dan sebagainya lebih mudah kita jadikan sumber untuk menghiburkan dan mententeramkan hati. Sedang Allah s.w.t menjanjikan hiburan yang paling indah untuk mententeramkan hati seperti firmanNya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Justeru kita selaku mahasiswa yang menjadikan ilmu sebagai penyuluh cahaya hati, perlu senantiasa menjaga hati dari dicemari kekotoran agenda halus protokol yahudi yang menyelimuti manusia dengan budaya hedonisme yakni hiburan yang melampaui batas dan mengundang kemurkaan Allah. Bukankah apa yang kita cari dalam hidup ini adalah keredhaan dan kecintaan dari Allah? Apakah mungkin ilmu yang kita pelajari selama ini akan mendapat berkat dari Allah andai kita kerap mengisi hati dengan nilai-nilai barat yang mengeruhkan jiwa dan melemahkan minda? Apabila ilmu kita tidak berkat, apakah mungkin pula kerjaya dan pendapatan yang bakal kita peroleh diredha Allah? Dan kita bakal melahirkan generasi, sanggupkah kita menyuapkan anak-anak kita daripada sumber pendapatan kita yang tidak berkat tadi??

Hasil daripada rantaian pusingan kehidupan ini, kita akan terus melahirkan generasi anak muda yang lemah mindanya, berjiwa kecil, kurang sifat kepimpinan, dan tidak lagi menjadi ikon buat masyarakat di luar sana.

Oleh itu, marilah sama-sama kita membawa angin perubahan pada diri. Mulakan hidup kita dengan menjadikan hiburan Islam ini sebagai alternatif yang terbaik untuk menghiburkan diri di samping mendapat keredhaan Allah di dalam hidup ini.

Cat Steven atau dikenali sebagai Yusuf Islam setelah disinari cahaya Islam juga seorang penyanyi dan penghibur yang menjadikan hiburan sebagai metod dakwah yang paling efisyen. Muncul pula Opick kumpulan dari Indonesia yang kian menambat hati anak muda hari ini dengan lagu-lagu hiburan yang diselitkan mesej kutuhanan. Tidak kurang hebatnya juga kumpulan nasyid tanah air yang turut memberi saingan kepada artis-artis popular kita kian menambat hati anak muda di samping melebarkan sayap dakwah. Akhil Haiyy yang merupakan seorang penceramah agama dan turut merakamkan album nasyid kini menjadi igauan dan sebutan di bbir-bibir remaja yang dahagakan hiburanyang berunsurkan penghayatan kepada Ilahi. Malah ramai lagi penghibur serta kumpulan-kumpulan nasyid yang boleh kita jadikan sebagai koleksi hiburan hati, bukan sekadar hati terhibur bahkan jiwa kita tumbuh subur mekar dibajai rahmat Ilahi.Barulah keberkatan hidup kita ini melahirkan generasi muda penerus agama yang disegani dan dihormati kerana punyai jati diri yang sejati. Ayuh! Selamatkan generasi muda kita hari ini daripada dibajai jiwa mereka dengan kecintaan duniawi semata-mata.


Mohd Amin Bin Mohd Hamami

Opick - Taubat


Opick - Taubat

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekalipun ianya hanya lagu yang berkumandang untuk menjadi halwa indah buat telinga-telinga insan yang mendengarnya sedikit sebanyak ianya memberi kesan yang mendalam pada diri ana apabila menghayati lirik ringkas yang membawa kita mengenal tuhan disamping rasa banyaknya dosa kita padaNya..Ubat yang mujarab ialah TAUBAT!!

So..jom sama-sama kita dengar lagu nih