Entah mengapa tiba-tiba sahaja tangan nih gatal nak kupas tajuk nih.Frasa iklan komersial (Loreal..kalau tak silap ana lah) membawa ana untuk mengupas ttg kehidupan remaja @ anak muda kita hari ini. Yang kadang kala dilihatkan hilang harga diri disebabkan jenayah yahudi membawa kehidupan mereka supaya hanyut dalam dunia budaya kuning, yang kotor lagi menjijikkan,iaitu hedonisme.
Ana agak terkesan dengan suatu perbualan ringkas seorang anak kecil dengan ibunya.
“Ummi, kalau Adilla menyanyi salah ker??”, rungut Adilla, anak kecil yang terkesan dengan nasihat ustazahnya sewaktu sesi persekolahan pagi tadi pada ummi kesayangannya.
“Tak salah, tapi dalam Islam ada caranya”, segera Ummi membalas keraguan yang timbul di benak Adilla, anak kesayangannya.Kembali tenang jiwa anak kecil ini yang meronta imannya untuk mendapatkan kepastian dari seorang ibu mithali.
Apabila kita sebut menyanyi, semestinya perkataan ini terlalu sinonim dengan istilah hiburan.Ya, umpama aur dan tebing, tidak dapat dipisahkan lagi.Mungkin Adilla si anak kecil tadi,dalam usianya yang masih muda hatinya tertanya tanya pada si Ummi, apakah menyanyi dan berhibur itu bakal mendapat murka Allah dan dibalas dengan dosa yang akhirnya dijanjikan neraka??
Bagi ana Islam bukanlah agama yang meminggirkan hiburan secara keseluruhannya, bahkan dalam Islam menganjurkan untuk kita berhibur sesama rakan taulan dan ahli keluarga bagi mengeratkan silaturrahim dan memupuk rasa kasih dan sayang. Ini kerana Islam agama yang syumul menitik beratkan soal fitrah manusia itu sendiri yang suka pada hiburan. Cuma indahnya hiburan Islam, Allah telah tetapkan buat kita Al Quran sebagai rujukan untuk kita berhibur.
Dalam Islam hiburan yang indah ialah hiburan yang mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta Yang Maha Esa iaitu dengan tunduk mengabdikan diri padaNya;melaksanakan ibadah wajib dan sunat, cinta pada Al Quran,berzikir dan munajat padaNya.Inilah hiburan yang teragung disisi Allah bagi insan-insan yang bertaqwa. Adapun begitu Islam masih menerima sebarang bentuk hiburan lain umpamanya nyanyian, nasyid, bersukan dan sebagainya selagi mana hiburan itu berjalan di atas landasan keindahan syariat Islam. Pastinya hiburan yang Islam gariskan ialah hiburan yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah dan terjaga batas pergaulan di antara lelaki dan wanita.
Saban hari dapat kita saksikan hati kita yang Allah jadikan begitu seni ini terisi dengan seribu satu macam pengisian duniawi. Agaknya berapa kali kita rasa bersyukur padaNya setiap hari atas kurniaan sekeping hati yang begitu unik ini.
Alunan-alunan merdu suara artis popular tanah air dengan kalimah cinta sesama insan seringkali mengisi ruang kekosongan jiwa kita. Persembahan rancak pelatih-pelatih ‘reality TV’ hari ini seperti Akademi Fantasia, Geng Star, Bintang Kecil dan sebagainya lebih mudah kita jadikan sumber untuk menghiburkan dan mententeramkan hati. Sedang Allah s.w.t menjanjikan hiburan yang paling indah untuk mententeramkan hati seperti firmanNya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Justeru kita selaku mahasiswa yang menjadikan ilmu sebagai penyuluh cahaya hati, perlu senantiasa menjaga hati dari dicemari kekotoran agenda halus protokol yahudi yang menyelimuti manusia dengan budaya hedonisme yakni hiburan yang melampaui batas dan mengundang kemurkaan Allah. Bukankah apa yang kita cari dalam hidup ini adalah keredhaan dan kecintaan dari Allah? Apakah mungkin ilmu yang kita pelajari selama ini akan mendapat berkat dari Allah andai kita kerap mengisi hati dengan nilai-nilai barat yang mengeruhkan jiwa dan melemahkan minda? Apabila ilmu kita tidak berkat, apakah mungkin pula kerjaya dan pendapatan yang bakal kita peroleh diredha Allah? Dan kita bakal melahirkan generasi, sanggupkah kita menyuapkan anak-anak kita daripada sumber pendapatan kita yang tidak berkat tadi??
Hasil daripada rantaian pusingan kehidupan ini, kita akan terus melahirkan generasi anak muda yang lemah mindanya, berjiwa kecil, kurang sifat kepimpinan, dan tidak lagi menjadi ikon buat masyarakat di luar sana.
Oleh itu, marilah sama-sama kita membawa angin perubahan pada diri. Mulakan hidup kita dengan menjadikan hiburan Islam ini sebagai alternatif yang terbaik untuk menghiburkan diri di samping mendapat keredhaan Allah di dalam hidup ini.
Cat Steven atau dikenali sebagai Yusuf Islam setelah disinari cahaya Islam juga seorang penyanyi dan penghibur yang menjadikan hiburan sebagai metod dakwah yang paling efisyen. Muncul pula Opick kumpulan dari Indonesia yang kian menambat hati anak muda hari ini dengan lagu-lagu hiburan yang diselitkan mesej kutuhanan. Tidak kurang hebatnya juga kumpulan nasyid tanah air yang turut memberi saingan kepada artis-artis popular kita kian menambat hati anak muda di samping melebarkan sayap dakwah. Akhil Haiyy yang merupakan seorang penceramah agama dan turut merakamkan album nasyid kini menjadi igauan dan sebutan di bbir-bibir remaja yang dahagakan hiburanyang berunsurkan penghayatan kepada Ilahi. Malah ramai lagi penghibur serta kumpulan-kumpulan nasyid yang boleh kita jadikan sebagai koleksi hiburan hati, bukan sekadar hati terhibur bahkan jiwa kita tumbuh subur mekar dibajai rahmat Ilahi.Barulah keberkatan hidup kita ini melahirkan generasi muda penerus agama yang disegani dan dihormati kerana punyai jati diri yang sejati. Ayuh! Selamatkan generasi muda kita hari ini daripada dibajai jiwa mereka dengan kecintaan duniawi semata-mata.
No comments:
Post a Comment