Friday, June 13, 2008

Minda ana diuji untuk membentuk jiwa





Peristiwa petang semalam amat2 memberi kesan yang mendalam untuk ana berfikir dan terus berfikir. Mungkin selama ini ana tak berapa nak nampak ape sebenarnya yang Allah sajikan di depan mata ana untuk dijadikan pedoman.Dan akhirnya peristiwa semalam merakamkam seribu satu tanda tanya buat diri ana tentang sikap dan perwatakkan ana selama ini yang mana ana merasakan diri ini dan banyak kebaikan yang ana selalu buat..tapi hakikatnya belum lagi

Rakaman peristiwa yang bakal ana kongsikan bersama sahabat2 nih mudah2an ianya menjadi pedoman buat diri ana dan sahabat untuk menjadi insan yang lebih mengenal diri sendiri dan juga hati budi orang lain...

Tepat jam 4.39 ptg semalam, kedengaran sayup berkumandang gemersik suara si bilal melaungkan azan di radio IKIM yang penuh dengan kalimah2 agung memuji kebesaranNya memecah kesunyian kesibukan bekerja di pejabat agung PAS jalan raja laut. Dalam suasana yang begitu syahdu penuh rasa pengabdian diri padaNya hati ana terpanggil dengan begitu keras sekali untuk membuka langkah yang kian lemah di mamah tugasan seharian di ofis untuk turun ke surau menghadap yang Maha Agung.

Setibanya ana di perkarangan surau ana melihatkan belum ada wakil muslimin yang turun untuk azan di surau berkenaan. Tanpa melengahkan masa lagi yang sediakala telah terbuang dan dibazir dengan tuagsan dunia ana terus ke bilik bilal di sudut kanan hadapan surau berkenaan untuk menghidupkan microfon. Alhamdulillah microfon berjaya berfungsi sbg fungsinya membesarkan amplitud audio yang melaluinya untuk menarik perhatian umum. Tanpa sela waktu yang agak panjang ana terus menggapai microfon mikro yang bersepah di atas carpet surau itu untuk melaungkan kalimah suci, menyatakan kepada insan2 yang seangkatan dengan ana bertugas di situ bahawa seruan Allah untuk kita mengabdikan diri kepadaNya telah tiba. Panggilan Allah ini bukanlah suatu yang berat untuk dilaksanakan, malah bersegera ke arahnya membuktikan rasa syukur kita pada nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita itu terselit dalam sanubari kita. Inilah yang sebenarnya akan menjanjikan pelindungan dari Allah dan para malaikatnya ke atas kita dan terpeliharalah iman serta hidayah yang Allah kurniakan buat mereka2 yang bersegera menunaikan perintah solat ini.


p/s: to be continue....nak gi demo kat kg baru dulu..minyak oh minyak...


ok..let's go back to da story that i want to share...


Kalimah suci tu ana lafazkan satu persatu dengan suara serak2 basah nih, maklumla selesema dan demam2 skit. Sekali lagi gema gelombang bunyi indah ini memecah kesunyian ruang surau yang masih lagi tidak berpenghuni itu. Allahu Akbar..Allahu akbar....sehinggalah Lailahaillallah..
Serentak dengan lafaz kalimah suci itu terpancul dari mulut ana, maka secara tindakbalas normal yang berlaku terus tangan ana di angkat, menadah untuk menyatakan rasa kasih pada Allah dan Baginda nabi yang tinggi kedudukan di sisiNya, sekalipun ana merasakan ianya perkara lazim yang ana lakukan setelah selesai azan berkumandang, namun ana doakan agar ianya bukanlah sekadar adat untuk memenuhi kesenangan hati manusia lain bila melihat selesainya azan, bahkan mudah2an ianya menjadi ibadat buat diri ana dan juga insan2 lain yang menadah tangan setiap kali selepas gema azan jauh meninggalkan kita...Ana teruskan doa sehingga habis.

Di saat ketika ana sedang melaungkan kalimah tauhid itu tadi, ana terasa bagaikan ada anak2 kecil yang sedang berlegar2 di belakang ana. Cumanya, ana merasakan ianya hanyalah dugaan dari Allah untuk menguji keikhlasan serta kekusyukkan ana dalam melaksanakan ibadah azan yang mulia itu.Ana tepis ketepi mainan durjana syaitan ini.Alhamdulillah ianya berjaya..Cuma ingin sangat untuk ana menatap wajah anak2 kecil tadi, terus ana memalingkan muka kebelakang. Dan alangkah terkejutnya ana sebagai yang berpangkat abang atau orang yang lebih tua berbanding adik2 kecil tu..bilamana suatu kalimah yang amat2 tidak ana jangkakan terbit dari mulut seorang kanak2 yang umurnya sekali imbas ana rasakan dalam 8 tahun. Kanak2 kecil yang berwatakkan seorang periang dan suka untuk beramah mesra ini ( ana rase laa..) bersekali hadir ke surau itu dengan abang kembarnya.Iras muka mereka amat sukar untuk ana bezakan yang mana abang dan yang mana pengikutnya.

Apa yang memeranjatkan ana kata2 yang cukup membuatkan ana berfikir panjang ini lahir dari insan yang begitu kecil..

" Abang, saya sukalah dengar abang azan...sedap ", pintas anak kecil itu.
Ucapannya membuatkan ana terkedu seketika sehinggakan terpaksa ana membatalkan niat untuk berta'aruf dengan anak kecil ini.Apa yang dapat ana lakukan pada ketika itu hanyalah membalas kata2 luahan hati budak tadi dengan melemparkan senyuman sinis yang masih ragu2 dan tertanya2..Sempat juga untuk ana membalas kembali pujian yang adik tadi pada diri ana yang begitu hina ini..

" Tak de la..biase je..suara sakit tekak....", senyum adik kecil itu mendengarnya.

Mungkin dia rasa puas dengan pujian yang disapa sekalipun tak membawa makna yang berharga.Sejujurnya ana katakan di sini, tiada bezanya suara ana ketika ana melaungkan azan ketika itu dengan yang sebelum2 nih..bagi ana ana lakukannya dengan penuh rasa tertib agar ianya menyentuh jiwa2 mukmin yang berada di bangunan itu untuk segera mengerjakan fardu solat asar. Dan apa yang lebih jujurnya ana nak kongsikan di sini ialah azan yang ana laungkan pada petang itu adalah tak sesedap manapun..dengan suara yang penuh keletihan dan agak longlai, serta serak2 basah akibat selesema yang baru nak bermula, dan kondisi perut yang agak kurang memuaskan ketika itu, menyebabkan minda ana terpanggil untuk menghurai makna yang tersirat di sebalik luahan hati insan kecil tadi.ana kira mungkin ade hikmah untuk ana fikirkan kata2 ini sekali pun ianya bersifat mikro dan tak beri ape2 makna pada insan lain pada pandangan ana.

Pertamanya, ana melihat ucapan anak kecil itu tadi dari sudut yang lebih halus,mendalam. Yang mungkin akan mengubah personaliti dan falsafah hidup ana kemudian hari..Ringkas tapi berbudi. Kata2nya tadi mungkin terbit dari hati sanubarinya yang benar2 ikhlas untuk menyatakan sedemikian, dan ana berpandangan ianya hidayah Allah yang dicampakkan dalam hati anak kecil tadi untuk berasa kagum dengan kalimah- kalimah tauhid yang memuji keesaan Allah dan kebesaranNya..dan mungkin istilah "sedap" tadi dituju khas kepada makna kalimah2 agung tersebut, yang Allah selitkan dalam hati mereka2 ini untuk disampaikan pada manusia2 yang kian alpa seperti ana.Dan mungkin kata kata itu tadi dituju khas untuk memuji Agungnya Ilahi mencipta manusia dan disediakan manual khas yakni Al Quran untuk dijadikan pedoman, melaksanakan syariatnya...

Yang keduanya, yang ana nak kongsikan dengan sahabat2 di sini ialah kata2 anak itu tadi sebenarnya memimpin kita untuk berbicara soal akhlak, soal keperibadian menjadi seorang muslim, pembawa agama Allah.Mungkin luahan itu telah menjadi satu kelaziman buat anak kecil ini kerana didikan ibu dan ayah mereka di rumah yang benar2 faham dan laksanakan syariat Allah, maka mulut anak2 ini lidahnya lembut untuk memuji manusia sekalipun didikan itu belum sampai ke tahap pujian hanya untuk Allah. Tetapi sekurang-kurangnya didikan akhlak sebegini yang diberikan oleh ibu bapa bakal membina generasi yang akan memilih Al Quran sebagai modul panduan hidup serta tingkah laku nabi ajarkan yang sopan itu dijadikan perhiasan diri mereka.Ini yang dikatakan latihan..Tarbiyyah. Membentuk individu muslim sejati.

Dan mungkin ape sebenarnya yang ana nak kongsikan di sini hasil konklusi diskusi ana bersama iman dan nafsu ialah, sejauh mana kita mendidik diri kita seperti anak kecil tadi untuk kita ringankan mulut kurniaan Ilahi ini untuk menghiburkan hati sahabat2 kita dalam sehari-harian.
Berapa banyak kali dah kita membuatkan sahabat kita berasa sengang hati dengan kata2 yang kita lemparkan padanya. Sedang di sana terdapat seribu satu hikmah kita melazimi perkara ini..Ana sedar ana gagal dalam perkara ini sebelum ini.Berat sungguh mulut ana untuk memuji sahabat2 ana yang bertungkus lumus membuat gerak kerja ISLAM yang suci..Ana dah gagal, tapi bukan beerti selamanya..dan ana akan cuba untuk berubah..Sekalipun seperti dalam situasi ana tadi anak kecil tadi hanya nak meghiburkan hati ana walaupun pada dasranya suara ana tu tak le sesedap mana pun...


Baru ana sedar perkara ini. dan ana berkongsi di sini untuk membaiki nilai pada diri ana dan sahabat sekalian agar kita jgn asyik memikirkan tentang pujian oran kepada kita, tapi fikirkanlah dah berapa banyak kali kita senangkan hati rakan baik kita dengan kalimah2 yang mententeramkan jiwa dalam uasaha kita untuk menjalin ukhuwwah yang mantap untuk melaksanakan kerja2 Allah.
InsyaAllah..Mudah2an tulisan ana ni dapat meredakan minda ana daripada dibeban hanya dengan kalimah yang diucapkan oleh sang anag kecil..Sama2 kita renungkan

Thursday, June 12, 2008

Rimbun Keampunan



Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Wednesday, June 11, 2008

RABI’AH AL ADAWIYAH


Perindu Cinta Allah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.

Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula.

Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan?

Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Paku dan Dosaku

Paku dan Dosaku
www.iLuvislam.com
oleh: petra





Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita. Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini. Jika ada sahaja cuti,aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya,aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan mcam-macam lagi…Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini.

Manusia itu,sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku..Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini. Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang. Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`Ayahnku cuma menjawab`anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`Aku benar-benar tersedak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai. Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan `maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?

Kesimpulannya,minimunkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata. Tapi,andai telah terlanjur,mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan..Bagi insan yang menjadi mangsa,janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan.

Tuesday, June 10, 2008

BAITUL MUSLIM




BAITUL MUSLIM

Baiti Jannati
Rumahku Syurgaku
yang menjadi harapan tinggi menggunung
setiap insan di atas muka bumi
fitrah manusia
nakkan kepada kebaikan
jahat mana sekalipun dirinya
mahukan keluarga yang baik baik isi tetangganya
hatta bagi mereka yang kerap berkepit sana sini
bagi lelaki "itu hanya untuk suka2..."
"nanti nak kahwin cari la yang lain...."
"yang boleh jadi ibu yang baik pada anak..."


Bagi mereka yang berfikrah islam pula
perkara ini seharusnya tidak dipandang enteng
tak boleh ambil mudah
kerana ianya melibatkan pembentukkan ummah
yang bakal melahirkan suasana ISLAM yang indah
dalam masyarakat
justeru memimpin kepada terbentuknya
negara yang isinya memahami kehidupan sebenar
kenapa Allah ciptakan manusia ini
tak lain tak bukan
untuk mengabdikan diri padaNya...
itu jelas...

Jadi dalam konteks untuk membentuk keluarga muslim ini
perkara pokok yang seharusnya menjadi topik bualan
muda-mudi yang belum berumahtangga lagi
ialah bagaimana nak pastikan
diri sendiri menepati apa yang dikatakan
sebagai fardi muslim
atau dalam bahasa mudahnya
individu muslim

Selagi mana diri kita sendiri tidak lagi menjadi
individu muslim yang benar2
melaksanakan syariatNya
dan meninggalkan segala apa yang ditegahnya
selagi itulah keluarga muslim yang benar2
menjadikan ISLAM sebagai cara hidupnya tidak akan terbentuk

Susah sheikh...tapi ini reality
so bermula kini
ana berpesan pada diri ana sendiri dan sahabat2 sekalian
agar kita sama2 duduk sebentar
menilai kembali harga diri yang Allah bagi
masihkan kita bernilai disisi Allah
sebagai individu muslim??
atau yang tinggal hanya jasad bergerak
untuk memenuhi ruang2 dialam maya ini
menjadi ulat2 yang merosakkan muka bumi...

Fikir sejenak..
mula bertindak
pacakkan matlamat yang utuh di hati
kata pada diri...
"Amin..kamu ni hamba Allah, hidup kamu Allah cipta.."
"mati kamu juga Allah yang tentukan..."
"Kamu tak ade ape2 di dunia ini melainkan DIA yang MAHA ESA.."
ubahlah prinsip diri kita...
Agar hidup ini mendapat redha Allah
Barulah..proses mendidik diri
menjadi individu muslim itu
akan berjaya..

Mulakan ia dengan mengenal Allah
Pencitpa Agung
Tanpa kehendak dariNya
Kita mungkin tiada
Dunia mungkin tiada
Alam semesta mugkin tiada
Tapi dia berkehendak
Kun fayakun...
Maka jadilah..
Segala macam ciptaan yang begitu unik dengan sifat tersendiri

Dalam kita kenal Allah
Jangan lupa
tugas kita
mengenalkan Allah yang sama jua
pada mereka yang masih lagi buta
tak jumpa jalan di dunia
jadi, dakwah merupakan jalan utama
tak kira siapa kita
tak kira banyak mana ilmu kita
tak kira apa orang nak kata
yang penting kita ini
kaki dan tangan ISLAM

"Sampaikanlah olehmu walau satu ayat"n teruis lahirkan generasi
untuk jadio pengganti

motivasi dari nabi untuk kita
bawa ISLAM macam mana nabi bawa
tak yah tunggu sampai jadi ustaz ustazah
baru nak dakwah
sampai bila...

Taklifan khalifah mendidik kita
setiap manusia yang faham agama
untuk ditegakkan
walau apa jua melanda
walau rintangan mencengkam jiwa
walau ditindas sehingga tak terdaya
Yang penting ISLAM dijulang di mata dunia
Jahiliyyah runtuh menyembah bumi

Di sana perlu kita sedar
perlu kita teliti
yang bahawa
pedang nabi perlu dijulang tinggi
semangat sahabat nabi jadikan motivasi
sebab kita mata rantai nabi
sambung perjuangan yang suci ini
demi nak jaga ISLAM agama hakiki

Masa yang sama kita perlu pengganti
ganti tempat nabi
kena ada pemimpin sejati
yang memimpin ISLAM kini
sorang sahaja tak guna
tak menjadi
nak bawa ISLAM tak boleh sorang diri
kena ramai2 baru musuh ketar kaki
nak lahir pemimpin ramai2
kena ada penolong peribadi
kena ada yang tolong urus diri
kena ada yang bagi semangat tinggi

itulah dia sang bidadari
pembakar motivasi dikala diri lemah
penyejuk hati dikala jiwa gelisah
pembimbing diri untuk terus berdakwah
insan ini sayap kiri pejuangan
tanpanya mungkin tiada lagi pejuang2

dia lahir dari medan yang sama
dididik untuk juga menjadi individu muslim yang beretika
bila dua kekasih Allah ini ditakdirkan bersama
di sini lahir penggerak agama
generasi Al-Quran terus terbina
pewaris agama pasti ada...

Baitul Muslim merupakan titik mulanya
menyatukan mereka2 yang berfikrah agama
jadi usah diabai usah tak ambil cakna
bukan perkara remeh untuk dibuat suka
kena berusaha kearahnya
Jadi tak jadi kita serah padaNya
tu sumer kerja tuhan yang ada hikmahnya...
so..jangan tunggu lama2
cepat bertindak untuk ISLAM yang tercinta..
ok..ada masalah kita kongsi bersama ya..





Monday, June 9, 2008

NILAI SAHABAT


Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILH dengan apa yang kita ada !!
Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..
SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita..



Ramai yang kata.."aku tak berzina.... "


aku tak berzina....

Kami tidak berzina !…Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. …..Kami hanyabarbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidakberniat ke arah itu…..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah menipu moyang kitayang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : “Janganla hengkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan” (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.…..Tidak semestinya semua orangbercinta* menjurus kepada penzinaan.Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersuamuka pun!Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampir izina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsudan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akanberlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?Itupun zina ke?Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan olehRasulullah :“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kak ijuga berzina dan zinanya menuju ketempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim danAbu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepadaperzinaan amat banyak…. Jangan biarkandiri kita melalui mana-mana jalanperzinaan…..Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit didalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidakdiberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup didunia tidak bahagia,akhirat lagi lah.Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat.Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.Sungguh! Bincang pelajaran sahaja…..Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaanSAHAJA) Study Group...?Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.Takkan study group berdua sahaja?Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun,carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul kebincang pelajaran? ….Jangan-jangansekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, adakeinginan. Itulah manusia.Kami berdua sama-sama belajar, studygroup*, saling memberi semangat dan motivasi.Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki(sense of belonging) adalah fitrah.Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yangdilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat nalurinya.Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepaskahwin. Itulah cinta sacral dan qudus.Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam.Apabila Islam menegah sesuatu perkara,tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagaiganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :“Tidak ada yang lebih patut bagi duaorang yang saling mencintai kecualinikah” (Ibnu Majah).Cinta adalah maruah manusia. Ia telalumulia.Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian diatur pertemuan.Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat.Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalamkeadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!Masih ramai orang yang bercinta*tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.Jadi manusia itu tidak tahan diuji? …Kita manusia dari keturunan Adam danHawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.

Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidakmemakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.Firman Allah:“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini.(jika kamu menghampirinya) maka kamuadalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina.Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik.Penyayang, penyabar, pemurah danberbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan adayang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langitdan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampaiberjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit, dah kena tengking.Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidupnanti…..Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang kebahagiaan.Allah yang menganugerahkannya.Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini.

Cinta yang diredhaiAllah adalah cinta selepas kahwin.Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudah pun canggung, bagaimana kesudahannya?Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cintayang diberi nafas baru. Kulit nyanampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivatorke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.

Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan.Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman:“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidakingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzinaatau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati .Apa adapada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,jangan diharap pada janji lelaki.Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yan baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana iasuatu pelaburan yang menguntungkan.Itulah rahsia lelaki.Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang secondhand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh testdrive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir.Sedihkan. Itulah hakikatnya.Masih adakah orang yang tidak bercintadi zaman ini?Ya, masih ada orang suci dalam debu.Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:“Dan orang-orang lelaki yangmemelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinyadari melakukan zina)... Allah telahmenyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar”(Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redhaTuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat.Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri di atastindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ingatlah semakinbebas pergaulan sebelum berkahwin,semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.


Ya Allah.

Hambamu ini telah tersesat jalan.

Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.

Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat .

Berilah kekuatan kepadaku untukmenghadapi godaan keremajaan ini.

Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.

Hiasilah diriku denganakhlak yang mulia.

Ibu dan ayah,anakmu berdosa .

Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.

Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.

Oh Tuhan, hambamu ini berdosa

Amin , yarabbal alamin.

MogaAllah terima taubat kita Kita berpisahkerana Allah , kalau ada jodoh ,tidakkemana!

YaAllah bantulah kami .

Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu.

Terimalah taubat kami.

Friday, June 6, 2008

MUDA SEBELUM TUA


















Ini fitrah manusia
yang kita tak boleh lari darinya
Sunnatullah yang pasti berlaku
pada semua makhlukNya...

Ana cukup kesal
Dunia hari ini tak ramai yang hargai muda
ramai yang mencampakkannya jauh dari nilai asalnya
Tak sayang..
Tak beri perhatian..
yang penting diri rasa indah zaman muda
disirami nikmat dunia sementara
diulit mimpi indah musuh Allah
diselimuti bahagia maksiat durjana
Bahagia...cukup bahagia masa muda..

Namun mereka tak sedar
yang saban hari
dunia memamah usia sang muda
meratah sihat tubuh manusia
ujian menimpa tapi kian alpa
nak kembali pada tanah sudah rupanya

Tapi masih lagi riang dengan title muda
yang menjadi racun penghalang kita ke syurga
yang memimpin kita ke neraka
bagi mereka yang tak reti nak nilai
erti muda

masa berlalu
dan terus berlalu
kini watak tua mengisi jiwa
kian kedut wajah yang ada
kian lemah tubuh kurniaanNya
kian pasrah dengan apa sahaja

waktu ni
baru rasa diri hina
banyak kurang masa muda
ilmu sedikit di dada
dosa melimpah merata
amal macam tak ada

tubuh dah kian lemah
baru nak mula cari sejadah
nak cari tempat untuk berserah
untuk diri di ubah

waktu ni
nak tahjjud dah tak larat
kaki makin terketar bila berdiri lama
dah tak sehebat masa muda
boleh menari dua tiga pagi
leh gi dating empat lima pagi
dulu tak letih
kaki tak sakit
tapi sekarang....
baru nak ingat TUHAN
yang mencipta insan

Ana dan sahabat2 ana..
sedarlah
saban hari
tua kian menjemput kita
muda kian meninggalkan kita
tiada apa yang bernilai buat kita ketika itu
tiada apa yang orang pandang ketika itu
cuma nilai TAQWA yang kita tanam masa muda
menjadi teman kita
sahabat karib
pembakar semangat kita
untuk bertemu yang MAHA ESA...

so..
sama2 la kita hargai masa muda kita
yang datang hanya sekali dalam hidup kita

Thursday, June 5, 2008

KE MANA ANA MENGHILANG??




Assalamualaikum sahabat2 sekalian...


Agak lama ana tak bersua muka di blog nie..maklum la bile lagi cuti kerja lagi menjadi2..Program sana sini..macam YB la pulak rasanya..tambahan pulak sekarang nih jd staf sementara di Pejabat Agong PAS di bawah Lujnah Penerangan PAS Pusat, YB Mahfuz Omar.


Alhamdulillah setakat seminggu ana berkhidmat di sini banyak ilmu pengurusan dan ilmu berkaitan susun atur dalam parti itu sendiri dapat ana pelajari, dari segi karektor dan watak2 insan yang disebut2 nama mereka..sebelum ini hanya dikenali melalui harakah atau saluran alternatif yang lain..kini ana lebih mengenali mereka dengan lebih rapat.Dan yang lebih penting banyak ilmu2 agama dapat ana kongsi dengan staf2 di sini yang merupakan tema bualan harian mereka..Alhamdulillah terisi juga jwa keras ini dengan nilai kelembutan agama..


InsyaAllah di lain mase ana akan berkongsi lagi..

Friday, May 16, 2008

Bisikan Hati Muslimah Solehah


muslimah solehah












Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku…

~ana copy paste dari bulletin friendster~


http://sunahmohammad.asasian.net/

=====================================================================


Persoalan pertama yang timbul dibenak hati ana setelah menatap bisikan hati muslimah solehah ini..."Apakah layak aku menerima bisikan hati yang suci ini...??"


Thursday, May 1, 2008

SEMUANYA BERMULA DARI SMS.....



1. hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak,awak budak baik dan tertarik dengan tudung
labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga
awak dan mengikut syariat,saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik kntek,,,saya doakan awak.

4.wak, Kenapa tak kntek saya, saya risau awak keluar lelamer...
ye,,,saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau
nak kata macam mana,kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh
jerkan..., tapi saya rasa awak macam berada depn saya...mungkin ini
yang orang kata cinta agaknya, wak, wak cinta saya? tak hendak
bagitau,,, tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan
tempat saya lepak sebab malukan... hehehr...thank you...saya cinta awak...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? siapa saya dalam hati awak?

6.wak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak
istimewa untuk awak sajasaya teringin juga nak jadi macam kawn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...thank you sayang...

7.yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja,,,
yela, saya just tanya awak pakai apa jerkan ;( hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...

8,yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang
lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...

9.ayang dah lama kita mesej, boleh tak kitr jumpa? ye... ayang bawa
lah kekawan k,,, thank you yang...

10.thank you panggil saya dengan panggilan abang,,, abang tunggu da
lama da,,, abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, buat apa 2, nak cakap sikit, Kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....

12.ayang kita jumpa k,,, abang suka ayang pakai tudung yang saya beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayag tak cantik, just makin
cantik,,,,nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang
saja k...

13.ayg,abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi
tersentuh jari ayg, thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak
apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja
diam,...ye.. . nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borak kan...yang, abang suka tengok mater ayang, malu malu pula dia,,,ayang tadi cantik...

14.thank you jumpa tadi,ayang cantik...abang romantik pun salah ke?
suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank
you.... tengk kawan ayang dan kawan abgmcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengk, ALLAh membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...

15.yang,just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus?
apa tandanyer?50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak, just terpikir,,,,

16.tadi terbeli tudung pendek, ,,, yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayng special untuk abang pakai tudung 2...cantiknyer
ayng...gambar ini abang buat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lama kita couple, tak kan abang pegang tangan nak mara,
ayang kan milik abang...thank you paham abang...

19.kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayng cintakan abang apa buktinyer yang,,,,

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....
PEGANG TANGAN->TERABE- >TERSEDAP- >TERLANJUR- >TERBUNTING- >
TERBUANG anak->TERKELUAR VCD LUCAH->TERMALU- >TERTEKAN- >TERSEKSA- >TERBUANG-
>->->->- >->

JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....
SEMUANYA TER....TER KE?????
jawab SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI,

hai, boleh saya kenal....

(yang di atas tadi contoh mesej, anggap no itu stage stage untuk awak kearah.... ter.... berhenti sebelum, ter.....)



**mesej ini bukan saja untuk remaja
tapi juga kepada ibubapa remaja

TIDAK RUGI JADI WANITA



TIDAK RUGI JADI WANITA

Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikkan wajahnya. Kemanisan wanita solehah, tidak terletak kepada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu. Bukan dan tidak sama sekali, kepetahan wanita solehah, bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek.
Hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akhkaknya, itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai. Jarang terhimpun pada seorang wanita cantik rupa paras, tinggi keilmuan serta bijaksana,
indah akhlak pekertinya, baik keturunannya, berharta dan terpelihara agamanya. Beruntunglah pada sesiapa yang memilikinya.

Namun, jangan dibangga dengan kecantikkan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman, agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat
ilahi. Jangan berbangga dengan duniawi yang dikuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan.
Jangan pula berduka cita atas kekurangan diri, kerana ada insan lain yang lebih malang.

Diciptakan wanita itu dengan satu akal dan sembilan nafsu. Namun itu bukanlah kelemahan seorang wanita. Akal yang satu jika dimanfaatkan sepenuhnya, kekuatannya mampu menundukkan sembilan nafsumu. Hiasilah cantik diri dengan akhlak yang baik dan luhur pekerti. Jadilah wanita yang lembut bicaranya, manis tutur katanya tetapi tegas pendiriannya mempertahankan kebenaran. Tinggikanlah martabat diri dengan menguasai ilmu. Sesungguhnya ilmu itu penyuluh hati. Ilmu itu
juga akan menjadikan kau bijak mengurus urusan hidupmu. Dekatkanlah dirimu dengan Rabb, hanya Dia-lah pemudah segala urusanmu. Jadikanlah segala cabaran hidup dan ujian itu sebagai penguat
semangat perjuanganmu. Jangan sesekali rebah dan berserah di atas segala mehnah di hadapanmu.

Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina syakhsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya, dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.


Jadikanlah dirimu bak bintang germelapan di langit malam, penghias mintakul buruj, indah kemilaunya, namun sukar dimiliki. Hanya yang mampu terbang tinggi dapat menggapainya.

Bersyukurlah di atas apa yang ada, serta berusahalah memajukan diri demi agama, bangsa dan negaramu. Kenali dirimu, pasti kau kenali siapa penciptamu.. Gunalah segala kelebihan yang ada untuk mencari
keredhaan Allah..

Salam perjuangan untuk sohabiahku...

" Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah "

Wednesday, April 30, 2008

Nasihat buat Ana..





Fitrah kejdian manusia nih bersih
bersih dari segala dosa dan noda
yang mencorakkan kita hanya iman dan taqwa
andai iman kita terjaga
terdidik dengan alunan zikir2 dan kalam2 allah
nescaya lahir darinya perkara2 yang bai
ianya secara automatik
'Feedback System' yang begitu hebat
Hebat dari jentera rekaan manusia Sang Alpha

Bila iman dan islam kita baik
maka indahlah ihsan kita
bila cantik ihsan kita
Maka ia cerminan wajah insan beriman

Dan fitrah manusia juga dijadikan untuk suka benda2 yang baik
jadi bila hati kita suka benda yang baik
kita berada pada jalanNya
Kerna Dia amat kasih pada hambaNya yang baik2
Jadilah kita insan yang baik

Allah ciptakan setiap perkara itu berpasangan
bila ada kiri..ada kanannya
bila ada baik..ade buruknya
bila ada putih..ade hitamnya
bila ada siang..ade malamnya
dan bila ade lelaki..ada wanitanya
dan ianya lumrah
yang satu hanya Allah
jadi setiap perkata itu perlu di dua kan
baru ia sempurna

Cuma dalam islam ia ada caranya tersendiri
Allah dah didik kita
Dia bagi kita guideline yang cukup istimewa
Dia hantar kekasihNya untuk bagi tau manusia
Yang baik dan yang buruk
yang digariskan mengikut naluri manusia
sebab yang cipta manusia juga Dia

Bagaimana??
maka perlu ikut batas yang diberikannya
Supaya kita tak lalai dan leka
Dibuai mimpi indah nyanyian syaitan
Dibelai kasih oleh nafsu insan
Hingga kita jauh dari jalanNya







Moga yang demikian bukan kita
Panjatkan munajat padaNya
Supaya terampun segala dosa dan noda
Terhindar segala maksiat dan celaka
Agar diri sedar
Yang lahirnya nampak hebat belaka
Tapi tu semua milik Yang Esa
Yang Maha Pencipta
Yang menjadikan diri ini hanya untuk sementara
Mengabdi diri padanNya

Tuesday, April 29, 2008

Kasih Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Ya ALLAH... Sesungguhnya hambaMu ini insan lemah
yang sentiasa mengharapkan kasih
sayangMu......

Ya RAHMAN...pimpinlah daku ke jalanMu yang benar
Andai aku jauh dari Mu
Engkau igatkanlah aku andai ku lupa padaMU......

Ya RAHIM...Engkau himpunkanlah aku bersama-sama
yang sujud dan tunduk padaMu
di akhirat kelak....

Mudah-mudahan diri yang kerdil ini
memiliki cinta Agung dariMu...

Monday, April 28, 2008

Dakwah bukan jongkang-jongkit




Gambar Hiasan


Lia, jomlah pergi usrah

Lia, jomlah berdakwah

Lia, ummah semakin koyak

Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu

Aku kena study

Markah semester lepas dah cukup teruk

Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu

Bosan!!

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya

Bukan ke islam tu syumul

Kalau nak berjaya, kena study

Waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya

Aku buatlah kerja dakwah tu

Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam


Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit


Jongkang jongkit?

Apa kau merepek ni?


Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah

Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

Tu bukan dakwah namanya

Dan tu bukan belajar namanya


Habis tu?





Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus.

Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan

Macam gini, bila dah berdakwah tu

Rasa senang je nak study

Bila belajar tentang jantung misalnya

Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung

Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri

Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah

Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah

Rasa senang hati nak terima ilmu

Kalau orang lain study 1 jam

Dia hanya perlu study 10 minit sahaja




Sebab apa?

Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu

Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku. Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi. Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

"Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya"

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,

Seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia.Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di
Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab “Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.
Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawapanji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.

Ayuh berada dalam saf perjuangan.


http://yanghakiki.blogspot.com/