Monday, March 3, 2008

nilai satu undi

Salam Kamunting,

Untuk masuk syurga Tuhan, kita hanya perlukan satu kalimah yang
mengembirakanNya. Untuk dihumban ke neraka Tuhan ( ‘iyazan biLlah ),
manusia cukup hanya dengan satu kalimah yang memurkakanNya.
Allah, begitulah kuasa, kehendak dan mahuNya yang penuh hikmat dan haq.

Di dalam Islam, yang kecil sangat menjadi sangat besar jika ianya
besar disisiNya. Yang besar sangat - sangat boleh jadi sangat - sangat
kecil jika ianya kecil disisiNya.

Dosa kecil yang dilihat kecil dan remeh oleh manusia akan
jadi besar dan berat akibatnya di sisiNya. KebengisanNya tiada
diduga. Dosa besar yang dilihat besar dan ditakuti oleh manusia akan
jadi kecil dan ringan saja di sisiNya. KeampunanNya tiada diduga.

Kerana itu, walaupun ada dosa kecil dan ada dosa besar, ia mestilah
sentiasa besar di sisi hambaNya. Murka Tuhan besar semuanya. Seorang
raja, sekilas murkanya adalah bala! Inikan Allah yang maha berat
murkaNya. Ia bukan Mahafiraun, bahkan Dialah Allah yang Maha - Maha.

Orang mukmin, dosa ibarat gunung yang menimpa. Menggerunkan. Orang
munafik, dosa hanyalah lalat yang hinggap di hidung. Menyerabut saja.

Pilihan raya umum ke 12 di negara kita membuka tirai. Natijahnya
adalah masa depan negara. Negara adalah kita dan anak - anak kita juga.
Negara yang baik diselubungi ampunan Tuhan. Negara yang buruk diambang
kemurkaan Tuhan.

Pilihan raya nilai kiranya pada undi yang diberi. Satu diri satu
undi. Seorang ulama atau cendekiawan memiliki satu undi, samalah dengan
seorang bodoh dungu atau pelacur.

Satu undi si alim yang menolak negara ke kemurkaanNya adalah
sebab kepada murka dan nerakaNya. Satu undi si pelacur yang menarik
gembira dan ridhaNya adalah sebab untuk mengetuk ridha dan syurgaNya.

Setiap pekerjaan adalah berbekas di sisiNya. Dia Maha Halus dan Maha Seni.

Justeru bergerak adalah memberi bekas sebagaimana diam juga memberi
bekas. Samada anda mengundi atau tidak, itulah tindakan dan anda
kenalah tunggu akibat baik dan buruknya tindakan itu di sisiNya.

Berdiam membiarkan kebaikan berterusan adalah pahala yang didamba,
manakala berdiam membiarkan kejahatan berterusan adalah dosa yang mesti
ditanggung.

Dua undi pada pilihan raya 2004 telah menyelamatkan Kelantan
daripada jatuh kepada pendukung faham sekular yang menolak negara
kepada murkaNya. Kekurangan tiga undi itulah yang menjadikan UMNO
Kelantan separuh gila selama empat tahun menanggung keperitan kekalahan
kepada Islam dan pejuangnya.

Dua undi itulah yang menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan. Jika
sebaliknya, anda pastinya telah melihat di Kelantan kedai 7 eleven
dipenuhi botol - botol arak untuk tegukan anak remaja Melayu. Anda
pastinya telah menyaksikan tiada lagi erti halal dan haram dalam
perbendaharaan negeri. Anda akan menyaksikan kemaksiatan yang tidak
dihiraukan, malah digalakkan.

Anda pastinya kehilangan qudwah dan contoh yang hebat sebuah
pemerintahan Islam yang ulama adalah pemandunya. Tidakkah dalam malu -
malu dan enggan, kerajaan pusat telah meniru Kelantan dalam beberapa
tindakannya selepas ditibai dan dibantai habis - habisan?
Ingat cuti 2 hari seminggu? Tidakkah Kelantan hampir lumat digiling?
Ingat cuti bersalin 60 hari? Tidakkah Kelantan hampir lunyai dipajan?
Ingat sistem pajak gadai Islam yang kini diterima pakai oleh bank -
bank konvensional?

Justeru anda harus faham dan akur bahawa satu undi nilainya adalah seribu undi. Satu undi mampu mengubah landskap politik negara.
Pak Lah bermaharaja lela dalam tidurnya menaikkan harga minyak dan
barang dan mengagihkan kekayaan negara kepada sesama keluarganya kerana
kuasa undi yang memberinya keselesaan penuh. Itu baru dalam tidurnya!
Jika beliau celik, habis pejuang disumbat ISA agaknya.

Jangan bangkitkan Pak Lah daripada tidurnya! Harimau dalam lalinya disangkarkan.

Kerusi pembangkang yang banyak di parimen mampu menyekat Pak
Lah daripada bertindak sesuka hati membodohkan rakyat. Kekuatan
penentangan dan nasihat yang baik di parlimen akan membri rakyat
kesedaran untuk berfikir dan berubah demi maruah dan jati diri.

Undilah PAS untuk kedaulatan Islam.


http://nikabduh.wordpress.com/

No comments: