Sunday, April 13, 2008

PESANAN BUAT MUJAHIDAH SOLEHAH…..



PESANAN BUAT MUJAHIDAH SOLEHA…..

mujahidah,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai mujahidah…

mujahidah,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

mujahidah,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan bergelar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu wahai mujahidah

Tidak mujahidah,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukan hanya menjadi lembayung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Janagn biarkan bangsamu terus melentok lesu
Ayuhlah mujahidah persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang

Namun mujahidah,
Mampukah kudratmu menongkah arus
Menabur bakti di luar kepompong duniamu
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu senipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berjayakah engkau mujahidah …


mujahidah,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi dan sayap kiri

jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah mujahidah ….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptamu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa

Ya mujahidah soleha,

Lengkaplah dirimu dengan ilmu dan nilai-nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya di
Dapur tetapi di medan tempur
Bangunlah mujahidah kau merupakan

sayap kiri dalam perjuangan agamamu….
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang gemilang
Bukan pak kadok yang bersorak
Bangga tapi kampung tergadai

No comments: