BERFIKIR SEJENAK
Opppsss....
Berhenti sekejap.Mari sama2 kita fikir sejenak..
Hari semalam
Hari ini
Dan hari Esok....
Bagi ana semuanya mencoretkan wajah2 kehidupan yang berbeza.Melakar sejarah kehidupan sendiri.
Kalau ikutkan hati "hari semalam" kata diri nak berubah pada "hari esok".Tapi bila tiba hari ini yang telah dijanjikan semasa "hari semalam"...diri masih pada takuk lama.Tak nak berubah.Malas tetap malas.Tak ade usaha nak jadi lebih baik dari semalam.Tapi still nak kan sesuatu yang baik pada hari esok....Errrmmm apa nak jadi nih...
Inilah sebenarnya reality yang sedang melanda kita terutamanya umat Islam dan lebih spesifik lagi kelompok2 manusia melayu Malaysia yang rata2 nya kehidupan hari-hari mendatang kita sama sahaja dengan hari-hari lampau, dan yang menyedihkan lagi sebilangan besar dari kita (termasuk Sang Perantau kot...hehe) hari-hari yang dilalui lebih teruk berbanding dengan hari2 lepas...Teruk2..Apa nak jadi..
Sedang para cendekiawan dan juga mereka yang sentiasa mahukan kondisi kejayaan sentiasa bersama mereka...rapat dengan diri mereka..malah mahukan kejayaan tersalut sebati dengan jiwa mereka..Dan petua yang paling mujarab untuk mendapatkannya amat mudah..
Pastikan
Hari ini lebih baik dari semalam..
Dan hari esok lebih baik dari hari ini..
Kata2 yang selalu ana dan jga sahabat2 dengar..
tapi juz jadikan halwa telinga..
ye la dari dok dengar benda2 tak bermanfaat kan...
Tapi sama2 kita koreksi diri kita balik sejauh mana apa yang kita acap kali dengar itu di ambil endah dan cukup sekadar kita cuba laksanakan dan try and error..'Belum cuba belum tahu', kata orang tua2...
Sebenarnya sahabat2...
kata2 ini memiliki kuasa yang begitu besar
Sehinggakan mereka yang berjaya menakluk dunia
lahir dengan motivasi bait2 ayat ini..
Apa yang ana nak kongsikan di sini adalah sejauh mana kita cuba untuk mencapai AZAM yang pernah kita bangga2 kan ketika tibanya tahun2 baru..
"Aku berazam nak skor 4 flat sem nih..."
"Aku berazam nak jadi insan yang soleh/solehah..."
"Aku berazam nak......"
Dan banyak lagi dah azam2 yang kita ungkapkan di mulut kita...
Apakah ianya sekadar menjadi mainan bibir untuk menyejukkan telinga2 yang mendengarnya???
MARILAH BERUBAH
ISLAM agama nasihat
So..nak tak nak kita kene terima apa yang ISLAM anjurkan...
ISLAM menganjurkan supaya kita berusaha bersungguh2 dalam sebarang aspek kehidupan yang kita buat...Tak kiralah menuntut ilmu, beriadah, beramal, beribadat dll..Yang penting kita meletakkan sepenuh jiwa dan raga kita dalam melakukan perkar2 ini selagi mana ianya sebaris dengan landasan syariat..
Dan bilamana dah kita lakukan yang terbaik untuk sesuatu itu..dipenghujungnya sama2 lah kita menyerahkan segalanya kpd ALLAH...Tawakkal kpdNya..Kerana apa??Keana setiap yang berlaku itu adalah ketentuan dari Yang Maha Esa...
Tak kira laa...
Berjaya ke..
Gagal ke...
Baik atau buruk yang menimpa...
Itu semua Allah yang tentukan...yang penting setelah berazam,kita berusaha...setelah berusaha..hanya tunggu kata dari Yang Menentukan dgn bertawakkal padaNYa...Kerana ALLAH amat mencintai org2 yang bertawakkal padaNya...
Barulah..akhirnya kita akan REDHA dengan apa jua yang terjadi pada kita...
So...marilah sama2 kita membuat revolusi diri hari nih...
Ana pun nak juga jadi macam apa yang ana tulis nih...
Sbb belum menjadi2 tu la ana tulis..
Mudah2an jadi motivasi buat ana sendiri..
OK...
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment