Wednesday, June 25, 2008

Enam Tahun Berlalu..Kehilangannya Masih Terasa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Buat sahabat - sahabat sekalian,
Kenal tak sapa dalam gambar nih??
Entah mengapa terdetik hati ana untuk melihat nukilan2 yang terdapat dalam tranungkite.net sebentar sahaja tadi. Dan sampai ke satu artikel yang mempamerkan wajah yang begitu berseri (seperti gambar di atas) hati ana terasa begitu sayu dan hiba.
Dengan tajuk artikel yang ditulis "Setelah Enam Tahun, Kehilangan Ustaz Fadzil Noor Masih Terasa" yang dinukilkan oleh anak kesayanganya sendiri,Muna Izzah Fadzil hati ana begitu tertarik untuk habiskan pembacaan artikel tersebut.

Nukilan ini dihasilkan sendiri dari ketulusan hati seorang anak pejuang agama yang begitu dikagumi untuk mengingati kembali saat pemergian beliau setelah lama berjuang di medan suci ini.Walaupun sebenarnya sebenarnya saat kehibaan ini telah menjangkau 6 tahun yang lalu tapi kesedihannya terasa sehingga kini.Jemputan hormat daripada Ilahi terpaksa dipenuhi sekalipun bagi diri beliau terasa begitu banyak lagi yang ingin disumbangkan untuk agama.
23 Jun menyaksikan bahawa kepimpinan ulama' di negara kita ini silih berganti.Sekalipun kita dipimpin oleh protokol kehidupan sekularisme.Senario ini bagi ana ia menggambarkan bahawa apa jua yang terjadi perjuangan untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini akan diteruskan. Mengenangkan kisah pemergian tokoh yang disegani ini membawa ana untuk menghayati sirah Nabi yang agung. Pemergian nabi bukan bermakna terkuburnya Islam. Bukan bermakna lenyapnya perjuangan. Tapi perginya Nabi menghadap kekasihNya membuktikan perjuangan Islam ini perlu diteruskan digalas dibahu umat Islam sekalipun Nabi telah tiada. Kepimpinan baginda Muhammad disambut baik oleh barisan khulafa' Ar-Rasyidin yang awalnya dipimpin oleh Saiyidina Abu Bakar As-Sidiq, pembenar kata2 Nabi, Saiyidina Umar Al Khattab, pembeza yang haq dan batil, Saiyidina Othman Ibn Affan, dan Saiyidina Ali Karamallahu Wajhah.
Ianya berlaku sehingga hari ini.Dan sehingga penghujung dunia.Kerana pasti dan pasti Islam pasti akan dijulang tinggi suatu hari nanti.Al-Marhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil bin Mohd Noor telah banyak membawa perubahan kepada gerakan Islam di negara kita. Pemikiran, kepimpinan, ketokohan beliau bukan sahaja disegani oleh pendokong serta pengikut beliau malah digeruni oleh musuh2 yang memusuhi gerakan Islam.
Seperti yang diluahkan oleh anaknya," mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada."
Katanya lagi, " Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia (PAS) makin dapat diterima kawan mahupun lawan. "
Dan ini realiti yang ana lihat berlaku hari ini. Pemikiran Allahyarham telah dijadikan panduan dan motivasi oleh kepimpina ulama' hari ini sehingga meletakkan PAS bukan sahaja diterima oleh masyarakat melayu beragama Islam malah disambut baik serta disanjung tinggi oleh meraka yang bukan beragama Islam. Kaum Cina dan India begitu senang dibawah pentadbiran ulama' di Kelantan hari ini, malah mereka lebih menyayangi Tok Guru berbanding Kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah yang penuh carca merba saban hari.
Ini membuktikan kepimpinan Islam telah mengambil serta menghayati ungkapan yang sering diluahkan Al-Marhum iaitu, "Pengorbanan perasaan adalah yang paling sukar dilakukan". Bagi ana semua peringkat gerakan Islam samaada bermula di kampus mahupun sehingga ke pimpinan tertinggi PAS perlu memahami luahan kata-kata AlMarhum ini dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Bilamana perasaan dapat kita korbankan, perkara lain akan lebih mudah untuk kita korbankan sekalipun nyawa yang kita sayang. Dan kata-kata ini juga ada sifat rantaiannya dengan pesanan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpesan supaya,"sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga." Suatu gambaran sifat peribadi mulia yang perlu kita pamerkan dalam berjuang supaya musuh meletakkan rasa hormat pada kita.Pengobanan perasaan untuk kita memberi bunga setelah dilempar batu merupakan gabungan analogi yang begitu signifakan menggambarkan indahnya ISLAM.
Harapan ana agar sama2 kita terkesan dengan perjuangan ulama' terdahulu mendaulatkan ISLAM disamping kita juga perlu sama2 berkorban dalam apa jua method yang ana untuk melahirkan rasa cita orang lain terhadap keagungan ISLAM. Semoga segala titik peluh kita menyumbangkan untuk kebangkitan Islam akan menjadi saham di akhirat kelak bila kita bertemu di hadapan Allah untuk mendapatkan redhaNya.
Ana kira cukup sekadar itu dulu celoteh ana hari nih.Mudah2an semua dapat manfaat.Amin Ya Rabbal'alamin.
Wassalam
Mohd Amin B Mohd Hamami

No comments: