Thursday, April 24, 2008

Salam IMTIHAN...!!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Buat sahabat2, teman2 dan rakan taulan yang dikasihi

Salam Imtihan..

waaahhh!!!

Minggu peperiksaan...
Final week..the most stress week
Buat semua benda tak jadi...
Tak kene..
Ade je rase tak betul..

Well...Well
It's normal ectually
Biasa lah tu dunia student yang berorientasikan peperiksaan...
Bila tiba hujung sem semua mula kelam kabut
Time tu la nak buat assignment
Mase tu la nak pikir PSM
Project banyak lagi tak submit
Alamak...!! Final dah mula..
Buku tak pegang lagi

Situasi biasa yang ana kira kerap kali melanda student hari ini
termasuk ana sendiri...

Alhamdulillah...
Setelah 5 hari bertungkus lumus
disebabkan paper final berturut (tak patut 2x)
Akhirnya boleh juga ana bernafar sebentar
sebelum meneruskan perjuangan paper final berikutnya
pada 2 Mei...
Macam lama lagi..
tapi sebenarnya kejap ja tu..
Masa yang berlalu akan tetap berlalu..
Meninggalkan kita...
Kirta study ka...
Buat gerak kerja ke...
Tidor ka...
Masa akan sentiasa mengucapkan selamat tinggal
pada kita...
Yang lepas akan tetap lepas...
tak boleh nak re-turn balik..
So..marilah kita manfaatkan setiap detik yang Allah bagi pada kita
untuk buat kerja2 yang berfaedah..




For those yang still bergelut dengan buku2 dalam minggu nih..
ana ucapkan selamat minggu membaca..
Mudah2an banyak la ilmu yang bermanfaat kita dapat untuk bangunkan Ummah..
Ingat belajar...periksa...n grad bukan hanya untuk kesejahteraan dunia
tapi tu semua bekalan untuk kita jadi insan yang dapat membantu agama Allah
dalam apa jua bidang yang kita ceburi...

So...banyak2 kanlah berdoa padanya
Mudah2an ALLAH membuka pintu hati kita untuk mudah faham
Dan diterangkan dan ditenagkan hati kita untuk jawab FINAL...

ok..setakat tu dulu..
Tak banyak pun yang boleh dikongsi
Sama2 ambil manfaat yang sikit nih

Wassalam...

Carilah Ketaqwaan


Terbang Bebas...








Seumpama rama-rama

Terbang bebas di udara

Tanpa ada halangan

Aman damai suka-suka

Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa


Rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku

Ingin aku terbang bersamamu

Melihat kerenah

Melihat telatah….. manusia


Yang sering telagah

Ekspidisi ini

Bagai tiada henti

Kan menjadi antologi diri

Terhentilah mimpi

Terhapuslah sepi

Sanubari yang lebih berani


Terminal yang pasti



Satu fitrah hati

Kerna yang sejati tiada kekal lagi

terbanglah ke sini mencari abadi

Terbanglah ke mari mencari hakiki


Seumpama rama-rama

Melewati panorama yang penuh

Warna warni

Taman bunga taman damai

Dengan aksi lincah berputik

Hidup yang harmoni


Rama-rama…




Rama-rama?

Lagu ini bertajuk rama-rama, iaitu sejenis serangga yang cantik yang
bersayap dan boleh terbang. Rama-rama sering dikaitkan dengan
kupu-kupu, ada yang mengatakan kupu-kupu dan rama-rama sama dan ada
yang berpendapat sebaliknya. Teringat semasa disekolah menengah dan
matrikulasi, saya pernah belajar mengenai kitar hidup rama-rama,
bagaimana rama-rama hidup dalam suatu kitar yang dinamakan
metamorfosis. Metamorfosis bermula dengan telur, larva(ulat bula), pupa
dan akhirnya menjadi imago(rama-rama). Kitaran hidup rama-rama ini agak
menarik untuk kita perhatikan secara bersama. Pada permulaannya, telur
akan mengeluarkan ulat bulu yang kelihatan hodoh yang hanya boleh
merayap dipokok-pokok, dan hanya mampu memakan daun-daun. Sampai suatu
masa ulat bulu akan menjadi pupa atau dengan bahasa mudahnya menjadi
kepompong dan bersiap untuk menjadi rama-rama. Setelah sampai suatu
tempoh, akhirnya keluarlah rama-rama yang cantik. Hebat dan indah
bukan? Semua ini mengingatkan kita mengenai kebesaran dan kehebatan
Allah selaku Maha Pencipta dan Maha Berkuasa keatas sesuatu.


Ulasan

Berbalik kepada lirik lagu, ada beberapa pengajaran atau ulasan yang
boleh kita keluarkan. Pada rangkap pertama menyebut mengenai tabiat
hidup rama-rama yang dilihat manusia sebagai hidup bebas terbang dengan
aman damai dan gembira tanpa ada musuh atau masalah. Sunnah kehidupan
manusia yang hidup dengan pelbagai dugaan dan cabaran, serta amanah
sebagai khalifah di muka bumi ini. Serangga, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
seringkali digunakan oleh penyair dan seniman dalam menggambarkan
kehidupan manusia sama ada dalam bentuk misalan atau harapan, bahkan
Allah S.W.T juga ada menyebut mengenai serangga, haiwan dan tumbuhan di
dalam Al-Quran sebagai peringatan atau pengajaran bagi manusia yang
beriman kepada-Nya.


Rangkap kedua lagu ini pula menceritakan keinginan penulis lirik untuk
bersama-sama seperti rama-rama, ingin hidup bebas aman damai, jauh dari
segala masalah. Rangkap kedua ini juga mengatakan akan keinginan untuk
bebas dari gelagat atau telatah manusia yang sering bermusuhan dan
bertelagah, menjadi rama-rama dan melihat dengan pandangan sang
rama-rama.


Rangkap ketiga menceritakan mengenai kehidupan yang mempunyai
perjalanan yang amat panjang dan penuh berliku-liku. Kehidupan adalah
suatu perjalanan panjang yang perlu dilalui oleh setiap manusia dengan
betul supaya kelak akhirnya sampai ke matlamat yang benar menuju alam
akhirat yang kekal abadi. Setiap angan-angan atau impian yang kosong
atau tiada matlamat perlulah dijauhkan supaya kehidupan tidak tersasar
ke jalan yang sesat. Untuk itu, panduan Al-Quran dan As-sunnah perlu
digunakan dalam menempuh perjalanan hidup ini.


Rangkap keempat menerangkan mengenai kehidupan di dunia hanyalah
sementara dan tidak kekal. Oleh itu, perlulah mempersiapkan diri dengan
bekalan amal soleh supaya dapat menempuh kehidupan akhirat dengan
selamat dan diredhai Allah. Untuk tujuan itu, setiap manusia perlulah
mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dengan agama dan akhirat
bagi memastikan arah dan perjalanan hidup didunia ini benar dan tidak
menyeleweng.


Rangkap kelima dan terakhir menceritakan kehidupan rama-rama yang hidup
diatas muka bumi ini dengan pelbagai rintangan hingga akhir hayat.
Manusia juga perlu mengharungi pelbagai ujian dan cabaran hidup didunia
dengan cara yang benar sebagaimana yang digariskan oleh Rasulullah
S.A.W berdasarkan petunjuk wahyu yang diberikan oleh Allah S.W.T.


Penutup

Kehidupan adalah suatu jalan yang amat panjang dan mencabar. Oleh itu,
perlu ada panduan supaya dapat menuntun kita mengikut jalan yang
sebenarnya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Tulisan ini
hanyalah suatu lontaran dalam mengaitkan kehidupan dengan Pencipta
kehidupan dalam rangka untuk memperkukuhkan lagi keimanan kepada Allah
selaku Tuhan Yang Maha Esa. Ana mohon maaf jika ada kekurangan atau
kesalahan dalam tulisan ana pada kali ini. Semoga apa
yang cuba ana sampaikan ini memberikan manfaat kepada kita bersama.
Wallahua'lam.

Sunday, April 20, 2008

Kasih termetri...

~~Continue~~~
8.10 mlm


Alhamdulillah..
Selamat sampai ke pangkuan RS
balik dari usrah..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih sayang akan nyawa ini
Hampir ana terbaring di atas jalan raya on d way ke kampus tadi..
Mgkin Allah nak uji..
Ujian kpd manusia yang kerap leka akan nikmat dariNya
Subhanallah...

story skit pasal penyerahan jawatan Naqib
Dari abang Lan yang dikasihi kpd ana
terkejut jugak ana
tetiba dapat taklifan yang tak di sangka2 nih....
ape pun terima kasih byk2 pada abg sbb bagi ana insan2 terpilih untuk terus di latih


Mula2 ana lihat anak2 usrah nih...
Terpancar di raut wajah mereka
sinar2 penyambung mata rantai perjuangan Nabi
Ada cahaya tu..
cuma perlu digilap
perlu diasuh dan di asah
Mereka bakal penerus generasi..
Generasi yang mendaulatkan agama Allah..
Doakan mereka..
Aminn...


Abbas
Hafiz
Syahril
Hasril
Zaihasri...(tak dtg tapi kenal sbb sekelas...)

Antum semua insan terpilih...
Perlu rasa bertuah kerana ada yang kasih..
Menyemai benih cinta dalam diri..
Hanya untuk Rabbul Izati...

InsyaAllah bersambung kemudian....

MASA...nilainya tidak terbeli



Kaca mata kita berbeza..ini cermin mata ana...pandangan ana..

5.15 ptg
Raudhatus Syabab





Errmm...ana terpakse curi sikit mase petang nih sebelum pegi usrah ngan adik2. Nak berkongsi dengan pembaca2 yang setia...

Takde ape sgt pun yang menarik..
So bagi mereka yang agak ketiadaan masa tak yah la bace ek...
Cukup setakat kat sini je la...
Pegi wat kerja2 len yang lebih bermanfaat..



Oooo...nak teruskan gak bace..
Ok laa..tak kesah pun...


Alhamdulillah selamat sampai ke Johor (Skudai) semula semalam jam 7.15 malam
Waktu maghrib bagi kawasan Skudai dan yang sewaktu dengannya
Letih dan letih...
Perut pun menyanyi riang
Menunggu saat untuk terisi
Tapi belum pasti bila masanya

Yang pasti ana dan roomate tercinta ana terus melangkah
menapak..setapak demi setapak meninggalkan pengkalan bas, Sri Putri
menuju menghampiri Masjid berdekatan..

Dalam keadaan suasana suram dan agak kelam
sempat lagi kami meneruskan perbincangan
hasil meeting pada pagi tadi...
meeting yang agak unik pernah ana lalui sepanjang dalam hidup ana...
Bayangkan
terpaksa berkejar ke KL pada malam sebelumnya
hanya untuk attend meeting yang makan masa
hanya SEJAM...
Cukup untuk menjadikan bekalan kisah klasik
buat anak-anak
cucu-cucu
dan juga sahabat seperjuangan
Kerana bila mana kita berpijak dalam dunia haraki ini
mehnah dan cubaan begini adalah biasa
malah ianya menjadi rutin dagi mereka yang benar2 bergelar pejuang
ana nih layak ke di gelar pejuang??
Jauh sejauh jauhnya dari gelaran sakti itu...
Bagai bumi dengan langit...
tak layak2...


Tapi inilah reality yang perlu ana dan juga mereka2 yang meniti
jalan2 ini tempuhi semua ini..
bahkan mereka2 yang terdahulu pernah hadapi rintangan2 ini...


Sebelum ana and sahabat ana bertolak ke KL lagi
ana dapat rasakan perjalanan ini bakal terisi dengan makanan2 tarbiyyah
sekalipun ia seperti selalu..
Ye la..bukan baru sekali ana ke KL dari johor ni
Mungkin kali ini yang ke 10 barangkali..
Tapi untuk bermusafir kali ini
ana dapat rasakan kelainannya...

Awal2 lagi...
Nilai perjalanan ini telah menerapkan nilai kesabaran dalam diri ana..
Masakan tidak..
Tiket jam 1230 malam
Tunggu punya tunggu...
alih2 bas sampai 130 pgi
Subhanallah...
Hebatnya Allah mentaqdirkan semua ini hanya untuk mentarbiayyah diri..


Sebenarnya pembaca2..
Bukan sekadar kesabaran yang yang terisi dalam diari tarbiyyah ana
malah satu nilai yang cukup mahal juga tidak terbeli
dan ana cukup kagum serta hargai
ialah nilai UKHUWWAH...
Yang di hadiah khas buat diri ana dari sahabat2 ana..
Bayangkan betapa indahnya
bila bersahabat di atas jalanNya..
Sanggup bersama walau susah atau senang

Tenkiu pada sahabat2 yang sanggup tunggu sehingga 1.30 pagi semata2
untuk pastikan sahabat die selamat...
Hebat2..
Tak terbayar ana dengan duit...

ok..to be continue..


Time is precious..g usrah jap..

~~End~~
5.45ptg






Friday, April 18, 2008

Tonight Task : Journey to KL

"Hello, Assalamualikum...min jumaat malam kita gi KL, ari sabtu ade program kat sane..."




10.15 pm
Raudhatus Syabab


well..well

unfortunately i've been asked to be at KL tomorrow early in the morning
baru je dapat task nih...
tak sangka2 pun..
so, nak tak nak malam nih gak kne gerak ke KL
sbb pagi2 sok lagi program dah start
Biasa dah kerja2 on call nih
Mendidik jiwa dengan satu nilai
Iaitu...

P E N G O R B A N A N

Mudah untuk disebut dibibir kita..
tapi yakinlah sahabatku ianya sesuatu yang bukan mudah untuk di adaptasi
andaikata kita jarang melaziminya
sukar untuk kita menzahirkannya

Reality dalam kehidupan Sang Pendakwah
sememangnya pengobanan merupakan elemen asas
yang amat2 penting
Perlu didik sejak awal lagi
seawal usia muda anak2....
Lazimkan diri dengan kepayahan
disana ada nilai pengorbanan yang kita perlu tempuhi..

Jadi buat teman seperjuangan
usah mengeluh andai kita dibeban mehnah dan ujian
kerana menghadapinya dengan hati tabah
memdidik diri untuk belajar bekorban
dan dengan berkorban diri akan tertarbiyyah...

Mudah2an segala apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah

end...

10.32 pm

p/s : Tiket bas jam 12.45 am...Sape nak ikut ana...jom
Lambat tinggal...

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

~~~ISLAM 4 ALL~~~

Kepentingan Mengajar Al-Quran Awal Kepada Si Manja







Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab” Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsung, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.



















Model Akhlak Al-Quran

Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasulullah s.a.w.











Rasulullah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung".

(al-Qalam: 4)

Juga firman-Nya yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik".

(al-Ahzaab; 21)

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang beriman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quran menggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:

" Nabi Muhammad s.a.w. ialah Rasulallah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud".

(al-Fath: 29)

Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:

"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatiah keras".

(Ibrahim: 7)

Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnya kepada Allah S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:

"Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia".

(ali'lmraan: 112)

Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.















Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan mereka lantas berkata, "kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita".

Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya.

Jelas menunjukkan bahawa akhlak Al-Quran itu adalah apa yang telah dipamerkan oleh akhlak Rasulallah, insan agung yang paling mulia. Justeru bukankah kita juga ingin melihat anak-anak penerus generasi kita terdidik akhlaknya dengan kemuliaan Al Quran. Penyambung keturunan kita yang menjadikan Al-Quran bukan sahaja sebagai basahan bibir, malah menyalurkan segala apa yang diperintahkan Allah di dalam Al Quran ke dalam aktiviti kehidupan seharian.


Kaedahnya

Dunia hari ini bukan lagi seperti zaman tok dan nenek kita. Dunia yang mencabar hari ini sebenarnya telah menyediakan kpd kita banyak platform2 awal dalam mendidik anak sepaya menjadikan Al Quran sebagai madah harian. Semuanya terletak pada ibu bapa tu sendiri bagi memilih yang mana mereka mahukan. Adakah semata-mata mahukan anak2 yang cemerlang dalam akademik yang mana dengan kecemerlangan akademiknya itulah yang akan melahirkan insan yang berjaya dengan banyaknya harta. Kalau setting minda kita sentiasa melihatkan material begitulah jadinya.


To be continue.....Sabar ye
















Thursday, April 17, 2008

Insan Tarbiyyah Corakkan Kampus














Masjid Sultan Ismail (MSI), UTM


""ASSALAMUALAIKUM...W.B.T......



budget tym kejap je nak post kat blog ni...pastu nak stadi lak....pastu nak sediakan nama ajk surau muttaqin...tuk sijil...br dpt order dr pak imam..huhu..sape la ek...



berdsrkan tajuk kat ats ni...yg nak jadikan sedikit perbincgn....betul ke bckground sekolah tu melambgkan peribadi @ sifat seseorg??erm..berdasarkan pengalaman sy sepnjg duk kat matrik ni....backgrnd skolah x penting....stuju tak??



Masing2x ade opinion tersendiri...for me...seseorg yg walopun dlu skolah agama....pkai tdg labuh...songkok..kopiah..or wateve.....tetapi x semestinya dia istiqamah dgn ape yg dia wat kat skolah dlu bile dah tamat skolah...for example: kat skolah dlu cegah kapel...ttp bila kuar skolah...die yg kapel.(nau'zubillah..).. so...x sume bdak skolah agama istiqamah ngn ape yg dipraktik ms kat skola dlu...betul ke??dengan kate lain....kita xleh nak kate sume budak ex-skola agama alim dan wara'??....(ungkaplah kebenaran walopun ianya pahit)



sy ade sorg sahabat...pakai tdg labuh.... sy tanye die.."dlu sekolah mane"..die jawab.. "skolah bese je...SMK...." sy tanye lg..."ms kat skola dlu memang pkai tdg labuh ke??" die jawab "x pernah pon..1st tym sy pakai tdg labu ms pendaftrn kat matrik ni"...Subhanallah... kuatnye die... sy amat kagum dgn pendirian die...dan sy x pernah tgk die pakai tdg lain slain tdg labuh... (adakah sy mampu menjd sepertinya???)-dalam hati tertanya2...tepuk dada tanye iman...



Drpd kisah benar di ats...sy boleh katakan yg bckground sekolah x blh melambgkn peribadi seseorg...x semestnya stdnt skolah bese x blh buat ape yg diamalkn oleh stdnt skolah agama... mari kite kaji ape puncanye berlaku gejala ni.....



from my research(mcm wat thesis lak...hehe)..byk sebab berlakunye gejala ni...sy xkan snaraikan sume coz ms limit...in short...pentarbiahan adalah PENTING!!.semua umat perlukan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi.... lojika yg mengatakan org yg tinggi imannye x perlu kpd tarbiah adalah tidak benar... ini krn iman manusia boleh bertambah dan berkurang...



sabda Rasullullah s.a.w..."Sesungguhnya iman yg brada dlm hati kamu menjd lusuh seperti mana lusuhnya pakaian. olh itu, mohonkanlah dr Allah Ta'ala spy die membaharui iman dlm hati kamu" -riwayat al-Tabrani dan al-Hakim



tarbiah juga tidak dikhususkan kpd plajar skolah agama je...cuma ia adalah bonus bg plajar alirn agama krn terdedah kpd proses tarbiah yg lebih....berbanding skolah bese...(melalui usrah... kuliah maghrb...etc)



sy sendri merupkn ex skolah agama dan sy akui bahawa ilmu agama sy masih lg cetek.... basic family sy tidaklah terlalu kuat agama...dan sy mengambil inisiatif mentarbiah diri sy ketika bersama dgn sahabat2 di kmph....merekalah yg slalu igtkn sy jika sy lalai dan leka...maklumlah.. sahabat adalah insan terdekat dgn kita setelah berjauhan ngn keluarga.... Acuan yg dibentuk masa matrik ni akan membentuk dri sy apabila tamat matrik nanti.... As a human...sy x blh yakin dgn ape yg sy katakan td...oleh itu......back to de main point...tarbiah harus diteruskan....

masa ni sahabat masih lagi memainkan pranan yg ptg...berhubung dan saling igt meingati.. walopun duduk berjauhan...tetapi ukhwah tetap berterusan..sahabat ibarat jauh di mata...dekat di hati...(sastera skali skala..) :)



alarm dah berbunyi...tandenye sy kne stop sampai sini dlu...konklusinye.. utk sesetgh perkara, sy x brape stuju utk i'rab atau mentafsir peribadi seseorg brdsrkn bckground skolah dulu... tp ianya satu kelebihan tuk stdnt skolah agama utk mendekatkn diri dgn Yang Maha Esa dan mendalami ilmu agama... Marilah bersama kite mohon petunjuk dan hidayah dr Allah agar sentiasa dipeliharaNya...



P/s: ini adalah pendpt dr sy yg hanya sorg hamba yg hina....oleh itu jika ade yg perlu sy perbetulkan...maka bolehlah kemukakan...sy mengalu2kan pandgn dan kritikan kalian...
Hidayah adalah milik Allah tetapi sbg hambaNya kita harus berusaha mencarinya.....""


Posting dari blog : http://wardahsafwah.blogspot.com/


Komen dari ana:

Salam'alaik...

Juz sebagai komentar bersama

Kupasan cerita yang menarik minat anak muda hari ini untuk membacanya..terutama bagi meraka yang menelusuri jalan2 dakwah...Alhamdulillah kupasan wardah tu sedikit sebanyak membuka minda terutama dunia mahasiswa betapa hari ini mesayrakat pelajar tak boleh kita nilai melalui background sekolahnya...Jelas.Terang lagi bersuluh.

Bilamana kita berbicara soal tarbiyyah, ianya bukan lahir dari mana kita datang (background sekolah)...Tapi ia lahir daripada penghayatan kita terhadap apa yang kita terima selama tempoh tarbiyyah itu berlangsung...Mungkin kritikan ini ana tujukan untuk diri ana sendiri selaku insan yang lahir dari sekolah sekular..Tapi lebih ana fokuskan pada mereka2 yang sebenarnya telah lama berjinak dengan dunia biah solehah di alam persekolahan (Sekolah2 Agama)tapi luntur peribadinya bilamana menjejakkan kaki ke alam kampus...
















Demonstrasi Palestin di KL


Kenapa?? dan kenapa ianya terjadi??? Seharusnya dan menjadi kewajipan ke atas mereka2 yang telah diasuh dan dididik dengan ilmu agama sejak foundation lagi menjadi front liner atau memimpin barisan hadapat dalam persatuan2 ISLAM atau badan2 kerohanian di kampus...

Kerana apa?? Kerana mereka2 ini telah mempunya sekurang2nya basic agama yang kukuh berbanding dengan mahasiswa lain yang pada hemat ana ramai di kalangan pemegang2 proksi terdiri dari mereka2 yang bukan berlatarbelakangkan sekolah agama...Kan aneh jadinya..Pelik.Tapi reality.Dan kita perlu terima hakikat ini. Sekalipun pahit untuk ditelan...

Dari pandangan peribadi ana sendiri terdapat beberapa kategori insan2 yang unik ini..Maksud ana dari segi kehendak mereka untuk terus berbakti untuk ISLAM dan menyeru manusia lain ke jalan kebenaran.



1.Insan2 ini lahir dari pentarbiyyah yang mantap diperingkat sekolah lagi.Ramai sahabat2 ana yang lahir dari KISAS (contoh sekolah agama) dan sekolah2 agama yang lain kini menjadi pejuang ISLAM yang memimpin barisan2 hadapan gerakan mahasiswa.Tidak kiralah samada dalam atau luar negara.Apa yang ana lihat mereka2 ini amat2 menghayati ILMU dan juga tarbiyyah yang mereka terima sejak di alam remaja sekolah lagi.Mereka pejuang yang mantap.



2.Yang kedua ini mereka2 yang lahir dari background sekolah yang asas iaitu pendidikan dan pentarbiyyah yang diterima langsung dari keluarga2 yang berlatarkan agama yang kukuh.Sekalipun mereka2 ini bukan lahir dari sekolah2 agama, hanya melalui orientasi pelajaran sekular, namun kesan didikan yang sempurna dari keluarga menghasilkan jiwa mujahid dan mujahidah yang sanggup meneruskan perjuangan di alam kampus.Mereka pencetus gelombang mahasiswa.
















Kem Bina Insan : Peserta sedia di tarbiyyah


















Kem Bina Insan : Muslimat tak ketinggalan



3.Yang ketiga nih agak spesial sikit.Sebab kedua2 ciri di atas mereka tidak pernah lalui.Bukan datang dari tarbiyyah sekolah agama , dan bukan juga lahir dari hasil semaian keluarga tarbiyyah. Mereka2 ini lahir dari atas 2 sebab yang besar..















Mental dan Fizikal diuji

>>Yang satunya, platform usrah2 yang dibina oleh certain mahasiswa2 ISLAM kampus yang merasakan usaha melahirkan ikon2 ISLAM ini perlu diteruskan bagi menjana ummah yang muslih di masa hadapan dan bagi meneruskan generasi pejuang2 kampus.Pendorong yang kuat ini meyakinkan mereka2 yang berada dalam kategori ketiga untuk turut serta.Sekalipun baru mula nak kenal erti kehidupan berlandaskan ISLAM.Mereka ini bakal merubah dunia.
















Kelompok usrah pentung dalam melahirkan pejuang


>>Yang keduanya, lahir dari jiwa hijrah yang berbekalkan petunjuk dan hidayah ALLAH.Sekalipun mata2 mereka ini baru ingin mencelik mengkaji agama ALLAH, tapi disebabkan azam dan tekad yang kuat untuk berubah dan menjana perubahan,maka mereka lahir sebagai insan bertuah...Meskipun kondisi diri belum layak untuk memimpin tapi mereka ini kerap mencuba dan terus mencuba untuk kehadapan.Mereka antara yang bertuah dan berjaya.
















Berubah dan merubah


Ok..jadi ana rasa dari sedikit perkongsian ana tadi, yang mungkin betul dan mungkin juga salah (sbb ana tak wat lagi thesis macam wardah..hehe)memberi ruang dan peluang kpd kita untuk sama2 kita fikirkan, kita berada di posisi mana ketika ini dalam usaha membantu melahirkan lebih ramai jiwa2 pejuang ISLAM...


Andai kata kita yang baru belajar..teruskan tekad kita untuk bersama ISLAM


Andaikata kata kita pemimpin platform ISLAM dikali..Fikirkanlah usaha2 yang terbaik bagi menjana pembentukan generasi2 penerus mata rantai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w...Kerana dunia kampuslah yang bakal mencipta sejarah kelahiran pejuang2 ISLAM di luar sana...

So..ana rase cukup sekadar itu..kiranya ada bahasa yang kurang sopan dicoretkan,mohon ampun dan maaf dari kalian..

Sama2 kita berusaha ke arah ikon2 ISLAM yang hebat...






















Ikon Mahasiswa Islam



"BERSAMA MEMBANGUN UMMAH"

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Strive for Mardhatillah...