Sunday, April 20, 2008
Kasih termetri...
8.10 mlm
Alhamdulillah..
Selamat sampai ke pangkuan RS
balik dari usrah..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih sayang akan nyawa ini
Hampir ana terbaring di atas jalan raya on d way ke kampus tadi..
Mgkin Allah nak uji..
Ujian kpd manusia yang kerap leka akan nikmat dariNya
Subhanallah...
story skit pasal penyerahan jawatan Naqib
Dari abang Lan yang dikasihi kpd ana
terkejut jugak ana
tetiba dapat taklifan yang tak di sangka2 nih....
ape pun terima kasih byk2 pada abg sbb bagi ana insan2 terpilih untuk terus di latih
Mula2 ana lihat anak2 usrah nih...
Terpancar di raut wajah mereka
sinar2 penyambung mata rantai perjuangan Nabi
Ada cahaya tu..
cuma perlu digilap
perlu diasuh dan di asah
Mereka bakal penerus generasi..
Generasi yang mendaulatkan agama Allah..
Doakan mereka..
Aminn...
Abbas
Hafiz
Syahril
Hasril
Zaihasri...(tak dtg tapi kenal sbb sekelas...)
Antum semua insan terpilih...
Perlu rasa bertuah kerana ada yang kasih..
Menyemai benih cinta dalam diri..
Hanya untuk Rabbul Izati...
InsyaAllah bersambung kemudian....
MASA...nilainya tidak terbeli
Kaca mata kita berbeza..ini cermin mata ana...pandangan ana..
5.15 ptg
Raudhatus Syabab

Errmm...ana terpakse curi sikit mase petang nih sebelum pegi usrah ngan adik2. Nak berkongsi dengan pembaca2 yang setia...
Takde ape sgt pun yang menarik..
So bagi mereka yang agak ketiadaan masa tak yah la bace ek...
Cukup setakat kat sini je la...
Pegi wat kerja2 len yang lebih bermanfaat..
Oooo...nak teruskan gak bace..
Ok laa..tak kesah pun...
Alhamdulillah selamat sampai ke Johor (Skudai) semula semalam jam 7.15 malam
Waktu maghrib bagi kawasan Skudai dan yang sewaktu dengannya
Letih dan letih...
Perut pun menyanyi riang
Menunggu saat untuk terisi
Tapi belum pasti bila masanya
Yang pasti ana dan roomate tercinta ana terus melangkah
menapak..setapak demi setapak meninggalkan pengkalan bas, Sri Putri
menuju menghampiri Masjid berdekatan..
Dalam keadaan suasana suram dan agak kelam
sempat lagi kami meneruskan perbincangan
hasil meeting pada pagi tadi...
meeting yang agak unik pernah ana lalui sepanjang dalam hidup ana...
Bayangkan
terpaksa berkejar ke KL pada malam sebelumnya
hanya untuk attend meeting yang makan masa
hanya SEJAM...
Cukup untuk menjadikan bekalan kisah klasik
buat anak-anak
cucu-cucu
dan juga sahabat seperjuangan
Kerana bila mana kita berpijak dalam dunia haraki ini
mehnah dan cubaan begini adalah biasa
malah ianya menjadi rutin dagi mereka yang benar2 bergelar pejuang
ana nih layak ke di gelar pejuang??
Jauh sejauh jauhnya dari gelaran sakti itu...
Bagai bumi dengan langit...
tak layak2...
Tapi inilah reality yang perlu ana dan juga mereka2 yang meniti
jalan2 ini tempuhi semua ini..
bahkan mereka2 yang terdahulu pernah hadapi rintangan2 ini...
Sebelum ana and sahabat ana bertolak ke KL lagi
ana dapat rasakan perjalanan ini bakal terisi dengan makanan2 tarbiyyah
sekalipun ia seperti selalu..
Ye la..bukan baru sekali ana ke KL dari johor ni
Mungkin kali ini yang ke 10 barangkali..
Tapi untuk bermusafir kali ini
ana dapat rasakan kelainannya...
Awal2 lagi...
Nilai perjalanan ini telah menerapkan nilai kesabaran dalam diri ana..
Masakan tidak..
Tiket jam 1230 malam
Tunggu punya tunggu...
alih2 bas sampai 130 pgi
Subhanallah...
Hebatnya Allah mentaqdirkan semua ini hanya untuk mentarbiayyah diri..
Sebenarnya pembaca2..
Bukan sekadar kesabaran yang yang terisi dalam diari tarbiyyah ana
malah satu nilai yang cukup mahal juga tidak terbeli
dan ana cukup kagum serta hargai
ialah nilai UKHUWWAH...
Yang di hadiah khas buat diri ana dari sahabat2 ana..
Bayangkan betapa indahnya
bila bersahabat di atas jalanNya..
Sanggup bersama walau susah atau senang
Tenkiu pada sahabat2 yang sanggup tunggu sehingga 1.30 pagi semata2
untuk pastikan sahabat die selamat...
Hebat2..
Tak terbayar ana dengan duit...
ok..to be continue..
Time is precious..g usrah jap..
~~End~~
5.45ptg
Friday, April 18, 2008
Tonight Task : Journey to KL

10.15 pm
Raudhatus Syabab
well..well
unfortunately i've been asked to be at KL tomorrow early in the morning
baru je dapat task nih...
tak sangka2 pun..
so, nak tak nak malam nih gak kne gerak ke KL
sbb pagi2 sok lagi program dah start
Biasa dah kerja2 on call nih
Mendidik jiwa dengan satu nilai
Iaitu...
P E N G O R B A N A N
Mudah untuk disebut dibibir kita..
tapi yakinlah sahabatku ianya sesuatu yang bukan mudah untuk di adaptasi
andaikata kita jarang melaziminya
sukar untuk kita menzahirkannya
Reality dalam kehidupan Sang Pendakwah
sememangnya pengobanan merupakan elemen asas
yang amat2 penting
Perlu didik sejak awal lagi
seawal usia muda anak2....
Lazimkan diri dengan kepayahan
disana ada nilai pengorbanan yang kita perlu tempuhi..
Jadi buat teman seperjuangan
usah mengeluh andai kita dibeban mehnah dan ujian
kerana menghadapinya dengan hati tabah
memdidik diri untuk belajar bekorban
dan dengan berkorban diri akan tertarbiyyah...
Mudah2an segala apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah
end...
10.32 pm
p/s : Tiket bas jam 12.45 am...Sape nak ikut ana...jom
Lambat tinggal...
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
~~~ISLAM 4 ALL~~~
Kepentingan Mengajar Al-Quran Awal Kepada Si Manja

Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab” Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsung, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.
Model Akhlak Al-Quran
Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasulullah s.a.w.
"Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung".
(al-Qalam: 4)
Juga firman-Nya yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik".
(al-Ahzaab; 21)
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang beriman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quran menggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:
" Nabi Muhammad s.a.w. ialah Rasulallah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud".
(al-Fath: 29)
Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:
"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatiah keras".
(Ibrahim: 7)
Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnya kepada Allah S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.
Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:
"Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia".
(ali'lmraan: 112)
Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.
Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya.
Jelas menunjukkan bahawa akhlak Al-Quran itu adalah apa yang telah dipamerkan oleh akhlak Rasulallah, insan agung yang paling mulia. Justeru bukankah kita juga ingin melihat anak-anak penerus generasi kita terdidik akhlaknya dengan kemuliaan Al Quran. Penyambung keturunan kita yang menjadikan Al-Quran bukan sahaja sebagai basahan bibir, malah menyalurkan segala apa yang diperintahkan Allah di dalam Al Quran ke dalam aktiviti kehidupan seharian.
Kaedahnya
To be continue.....Sabar ye
Thursday, April 17, 2008
Insan Tarbiyyah Corakkan Kampus
Masjid Sultan Ismail (MSI), UTM
""ASSALAMUALAIKUM...W.B.T......
budget tym kejap je nak post kat blog ni...pastu nak stadi lak....pastu nak sediakan nama ajk surau muttaqin...tuk sijil...br dpt order dr pak imam..huhu..sape la ek...
berdsrkan tajuk kat ats ni...yg nak jadikan sedikit perbincgn....betul ke bckground sekolah tu melambgkan peribadi @ sifat seseorg??erm..berdasarkan pengalaman sy sepnjg duk kat matrik ni....backgrnd skolah x penting....stuju tak??
Masing2x ade opinion tersendiri...for me...seseorg yg walopun dlu skolah agama....pkai tdg labuh...songkok..kopiah..or wateve.....tetapi x semestinya dia istiqamah dgn ape yg dia wat kat skolah dlu bile dah tamat skolah...for example: kat skolah dlu cegah kapel...ttp bila kuar skolah...die yg kapel.(nau'zubillah..).. so...x sume bdak skolah agama istiqamah ngn ape yg dipraktik ms kat skola dlu...betul ke??dengan kate lain....kita xleh nak kate sume budak ex-skola agama alim dan wara'??....(ungkaplah kebenaran walopun ianya pahit)
sy ade sorg sahabat...pakai tdg labuh.... sy tanye die.."dlu sekolah mane"..die jawab.. "skolah bese je...SMK...." sy tanye lg..."ms kat skola dlu memang pkai tdg labuh ke??" die jawab "x pernah pon..1st tym sy pakai tdg labu ms pendaftrn kat matrik ni"...Subhanallah... kuatnye die... sy amat kagum dgn pendirian die...dan sy x pernah tgk die pakai tdg lain slain tdg labuh... (adakah sy mampu menjd sepertinya???)-dalam hati tertanya2...tepuk dada tanye iman...
Drpd kisah benar di ats...sy boleh katakan yg bckground sekolah x blh melambgkn peribadi seseorg...x semestnya stdnt skolah bese x blh buat ape yg diamalkn oleh stdnt skolah agama... mari kite kaji ape puncanye berlaku gejala ni.....
from my research(mcm wat thesis lak...hehe)..byk sebab berlakunye gejala ni...sy xkan snaraikan sume coz ms limit...in short...pentarbiahan adalah PENTING!!.semua umat perlukan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi.... lojika yg mengatakan org yg tinggi imannye x perlu kpd tarbiah adalah tidak benar... ini krn iman manusia boleh bertambah dan berkurang...
sabda Rasullullah s.a.w..."Sesungguhnya iman yg brada dlm hati kamu menjd lusuh seperti mana lusuhnya pakaian. olh itu, mohonkanlah dr Allah Ta'ala spy die membaharui iman dlm hati kamu" -riwayat al-Tabrani dan al-Hakim
tarbiah juga tidak dikhususkan kpd plajar skolah agama je...cuma ia adalah bonus bg plajar alirn agama krn terdedah kpd proses tarbiah yg lebih....berbanding skolah bese...(melalui usrah... kuliah maghrb...etc)
sy sendri merupkn ex skolah agama dan sy akui bahawa ilmu agama sy masih lg cetek.... basic family sy tidaklah terlalu kuat agama...dan sy mengambil inisiatif mentarbiah diri sy ketika bersama dgn sahabat2 di kmph....merekalah yg slalu igtkn sy jika sy lalai dan leka...maklumlah.. sahabat adalah insan terdekat dgn kita setelah berjauhan ngn keluarga.... Acuan yg dibentuk masa matrik ni akan membentuk dri sy apabila tamat matrik nanti.... As a human...sy x blh yakin dgn ape yg sy katakan td...oleh itu......back to de main point...tarbiah harus diteruskan....
masa ni sahabat masih lagi memainkan pranan yg ptg...berhubung dan saling igt meingati.. walopun duduk berjauhan...tetapi ukhwah tetap berterusan..sahabat ibarat jauh di mata...dekat di hati...(sastera skali skala..) :)
alarm dah berbunyi...tandenye sy kne stop sampai sini dlu...konklusinye.. utk sesetgh perkara, sy x brape stuju utk i'rab atau mentafsir peribadi seseorg brdsrkn bckground skolah dulu... tp ianya satu kelebihan tuk stdnt skolah agama utk mendekatkn diri dgn Yang Maha Esa dan mendalami ilmu agama... Marilah bersama kite mohon petunjuk dan hidayah dr Allah agar sentiasa dipeliharaNya...
P/s: ini adalah pendpt dr sy yg hanya sorg hamba yg hina....oleh itu jika ade yg perlu sy perbetulkan...maka bolehlah kemukakan...sy mengalu2kan pandgn dan kritikan kalian...
Hidayah adalah milik Allah tetapi sbg hambaNya kita harus berusaha mencarinya.....""
Posting dari blog : http://wardahsafwah.blogspot.com/
Komen dari ana:
Salam'alaik...
Juz sebagai komentar bersama
Kupasan cerita yang menarik minat anak muda hari ini untuk membacanya..terutama bagi meraka yang menelusuri jalan2 dakwah...Alhamdulillah kupasan wardah tu sedikit sebanyak membuka minda terutama dunia mahasiswa betapa hari ini mesayrakat pelajar tak boleh kita nilai melalui background sekolahnya...Jelas.Terang lagi bersuluh.
Bilamana kita berbicara soal tarbiyyah, ianya bukan lahir dari mana kita datang (background sekolah)...Tapi ia lahir daripada penghayatan kita terhadap apa yang kita terima selama tempoh tarbiyyah itu berlangsung...Mungkin kritikan ini ana tujukan untuk diri ana sendiri selaku insan yang lahir dari sekolah sekular..Tapi lebih ana fokuskan pada mereka2 yang sebenarnya telah lama berjinak dengan dunia biah solehah di alam persekolahan (Sekolah2 Agama)tapi luntur peribadinya bilamana menjejakkan kaki ke alam kampus...
Demonstrasi Palestin di KL
Kenapa?? dan kenapa ianya terjadi??? Seharusnya dan menjadi kewajipan ke atas mereka2 yang telah diasuh dan dididik dengan ilmu agama sejak foundation lagi menjadi front liner atau memimpin barisan hadapat dalam persatuan2 ISLAM atau badan2 kerohanian di kampus...
Kerana apa?? Kerana mereka2 ini telah mempunya sekurang2nya basic agama yang kukuh berbanding dengan mahasiswa lain yang pada hemat ana ramai di kalangan pemegang2 proksi terdiri dari mereka2 yang bukan berlatarbelakangkan sekolah agama...Kan aneh jadinya..Pelik.Tapi reality.Dan kita perlu terima hakikat ini. Sekalipun pahit untuk ditelan...
Dari pandangan peribadi ana sendiri terdapat beberapa kategori insan2 yang unik ini..Maksud ana dari segi kehendak mereka untuk terus berbakti untuk ISLAM dan menyeru manusia lain ke jalan kebenaran.
1.Insan2 ini lahir dari pentarbiyyah yang mantap diperingkat sekolah lagi.Ramai sahabat2 ana yang lahir dari KISAS (contoh sekolah agama) dan sekolah2 agama yang lain kini menjadi pejuang ISLAM yang memimpin barisan2 hadapan gerakan mahasiswa.Tidak kiralah samada dalam atau luar negara.Apa yang ana lihat mereka2 ini amat2 menghayati ILMU dan juga tarbiyyah yang mereka terima sejak di alam remaja sekolah lagi.Mereka pejuang yang mantap.
2.Yang kedua ini mereka2 yang lahir dari background sekolah yang asas iaitu pendidikan dan pentarbiyyah yang diterima langsung dari keluarga2 yang berlatarkan agama yang kukuh.Sekalipun mereka2 ini bukan lahir dari sekolah2 agama, hanya melalui orientasi pelajaran sekular, namun kesan didikan yang sempurna dari keluarga menghasilkan jiwa mujahid dan mujahidah yang sanggup meneruskan perjuangan di alam kampus.Mereka pencetus gelombang mahasiswa.
Kem Bina Insan : Peserta sedia di tarbiyyah
Kem Bina Insan : Muslimat tak ketinggalan
3.Yang ketiga nih agak spesial sikit.Sebab kedua2 ciri di atas mereka tidak pernah lalui.Bukan datang dari tarbiyyah sekolah agama , dan bukan juga lahir dari hasil semaian keluarga tarbiyyah. Mereka2 ini lahir dari atas 2 sebab yang besar..
Mental dan Fizikal diuji
>>Yang satunya, platform usrah2 yang dibina oleh certain mahasiswa2 ISLAM kampus yang merasakan usaha melahirkan ikon2 ISLAM ini perlu diteruskan bagi menjana ummah yang muslih di masa hadapan dan bagi meneruskan generasi pejuang2 kampus.Pendorong yang kuat ini meyakinkan mereka2 yang berada dalam kategori ketiga untuk turut serta.Sekalipun baru mula nak kenal erti kehidupan berlandaskan ISLAM.Mereka ini bakal merubah dunia.
Kelompok usrah pentung dalam melahirkan pejuang
>>Yang keduanya, lahir dari jiwa hijrah yang berbekalkan petunjuk dan hidayah ALLAH.Sekalipun mata2 mereka ini baru ingin mencelik mengkaji agama ALLAH, tapi disebabkan azam dan tekad yang kuat untuk berubah dan menjana perubahan,maka mereka lahir sebagai insan bertuah...Meskipun kondisi diri belum layak untuk memimpin tapi mereka ini kerap mencuba dan terus mencuba untuk kehadapan.Mereka antara yang bertuah dan berjaya.
Berubah dan merubah
Ok..jadi ana rasa dari sedikit perkongsian ana tadi, yang mungkin betul dan mungkin juga salah (sbb ana tak wat lagi thesis macam wardah..hehe)memberi ruang dan peluang kpd kita untuk sama2 kita fikirkan, kita berada di posisi mana ketika ini dalam usaha membantu melahirkan lebih ramai jiwa2 pejuang ISLAM...
Andai kata kita yang baru belajar..teruskan tekad kita untuk bersama ISLAM
Andaikata kata kita pemimpin platform ISLAM dikali..Fikirkanlah usaha2 yang terbaik bagi menjana pembentukan generasi2 penerus mata rantai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w...Kerana dunia kampuslah yang bakal mencipta sejarah kelahiran pejuang2 ISLAM di luar sana...
So..ana rase cukup sekadar itu..kiranya ada bahasa yang kurang sopan dicoretkan,mohon ampun dan maaf dari kalian..
Sama2 kita berusaha ke arah ikon2 ISLAM yang hebat...
Ikon Mahasiswa Islam
"BERSAMA MEMBANGUN UMMAH"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
Strive for Mardhatillah...
Wednesday, April 16, 2008
The time has come...!
Prepare for trouble
And make it double...
It comes back!!
It comes back!!
It comes back!!
Exam...my favourite period in my life
Sebab kita kena sedar bahawa hidup ini sentiasa diuji
Bahkan kehidupan itu sendiri merupakan ujian dari Allah...
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?...
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang
yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang
orang-orang yang berdusta..."
(Al-Ankabut : 2-3)
Jelas bahawa setiap manusia pasti akan diuji untuk Allah ketahui
sejauh mana kita beriman padanya...
Barulah hidup ini penuh
dengan corak yang warna warni...

So..bagi Sang Mahasiswa sekalianJangan cepat mengeluh dengan ujian di hadapan..
Final exam hanya ujian di dunia..
Tak dapat jawab boleh repeat balik..
Jangan sampai extend lama sangat sudahlaa...
Janji boleh grad..
Lagi elok kalau dapat jadi yang grad dengan cemerlang...
Barulah ramai sikit doktor2 ISLAM..
Barulah ramai sikit engineer2 ISLAM..
Barulah ramai sikit pendidik2 ISLAM..
Niat belajar untuk mencari ilmu Allah...
Niat belajar untuk majukan ISLAM dan Ummmah...
Niat belajar untuk redha Allah..
InsyaAllah ILMU yang kita dapat berkat...
Jgn belajar hanya untuk Final..
(nasihat ini khas utk ana sendiri...)
Lastly, pesan ana...
Nak dapat Ilmu yang berkat
Start nak belajar ambil wudu'
And then recite doa2 penerang hati...
Mudah2an ALLAH mudahkan kefahaman kita...
ISLAM itu mudah...lagi memudahkan...
Tak yah g jumpe tok bomoh nak jadik pandai...
Hari Ini Dalam Sejarah...

Hospital Besar Bukit Mertajam
Malam ini malam yang sunyi.Sepi seribu bahasa.Angin selembut bayu bertiup menyajikan suasana indah..Sepi ketika ini.Yang hanya terdengar hanya rengekkan Sang Cengkerik di awal pagi...
Tenang..
Dalam suasana yang penuh syahdu ini,
suasana indah yang menyelimuti insan-insan di alam maya..
Di suatu pelosok dunia,
yang mana saat ini
jajahan ini di bawah jaringan pemerintahan Lim Guan Eng,
Pulau Mutiara..Pulau yang ku cintai
Setelah takdir Allah yang Maha Kuasa menentukan
cukup empoh masa yang telah diberikan
kpd seorang wanita yang sarat mengandung selama sembulan bulan..
mengusung kandungannya ke hulu ke hilir..
Pergi mengajar dibawanya
pergi bersiar2 dibawanya
pergi solat dibawaya..
sehinggakan setiap saat bersama Si wanita itu.
Tak terlintas sedetik pun di benak pemikirannya untuk meninggalkan sahaja benda yang berat ini..
Langsung tidak..
Sampailah masa yang telah dicoretkan di Luh Mahfuz
Jumlah umat di muka bumi ini bakal bertambah lagi..
Mungkin bertambah susah buat bumi ini...
Dan barangkali mungkin bertambah beruntung dengan adanya...
Terpulang..
Allah yang menentukannya
Suasana yang sunyi tadi kembali hingar bingar..
Di ruang legar Hospital Besar Bukit Mertajam..
Wanita mengandung, lelaki muda dan seorang wanita tua
memecahkan kesunyian malam itu...
"Aduh...sakitnya.."
Suara teriakan ini tersebar ke sebahagian ruang hospital..
Nurse dan doktor2 mula bergerak cergas..
memimpin wanita tadi ke bilik bersalin..

Semakin hampir saat itu
Semakin lemah tubuh wanita tadi..
Habis tenaganya dipertaruhkan
Hatta nyawanya digadaikan...
Nyawanya hanya tinggal di hujung tanduk..
Hanya tunggu sapaan Izrail untuk disahut..
Kelam kabut
Cemas
Gundah
Bimbang
Risau...
Semuanya mengangkat tangan ke langit
Memohon RAHMAT dan KASIH SAYANG Allah..
Untuk dipermudahkan apa yang sukar
16 April 1986 3.08 am
''Uuuweeekkkk......"
''Uuuweeekkkk......"
Suasana suram tadi kembali mekar
Tangisan Sang Insan kedengaran
Memberitahu alam...
Menyampaikan salam
Ke seluruh warga alam maya...
''Uuuweeekkkk......"
''Uuuweeekkkk......"
Terpancar mimik seri di wajah lelaki tadi yang menanti..
Ucapan syukur yang tidak terhingga pada ILAHI...
Wajah mak cik tua yang berkedut tadi kembali mekar bercahaya..
Perasaan tadi tiada lagi..
Yang ada hanya....
Gembira
Syukur
Suka..
Maka saat itu lahirlah Sang Insan ke bumi
Mula mengenal dunia ini...
Yang mana telah berjanji pada ILAHI
Untuk tunduk sembah mengabdi diri...
Hanya pada Nya Rabbul Izzati...
Ya Rabbi...
Sekalipun Sang Insan belum pandai menyusun kata..
Cukup dengan tangisan tadi
Sang Insan menyatakan syukur pada ILAHI...
Tangisan tadi bersulam makna,
"Ya Allah...Aku bersyukur padaMu kerana pada saat ini engkau telah keluarkan aku dari kegelapan rahim ibuku kepada dunia yang lebih gelita pada pandanganku...Yang penuh dengan cabaran yang bakal menggoncang Iman, yang bakal menggugat kekuatan HATI...Ya Allah engkau berikanlah aku kekuatan untuk aku mengharungi hidup ihi...Amin Ya Rabbal'alamin.."
Cukup dengan tagisan tadi diselangi dengan alunan azan yang begitu indah di kelopak telinga Sang Insan...
"Allahuakbar...Allahuakbar...."
Indah sungguh kalam Allah yang pertama kali Sang Insan dengar
Terpaku di hati akan amanah untuk tunduk dan sembah padaNya...
Terpikul segala beban sebagai hamba dan khalifah di bahu Sang Insan...
16 April 2008
Kini Insan bukan lagi Sang Insan dahulu..
Yang hanya tahu berlari-lari anak di halaman kampung tercinta...
Sang Insan Kini telah mengembara..
Jauh di selatan dunia Malaysia...
Mencari makna ilmu sbg seorang mahasiswa...
Kini Sang Insan menjadi Sang Perantau...
Dari kecil ia merantau..
Menghabiskan masa mudanya di Kedah
Membina semangat pemudanya di Kuala Lumpur
Dan kini menerusksan agenda juangnya di Johor..
Mmg lumrah perantau...
Jauh dari keluarga
Meneruskan usaha mencari RadhaNya....
Hari ini tiba lagi...
Setelah 22 tahun kisah ini kembali lagi..
Kisah kelahiran Sang Insan yang kini merantau ke serantau negeri...
Mencari cinta Hakiki..
Tapi berbeza dengan hari-hari yang yang sebelum ini...
Tahun-tahun sebelum ini..
Walaupun pada tarikh yang sama dengan tarikh hari ini...
Hari ini
Hari Sang Perantau berasa cukup bermakna...
Bukan untuk diri sendiri
Tapi untuk dia
Sang wanita tadi...
Yang bergelar Ibu mithali...
Yang telah melahirkan Sang Insan ke dunia ini...
Ibu yang tiada pengganti..
Ibu yang banyak berbakti..
Ibu ini yang menyuapkan nasi..
Ibu ini yang menjaga diri..
Ibu ini yang mendidik hati..
Ibu ini yang menunjuk jalan kepada Ilahi..
Pada dia selayaknya ucapan SELMAT HARI LAHIR diberi...
Yang mampu saat ini Sang Perantau beri
Hanya ucapan
Terima Kasih Ibu..
Terima Kasih Mak..
Atas segalanya yang telah engkau beri
Sedia kacak sehingga kini
Yang menyedikan sesuap nasi
Yang menjadikan Sang Perantau seorang lelaki..
Lelaki ini ku gelar sebagai..
Ayah..
Berkorban diri untuk anak-anak berdiri sendiri
Yang mampu saat ini Sang Perantau beri
Hanya ucapan
Terima Kasih Ayah...
Atas segalanya yang telah engkau beri
Buat adik beradik Sang Perantau..Pesanan dari Abang..
Belajarlah rajin2 dan sungguh2...
Jadi org2 hebat..
Hebat dari Abang...
Orang yang berjaya dunia akhirat
Jangan nakal-nakal
Jangan malas-malas
Jadi yang rajin-rajin
Jadi yang pandai-pandai
"Ya Allah...Yang Maha Pemurah..Aku memohon kpdMu agar Engkau jadikan keluargaku ini keluarga yang bahagia, Keluarga yang berada dibawah naungan Rahmat dan Kasih sayangMu..."
Tuesday, April 15, 2008
Think 4 d'Day after tomorrow!!
BERFIKIR SEJENAKOpppsss....
Berhenti sekejap.Mari sama2 kita fikir sejenak..
Hari semalam
Hari ini
Dan hari Esok....
Bagi ana semuanya mencoretkan wajah2 kehidupan yang berbeza.Melakar sejarah kehidupan sendiri.
Kalau ikutkan hati "hari semalam" kata diri nak berubah pada "hari esok".Tapi bila tiba hari ini yang telah dijanjikan semasa "hari semalam"...diri masih pada takuk lama.Tak nak berubah.Malas tetap malas.Tak ade usaha nak jadi lebih baik dari semalam.Tapi still nak kan sesuatu yang baik pada hari esok....Errrmmm apa nak jadi nih...
Inilah sebenarnya reality yang sedang melanda kita terutamanya umat Islam dan lebih spesifik lagi kelompok2 manusia melayu Malaysia yang rata2 nya kehidupan hari-hari mendatang kita sama sahaja dengan hari-hari lampau, dan yang menyedihkan lagi sebilangan besar dari kita (termasuk Sang Perantau kot...hehe) hari-hari yang dilalui lebih teruk berbanding dengan hari2 lepas...Teruk2..Apa nak jadi..
Sedang para cendekiawan dan juga mereka yang sentiasa mahukan kondisi kejayaan sentiasa bersama mereka...rapat dengan diri mereka..malah mahukan kejayaan tersalut sebati dengan jiwa mereka..Dan petua yang paling mujarab untuk mendapatkannya amat mudah..
Pastikan
Hari ini lebih baik dari semalam..
Dan hari esok lebih baik dari hari ini..
Kata2 yang selalu ana dan jga sahabat2 dengar..
tapi juz jadikan halwa telinga..
ye la dari dok dengar benda2 tak bermanfaat kan...
Tapi sama2 kita koreksi diri kita balik sejauh mana apa yang kita acap kali dengar itu di ambil endah dan cukup sekadar kita cuba laksanakan dan try and error..'Belum cuba belum tahu', kata orang tua2...
Sebenarnya sahabat2...
kata2 ini memiliki kuasa yang begitu besar
Sehinggakan mereka yang berjaya menakluk dunia
lahir dengan motivasi bait2 ayat ini..
Apa yang ana nak kongsikan di sini adalah sejauh mana kita cuba untuk mencapai AZAM yang pernah kita bangga2 kan ketika tibanya tahun2 baru..
"Aku berazam nak skor 4 flat sem nih..."
"Aku berazam nak jadi insan yang soleh/solehah..."
"Aku berazam nak......"
Dan banyak lagi dah azam2 yang kita ungkapkan di mulut kita...
Apakah ianya sekadar menjadi mainan bibir untuk menyejukkan telinga2 yang mendengarnya???
MARILAH BERUBAH
ISLAM agama nasihat
So..nak tak nak kita kene terima apa yang ISLAM anjurkan...
ISLAM menganjurkan supaya kita berusaha bersungguh2 dalam sebarang aspek kehidupan yang kita buat...Tak kiralah menuntut ilmu, beriadah, beramal, beribadat dll..Yang penting kita meletakkan sepenuh jiwa dan raga kita dalam melakukan perkar2 ini selagi mana ianya sebaris dengan landasan syariat..
Dan bilamana dah kita lakukan yang terbaik untuk sesuatu itu..dipenghujungnya sama2 lah kita menyerahkan segalanya kpd ALLAH...Tawakkal kpdNya..Kerana apa??Keana setiap yang berlaku itu adalah ketentuan dari Yang Maha Esa...
Tak kira laa...
Berjaya ke..
Gagal ke...
Baik atau buruk yang menimpa...
Itu semua Allah yang tentukan...yang penting setelah berazam,kita berusaha...setelah berusaha..hanya tunggu kata dari Yang Menentukan dgn bertawakkal padaNYa...Kerana ALLAH amat mencintai org2 yang bertawakkal padaNya...
Barulah..akhirnya kita akan REDHA dengan apa jua yang terjadi pada kita...
So...marilah sama2 kita membuat revolusi diri hari nih...
Ana pun nak juga jadi macam apa yang ana tulis nih...
Sbb belum menjadi2 tu la ana tulis..
Mudah2an jadi motivasi buat ana sendiri..
OK...
Monday, April 14, 2008
Boring!!!??...Ade cara nak handle..
Boring!!!??

Errmm..tak tau la knape..
Hari yang ana ase agak membosankan n memboringkan
May be nothing special to be done today
Biase2 ade meeting..
Program..
Tak pun jalan2..
But at this moment
Ase macam tak de benda yang nak di buat...
Padahal xsimen macam banyak je lagi..
Final pun dah dekat
Tapi tak terasa macam nak study lagi..
Mungkin jiwa ana nih tak tenang kot..
Banyak masalah..
Fikiran melayang-layang..
Dok fikir pasal program...
Ape pun bagi ana ni sume no problem..
Sikit je..
Kita balik kpd ISLAM yang mendidik kita..
yang menjadi platform tarbiyyah membentuk jiwa2 yang bertaqwa...
Kan Allah dah pesan..
Banyak2 igt Allah hati akan jadi tenang..
Simple n most cheeper way to get free from stress..
But the most valueable and effectiveness way to get cured
Errmm...
Jom sama2 ikut ana berzikir..
Tak banyak sikit2 je..
Ya ALLAH...10x
Subhanallah..10x
Alhamdulillah..10x
Allahuakbar..10x...
Tarik nafas...
Lepas...
Ahhh...Errmm.
Rasa dah tenang jiwa...
Tak payah susah2 g SPA laa..
Makan cokelat la...
Semata2 nak hilangkan stress...
Buat je yang macam ana btau tu selalu2...
InsyaAllah disamping hilang stress
kita akan lebih disayangi Allah...
Nak dapatkan kasih sayang seorang teman pun susah..
Inikan pula kasih sayang Allah..
So...jgn lepaskan peluang berharga nih...
SURAT ADAM UNTUK HAWA
Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….
Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa....kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu....dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....
Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini
Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini...kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita...Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah...kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi...langkahmu kian pantas....apa sebenarnya yang engkau kejari?...ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain...Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...Sedarkah kau Hawa.....???? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!!
Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.....Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....
Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan....Aku tidak mahu Hawa...suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya...seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! banyaknya seksaan menantimu!...Mengapa begitu Hawa??? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??
Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri....Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian...tapi jauh nun diluar
Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu...Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....
Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”
Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!”
Sekian........
Wassalamm.........................
Cerita MALAM banyak menundang HIBA...
Sekali lagi seperti saban tahun yang telah berlalu...siang telah melabuhkan tirainya..dan kini malam beraksi menunjukkan belang tarungnya..
Hari demi hari usia ana dan sekalian manusia semkain meningkat..
Itu kata pakar perubatan dan juga yang seangkatan dengannya..
Setiap saat sel-sel dalam tubuh kita akan semakin matang..
Membesar dan terus meniti usia..
Kian tua rupanya ana nih...
Tapi bagi ulama'..
Dan mereka yang rapat dengan Maha Pencipta...
Tunduk patuh ke atas segala perintah Nya..
Tanpa ada sebarang penafian atas segala suruhan dan laranganNya..
Bagi mereka..
Umur kita kian lama kian berkurang..
Kian habis dimamah masa yang berlalu pergi..
Setiap saat yang kita lalui..
Di situlah kita tinggalkan usia kita...
Kerana apa??
Mereka yakin dengan Yang Menjadikan mereka...
Dijadikan INSAN dengan tanda masa yang dicopkan pada kita..
Setipa kita ada 'expired' yang di tetapkan du Luh Mahfuz..
Semakin hari berlalu..
Semakin kita dekat dengan tarikh luput jasad kita..
Semakin hampir kita ke alam yang kekal selamanya..
Semakin rindu tanah pada tubuh kita...
Tapi manusia..
Bukan orang lain..
Tapi diri ana yang sedang berkata...
Kerap kali lupa pada Dia..
Sombong dan alpa dengan kelazatan dunia..
Yang mahu hanya KAYA..
Yang mahu hanya PERMATA..
Yang mahu hanya KERETA..
Yang mahu hanya DUNIA..
Pada DIA..
Buat-buat lupa..
Tak kenal bila senang bergaya..
Maksiat on je..
Janji hati puas dengan nikmat yang sementara..
Apakah selamanya diri ana gemar dibaluti dosa-dosa..
Tidak...
Yang pasti sekali lagi MalaM mengundang HIBA buat ana..
Kerana..
Entahkan dunia ini dapat ana lihat untuk hari esok..
Sedang diri masih belum suci untuk menghadap Ilahi...

Kerlipan yang indah belum menjanjikan buat ana hari yang INDAH esok...
Yang dapat mengatur hidup ana ini hnya Dia..
Bukan bintang yang bersinar di malam hari....
Bukan bulan yang mengambang seri...
Bukan semesta yang sunyi sepi..
Tapi hanya DIA...
Rabbul Izzati...
p/s : maaf la kalu nukilan ini tak sedap di hati...kalu nak sedap cari gula @ garam tambah sendiriye..
Sunday, April 13, 2008
PESANAN BUAT MUJAHIDAH SOLEHAH…..
PESANAN BUAT MUJAHIDAH SOLEHA…..
mujahidah,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai mujahidah…
mujahidah,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta
mujahidah,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan bergelar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu wahai mujahidah
Tidak mujahidah,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukan hanya menjadi lembayung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Janagn biarkan bangsamu terus melentok lesu
Ayuhlah mujahidah persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang
Namun mujahidah,
Mampukah kudratmu menongkah arus
Menabur bakti di luar kepompong duniamu
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu senipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berjayakah engkau mujahidah …
mujahidah,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi dan sayap kiri
jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah mujahidah ….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptamu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa
Ya mujahidah soleha,
Lengkaplah dirimu dengan ilmu dan nilai-nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya di
Dapur tetapi di medan tempur
Bangunlah mujahidah kau merupakan
sayap kiri dalam perjuangan agamamu….
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang gemilang
Bukan pak kadok yang bersorak
Bangga tapi kampung tergadai

BUDAYAKANLAH AL-QURAN!
| BUDAYAKANLAH AL-QURAN!
Sungguh aneh ya.Jika seorang pelajar gagal di dalam pelajaran,contohnya
Tetapi lagi pelik apabila kita yg mengaku sebagai umat islam yang sudah
Saya sempat menghadiri kelas bahasa pada minggu lepas.Kelas yg bermula
Panjang pula bab sarapan ini,..tp boleh menjadi perkongsian buat sahabat2 semua terutamanya yg tidak suka sarapan…
Berbalik pada kisah yang sy hendak kongsikan tadi,pensyarah muda yang kami
‘Oh,tidaklah terlalu sukar’fikir saya.
Kelas bahasa yang majoritinya berimej kan
Saya perhatikan semua pelajar sibuk bertanya itu ini pada rakan terdekat “Macam mana nak eja sekian..sekian” Saya tulis perkataan itu di bukunya dan menjawab. “Macam ni,..seperti yg kita selalu baca dalam al fatihah dan Al-Quran tu..” Jawabnya…”Saya tak tahu,saya Cuma tahu ‘gitu-gitu’aje”
Apa yang dimaksudkannya dengan ‘gitu-gitu’?Nampaknya saya sudah maklum
Alangkah walangnya hati saya
Rasa sedih dan kasihan bertingkah
Inikah realitinya rupa Saudara-saudara seislamku..
Hari ini boleh dibilang berapa ramai warga muslim yang mengenal huruf-huruf
Apakah tindakan kita? Janganlah kita bertindak zalim kepada diri kita sendiri.Apabila mengetahui Biar terlambat daripada langsung tak dapat. ‘Better late than never’ Tambahan pula kepada yang bergelar Dai’e,tingkatkanlah ilmu.biarlah dakwah kita
Keutamaan ilmu pengetahuan,
“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu,dan begitu (Al-Mujadalah:11)
“Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan ,kiranya kamu tiada mengerti” (An-Nahal:43)
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim”
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga”
Rakan saya tadi berbisik pada saya di akhir kelas, “Awak kena ajar saya sungguh-sungguh tau.Banyak yang saya tak tahu..” Penuh harapan..Alhamdulillah…Itulah yang dikatakan hidayah Allah.. “InsyaAllah,saya tolong yang termampu”jawab saya.
“Hendaklah meraka memberikan peringatan kepada kaumnya,apabila telah kembali kepada mereka nanti,moga-moga mereka berhati-hati”
(At-Taubah:122)
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik.” (An-nahal:125)
Pagi ini benar-benar menyedarkan saya dari terlena.Saya sendiri masih banyak
Syukran ya ustaz wa ustazah!
Al-Quran itu laksana cahaya yang menerangkan,dengannya manusia akan terselamat
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Seutama-utama ibadat umatku ialah membaca Al-Quran”
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula”
‘Allah Tuhan kami..
Rasulullah ikutan kami..
Al-Quran panduan kami..
Syahid di jalan Allah cita-cita kami…’
SERIKANDI_IMAN |
MUJAHID SIHAT

Subhanallah....


Andaikata tubuh kita dah "down"...yang tinggal pada mase tu hanyalah kekuatan mental dan hati untuk teruskan agenda2 yang dirancangkan...










.jpg)
