Sunday, August 3, 2008

C.A.N.T.I.K


Wednesday, July 30, 2008

KEMBARA...




berjalan di bumi yang tandus ini
penuh duri...
tanpa sedar dan penuh lalai
usia beredar penuh kejahilan dan kemusnahan

mengembara mencari dunia hakiki
tiada jumpa arah yang sejati
tiada pembimbing penunjuk jalan yang suci
hidup terumbang ambing sendiri..sendiri..

Tuhanku dengarlah bicara hati ini
dariku insan sering tersisih
di lautan penuh dosa dan noda..
demi mencari secebis kasihMu..

Tuhankan tangan ini menadah sayu..
keampunan di perjalanan jauh..
semoga di terima di sisiMu..
sebagai bekalan negeri abadi..

Tuesday, July 22, 2008

Tada bezanya di antara kita...



ingatlah sahabat
tiada beza di antara kita

warna kulit
rupa paras
pangkat dan harta
kaya dan miskin
itu hanya kacamata dunia

pada DIA
yang membezakan kita
hanyalah
TAQWA....

Sunday, July 20, 2008

Di Kala Hati Terusik (episod 1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah setelah hampir lebih sepuluh hari (kalau tak silap ana lah) blog ini menyepi, tanpa suara dan nada, tanpa kata bicara, tanpa khabar berita gembira..Akhirnya Allah bg juga ana kesempatan untuk melirik rasa rindu di alam maya nih.Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana hilangnya Sang Perantau akhir2 nih. Ana tak hilang pun, cuma terpaksa menyepi seketika, maklumla awal2 semester nih banyak tugasan dan gerak kerja yang nak di buat untuk
membimbing adik2 baru terutamanya..

Ermm..banyak sebenarnya cerita nak di coretkan di sini..tapi memandangkan ketidaksempatan masa yang ada so tak leh la nak ceritakan banyak2.Ape pon perkongsian yang sedikit ini dapat dijadikan pedoman.

Baru-baru nih ana diminta oleh sahabat2 ana yang menguruskan satu kem motivasi di sebuah sekolah berhampiran untuk ana handle satu slot khas. Pada mulanya ana agak terkejut bila dikatakan slot khas.Sbb ana nih tak biasa sebenarnya untuk mengemudi satu2 slot terutama yg melibatkan psikologi manusia.Maklum la ana nih student mekanikal. Hati enjin boleh la ana selami..hati manusia nih lemah sikit la..

Ana di minta untuk handle satu slot muhasabah untuk adik2 PMR dan SPM nih.Bukan mudah..sebab minda dan psikologi mereka2 nih hampir sama dengan ana sendiri. Terpaksalah ana melebihkan keupayaan diri untuk tidak ditenggelami oleh mereka2 yg fizikalnya agak besar berbandung ana yang kecik nih..Alhamdulillah berbekalkan pengalaman dan ilmu pembacaan psikologi yang sedikit ana ada ini ana cuba beranikan diri.

Slot bermula agak lewat, kira2 jam 11 malam..yg pada awalnya dijangkakan bermula 10.30 malam.Kerisauan ana cuma satu, slot ni akan jd tak menarik kalau ramai yang tertidur..sbb ana assume ramai yang dah penat seharian berprogram.Jadi secara semerta ana terpaksa memikirkan solusinya..akhirnya dapat.Slot muhasabah dalam keadaan berdiri.Yang biasanya dibuat dalam keadaan duduk.

Bermula dengan suatu game ringkas untuk mengalih perhatian adik2 nih.Supaya tak nampak sgt tujuan sebenar slot malam tu.Ringkas tapi penuh bermakna.Ana mintak supaya dituliskan atas kertas masing2 janji mereka pada ibu dan ayah mereka apa yang akan mereka buat selepas tamat dari progran ini.5 janji ana mintak peserta ini tulis atas sekeping kertas kecil dalam masa hanya lima minit.Masing2 tekun menulis sambil ada yang sedang berkhayal mencari ilham yg belum bertandang.Ana paksa dan terus menekan mereka dengan masa yg diberikan.

Dalam pada masa yang sama 5 perkara utama ana tekankan pada mereka sejak awal slot lagi.Iaitu 5 misi utama yang bakal kita dapat malam tu, "KEPANTASAN,KETANGKASAN,KECEKAPAN,KREATIVITI DAN BERANI BERTINDAK"....banyak kali ana ulang misi ini supaya setiap tindakan mereka ke arah mencapai misi.Slot semakin menarik.Masa 5 minit yang ana beri dah tamat.Tapi still lagi ada peserta yang belum siap 5 janji mereka..Yang macam nie ana provok "kamu tak pantas..lembab.." biar peserta rasa bersalah dalam diri sendiri.Akhirnya selang beberapa ketika semua mengangkat tangan yang ade kertas menunjukkan mereka telah siap tugasan yang ana berikan.

Masuk stage kedua.Lebih mencabar dan perlukan penelitian dari setiap peserta.Yang mana leka dan tidak bersedia akan gagal ujian kali ini.Ia memerlukan kemahiran berfikir yang agak tinggi berbanding tahap pertama tadi.

Belon warna-warni ana agihkan pada setiap peserta.Masing2 berebut untuk dapatkan warna kesukaan.Hati ana tertawa kecil, "tak lama tu..kejap jaa..".Arahan yang ringkas dan padat ana keluarkan.Setiap dikalangan para peserta mula memberikan tumpuan yang lebih.Kerana sekali lagi 5 misi utama slot ini ana ulangi lagi.Masing2 mula mengambil tempat.




"Abang mintak mulai sekarang tidak ada sebarang bentuk bunyi yang keluar dari mulut"...ramai yang tercengang.Kagat seketika.Pelik dan ternanti-nanti arahan seterusnya.Ana menyambung lagi,"ok..abang nak adik2 tiup belon ini sebesar belon di tangan abang,tak nak besar dan tak nak kecik,sebelum tiup masukkan dulu kertas janji kamu ke dalam belon...yang tak ikut arahan kumpulan dikira kalah", sekali provokasi ana berjaya menundukkan ego sesetengah peserta..

"ok..lepas nih duduk dalam kumpulan masing2 dalam keadaan bulatan..mulut pastikan tidak berbunyi..."
, arahan demi arahan ana keluarkan di samping melihat suasana.Alhamdulillah keadaan terkawal. "ok..bagi yang dah bentuk bulatan, sekarang masing2 pusing menghadap ke belakang."..ini bermakna setiap ahli kumpulan akan membelakangi rakan masing2.Hairan bin ajaib timbul di benak mereka..Apalah yang abang sorang ni nak buat pada kami.

Seperti biasa, ana ulangi misi slot ana pada malam tu..membuatkan mereka semakin berdebar2.. Sekalipun tiada mulut yang dapat bertanya, namun riak wajah mereka menggambarkan mereka ternanti sesuatu."Sekarang abang nak semua pejam mata...muslimin dan muslimat"..


p/s:nak tahu ending...nanti ana sambung..k




Thursday, July 10, 2008

Sekadar berkongsi..


"Bunga yang indah ini akan terus mekar indah, andai ianya disiram dan dibajai dengan nilai kasih sayang"



Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Buat sahabat2 yang sudi singgah di teratak buruk, membaca blog ana yang tak seberapa nih.Mudah2an ade sedikit ilmu yang dapat ana kongsikan untuk ingatan bersama.Dan juga diharapkan ilmu yang dikongsi ini bakal menjadi saham yang bermanfaat ketika menghadap Yang Maha Esa kelak.InsyaAllah…

Ermm..Hari ini sarat dengan tugasan dan pengisian untuk diri ana. Sekalipun kelas belum lagi bermula memandangkan bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal masih ramai pelajar yang menjalani latihan industri. So, tak semua kelas yang ada hari ini.

Cuma apa yang cuba nak nak kongsikan hari ini ialah bagaimana dengan tiba2 hati kecil ini boleh tergelak dan melirikkan senyuman secara tiba2 dikala ana sedang mengelamun mengenangkan peristiwa yang berlaku lima hari lepas. Mujur tak de sape2 yang memerhati ana ketika itu.Kalau tak malu satu sem.Senyum sorang2 tak tentu pasal.Teruk la ana nih..

Tapi nak buat macam mana.hati dah tak leh nak tahan.Perasaan yang muncul tiba2 disebabkan jawapan dari seorang freshie baru mendaftar, begitu menyentuh jiwa ana. Jiwa yang seni ini.

Entry ana yang lepas ade ana ceritakan pasal sukan di hujung minggu haluan siswa (MHS) UTM Skudai.Meriah..dan amat meriah.Di suatu ketika sedang ana kibarkan bendera kebanggaan Persatuan Mahasiswa Islam ana di sapa oleh seorang pelajar baru.Ana menoleh ke belakang.Melihat dia dan rakannya dari kolej yang sama masing2 berbaju hitam.Sempat mata ana mencari nama kolej yang tertera dibaju adik ini.Owh..Kolej Tun Razak rupanya.Patutlah mukanya agak familiar bagi ana. Hati ana berbisik, adik nih mesti kerap gi solat subuh berjemaah minggu lepas ketika ana berpeluang menyampaikan tazkirah.Lantas terus ana menegurnya,

“Adik nih dari KTR ye??Patutlah macam biase tengok ja”,saja ana nak mulakan perbualan dengan menambahkan kemesraan.Mudah2an hatinya terbuka untuk berbicara panjang.

“Ha ah..ye bang…Kami bertiga nih dari KTR, abangkan selalu bagi kuliah subuh kat kami”,pantas salah seorang dari mereka menjawab.

Suasana sukan mencambahkan idea ana untuk terus berbual.Ana terus menyoal adik nih..

“KTR dah menang apa setakat nih??”,rasa ingin tahu timbul dalam hati ana.Lalu adik tadi juga yang agak riuh mulutnya lantas dengan selambanya menjawab,

“Alaa..Kami menang kategori Kolej paling sopan je”, tersentak hati ana mendengar kalimah yang diluahkan oleh mulut si adik ini.Ingatkan dia nak bagitahu yang kolejnya telah memenangi salah satu dari sukan yang dipertandingkan.Rupanya tidak.

Satu jawapan yang membuatkan ana rasa amat bersyukur, sekalipun bukanlah datang dari usaha ana yang tak seberapa.Hanya pesanan2 yang disampaikan dengan analogi2 dan kisah2 menarik perhatian untuk dijadikan pedoman sebagai bahan kuliah subuh.Itu sahaja.Maklumla..ana nih bukannya ustaz nak sampaikan ilmu agama yang tinggi2,ilmu di dada nih pun masih sikit sangat.Ye la..Mechanical Engineering ( Manufacturing ) student la katakan…Ape pun seperti yang dah ana pesan pada rakan2 sebelum nih..sapa pun kita, tugas dakwah terbeban atas bahu kita bilamana kalimah tauhid kita lafazkan dilidah dan I’tiqad di dalam hati bahawa hanya Allah yang layak disembah dan Muhammad itu adalah pesuruhNya..Jadi mahu atau tidak kita kene sampaikan sekalipun sedikit…

Jadi ana rase setakat tu dulu perkongsian untuk hari ini…Harap2 ana boleh senyum sorang selalu lagi..

Wassalam…

Monday, July 7, 2008

Sahabatku...





Hidup ini akan sunyi kalau tak de kawan
Alhamdulillah Allah kurniakan ana rakan2 yang baik
pelbagai ragam
pelbagai rupa
pelbagai gaya
membuatkan ana rasa begitu indah hidup ini
sekalipun berjauhan dengan keluarga....
Mungkin ini yang dikatakan nikmat bersahabat

Terima kasih segalanya

Ana kembali...




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Lama sudah rasanya ana tak meng'update' blog nih.Tetiba je rasa nak menjenguk,maklum la bila dah bukak sem nih banyak perkara yang nak di handle..kalau org len hanya jadi student, ana mungkin lebih dari tu..macam2 perkara perlu diselesaikan.

Alhamdulillah setelah seminggu adik2 baru mendaftarkan diri mereka di kampus UTM skudai nih hari ini merupakan hari pertama mereka masuk ke kelas.Buat pelajar kanan juga ana mengucapkan selamat kembali ke kampus untuk teruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa.Dan buat teman seperjuangan dan sahabat2 ana yang dicintai, medan kita telah kembali semula.Antum sekalian tidak boleh lagi lena dengan mimpi yang indah.Banyak kerja dan tugas yang perlu seorang du'at galas.Teruskan perjuangan.Semoga dapat istiqamah dalam setiap gerak laku kita.

Di kesempatan kali ini ana menulis dalam blog mungkin ana nak kongsikan sedikit sebanyak kisah yang berlaku dalam minggu lepas.Memandangkan terlalu sibuk dalam menguruskan gerak kerja untuk "bertempur" maka blog kesayangan ini sedikit terabai.Tak pe, kali ini ana sempat kongsikan sedikit.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sepanjang minggu haluan siswa menyambut dengan hati terbuka freshie2 yang baru mendaftar di sini pada 1 dan 2 Julai yang lalu.Kelihatan riak wajah mereka yang putih berseri bakal membawa sinar harapan yang baru buat kampus untuk lebih bercahaya pada semester ini.

Dan juga ana mengucapkan setinggi rasa syukur kpdNya kerana Dia telah memberi ana kekuatan untuk menyampaikan tazkirah selepas solat subuh secara berjemaah di Kolej Tun Razak (KTR) hampir selama seminggu.Bagi ustaz2 pengajian Islam mungkin tidak menjadi masalah untuk sampaikan ilmu yang mereka pelajari di kelas, tapi sebaliknya bagi ana. Maklumlah insan biasa yang Allah kurniakan sedikit kelebihan untuk bercakap dihadapan orang,menyampaikan ilmu pada org lain sekalipun ilmu di dada masih sejengkal.Malu rasanya ana untuk menerikatan perkara nih.Tapi apa pun perkongsian ini mudah2an dapat sama2 kita ambil pengajaran bahawa nak tak nak kita kena sampaikan ilmu Allah itu pada manusia selagi kita berkemampuan.Salah dan silap itu perkara biasa kerana kita bukanlah insan maksum seperti para anbiyya'. Oleh itu ana bertekad untuk berubah menjadi muslimin yang bukan sahaja boleh memimpin muslimatnya tapi juga dapat memimpin keluarga yang lebih besar dari keluarganya sendiri. Sebab hari ini masyarakat yang putus talinya dengan Tuhan begitu ramai, dan bagi ana kita yang sedar perlu menghulurkan tangan pada mereka supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.

Hari Jumaat lepas telah memberi suatu motivasi dalaman pada ana yg cukup terkesan.Khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Ismail Musytari menggetarkan jiwa ana.Tegak bulu roma ketika ana mendengar ustaz ismail meluahkan kata2 dari mulutnya.Bingkas celik dan segar mata ana yang dilanda kesayuan disebabkan keletihan sebelah pagi.Masakan tidak.Dengan suara yang tegas,kuat dan memenuhi sekian ruang yang besar dalam Masjid Sultan Ismail(MSI) diulit pula dengan kata2 yang benar2 menusuk kalbu menginsafkan diri ana yang kerdil ini.InsyaAllah kalu ade masa ana akan post kan teks khutbah beliau.


Oklah ana kongsi sedikit.Ia berkisar tentang mahasiswa hari ini dan kepemudaan di zaman Nabi dan para sahabat. Nak btau sahabat2..kalau kita nak bandingkan dunia remaja kita hari ini mmg jauh sangat dengan masa silam.Masa kemunak IslaM GEMILANG.Kisah Ashabul Kahfi yang bersembunyi untuk menyelamatkan iman,Usamah bin Zaid yang memimpin tentera dikala masih muda,Muhammad Al-Fatih yang menakluk Rom, Saidina Ali yang menggantikan nyawa Baginda Nabi ketika peristiwa hijrah demi untuk melihat Islam yang agung terus berkembang dan ramai lagi nama yang begitu agung dan penuh sarat masa muda mereka diisi dengan memperhambakan diri padaNYa.Hebat,nyata hebat dibandingkan dengan mahasiswa hari ini yang rosak imannya dan malah ada yang ingin menghancurkan Islam itu sendiri dari diri mereka.Na'uzubillah.

Hari sabtu pula tiba.Hari yang agak meletihkan sekalipun belum melaluinya.Tapi diri dah dapat merasainya.Di kesempatan hari sabtu ini telah membuku memori yang begitu indah buat diri ana serta sahabat2 lain.Semuanya sebab ana..tapi tak pasti la.Ana hanya merancang tapi yang dah tentukannya Allah Yang Maha Mengetahui.Terima kasih Allah sebab permudahkan segalanya hari itu. Hari yang penuh ceria setelah perancangan yang rapi dijalankan untut 'tawan' padang dengan suasana PMI yang menguasainya..Alhamdulillah ianya berjaya.Planning untuk kuasai padang UTM yang luas dengan kibaran bendera PMI berjalan mudah.Ana tukang kibar berdera.Tinggi menari di udara.Berkibar megah.Terbang diseluruh penjuru padang.Memenuhi ruang anak mata setiap manusia di padang yang memandang nya, termasuk orang2 tertinggi kampus.

Disamping bendera berkibar megah, ada lagi perkara yang menarik perhatian adik2 baru diisi sekitar pemegang bendera [tepi ana la tu]...'APRONMAN' @ lebih sedapnya 'BATCHBOY' memakai apron yang diletakkan pada apron tu button batch PMI yang comei2 sambil membawa balang yang dipenuhi kacang untuk di teka adik2..Suasana riuh rendah, menarik, sekalipun ringkas tapi adik2 baru suka menerimanya.Suasana terus ceria sambil ikhtilat dikalangan laki-laki dan perempuan,siswa dan siswi dijaga.Alhamdulillah semuanya menjadi.Tamat sehingga tengahhari..Memang letih ari tu.Tapi hati ana menjerit gembira dan suka.Sekalipun sahabat lain mungkin rasa biasa. Sebab agenda lain yang lebih besar bakal bermula.Dan permulaannya telah menjanjikan penghujung yang yang bisa diramal dengan mudah.Apepun semua tu ketentuan dariNya...

Ok la...sikit sebanyak dah ana kongsi...Mungkin tu sebab blog ni agak menyepi seminggu ni..dan ana merasakan ia bakal menyepi untuk lebih lama lagi selepas ini.Ada tugas besar yang perlu diselesaikan....

Ok..insyaAllah berjumpa lagi.

Tuesday, July 1, 2008

Kerana Dirimu Begitu Berharga!


Assalamualaikum W.B.T buat sahabat2 sekalaian...

Entah mengapa tiba-tiba sahaja tangan nih gatal nak kupas tajuk nih.Frasa iklan komersial (Loreal..kalau tak silap ana lah) membawa ana untuk mengupas ttg kehidupan remaja @ anak muda kita hari ini. Yang kadang kala dilihatkan hilang harga diri disebabkan jenayah yahudi membawa kehidupan mereka supaya hanyut dalam dunia budaya kuning, yang kotor lagi menjijikkan,iaitu hedonisme.

Ana agak terkesan dengan suatu perbualan ringkas seorang anak kecil dengan ibunya.

“Ummi, kalau Adilla menyanyi salah ker??”, rungut Adilla, anak kecil yang terkesan dengan nasihat ustazahnya sewaktu sesi persekolahan pagi tadi pada ummi kesayangannya.

“Tak salah, tapi dalam Islam ada caranya”, segera Ummi membalas keraguan yang timbul di benak Adilla, anak kesayangannya.Kembali tenang jiwa anak kecil ini yang meronta imannya untuk mendapatkan kepastian dari seorang ibu mithali.


Apabila kita sebut menyanyi, semestinya perkataan ini terlalu sinonim dengan istilah hiburan.Ya, umpama aur dan tebing, tidak dapat dipisahkan lagi.Mungkin Adilla si anak kecil tadi,dalam usianya yang masih muda hatinya tertanya tanya pada si Ummi, apakah menyanyi dan berhibur itu bakal mendapat murka Allah dan dibalas dengan dosa yang akhirnya dijanjikan neraka??

Bagi ana Islam bukanlah agama yang meminggirkan hiburan secara keseluruhannya, bahkan dalam Islam menganjurkan untuk kita berhibur sesama rakan taulan dan ahli keluarga bagi mengeratkan silaturrahim dan memupuk rasa kasih dan sayang. Ini kerana Islam agama yang syumul menitik beratkan soal fitrah manusia itu sendiri yang suka pada hiburan. Cuma indahnya hiburan Islam, Allah telah tetapkan buat kita Al Quran sebagai rujukan untuk kita berhibur.


Dalam Islam hiburan yang indah ialah hiburan yang mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta Yang Maha Esa iaitu dengan tunduk mengabdikan diri padaNya;melaksanakan ibadah wajib dan sunat, cinta pada Al Quran,berzikir dan munajat padaNya.Inilah hiburan yang teragung disisi Allah bagi insan-insan yang bertaqwa. Adapun begitu Islam masih menerima sebarang bentuk hiburan lain umpamanya nyanyian, nasyid, bersukan dan sebagainya selagi mana hiburan itu berjalan di atas landasan keindahan syariat Islam. Pastinya hiburan yang Islam gariskan ialah hiburan yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah dan terjaga batas pergaulan di antara lelaki dan wanita.

Saban hari dapat kita saksikan hati kita yang Allah jadikan begitu seni ini terisi dengan seribu satu macam pengisian duniawi. Agaknya berapa kali kita rasa bersyukur padaNya setiap hari atas kurniaan sekeping hati yang begitu unik ini.

Alunan-alunan merdu suara artis popular tanah air dengan kalimah cinta sesama insan seringkali mengisi ruang kekosongan jiwa kita. Persembahan rancak pelatih-pelatih ‘reality TV’ hari ini seperti Akademi Fantasia, Geng Star, Bintang Kecil dan sebagainya lebih mudah kita jadikan sumber untuk menghiburkan dan mententeramkan hati. Sedang Allah s.w.t menjanjikan hiburan yang paling indah untuk mententeramkan hati seperti firmanNya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Justeru kita selaku mahasiswa yang menjadikan ilmu sebagai penyuluh cahaya hati, perlu senantiasa menjaga hati dari dicemari kekotoran agenda halus protokol yahudi yang menyelimuti manusia dengan budaya hedonisme yakni hiburan yang melampaui batas dan mengundang kemurkaan Allah. Bukankah apa yang kita cari dalam hidup ini adalah keredhaan dan kecintaan dari Allah? Apakah mungkin ilmu yang kita pelajari selama ini akan mendapat berkat dari Allah andai kita kerap mengisi hati dengan nilai-nilai barat yang mengeruhkan jiwa dan melemahkan minda? Apabila ilmu kita tidak berkat, apakah mungkin pula kerjaya dan pendapatan yang bakal kita peroleh diredha Allah? Dan kita bakal melahirkan generasi, sanggupkah kita menyuapkan anak-anak kita daripada sumber pendapatan kita yang tidak berkat tadi??

Hasil daripada rantaian pusingan kehidupan ini, kita akan terus melahirkan generasi anak muda yang lemah mindanya, berjiwa kecil, kurang sifat kepimpinan, dan tidak lagi menjadi ikon buat masyarakat di luar sana.

Oleh itu, marilah sama-sama kita membawa angin perubahan pada diri. Mulakan hidup kita dengan menjadikan hiburan Islam ini sebagai alternatif yang terbaik untuk menghiburkan diri di samping mendapat keredhaan Allah di dalam hidup ini.

Cat Steven atau dikenali sebagai Yusuf Islam setelah disinari cahaya Islam juga seorang penyanyi dan penghibur yang menjadikan hiburan sebagai metod dakwah yang paling efisyen. Muncul pula Opick kumpulan dari Indonesia yang kian menambat hati anak muda hari ini dengan lagu-lagu hiburan yang diselitkan mesej kutuhanan. Tidak kurang hebatnya juga kumpulan nasyid tanah air yang turut memberi saingan kepada artis-artis popular kita kian menambat hati anak muda di samping melebarkan sayap dakwah. Akhil Haiyy yang merupakan seorang penceramah agama dan turut merakamkan album nasyid kini menjadi igauan dan sebutan di bbir-bibir remaja yang dahagakan hiburanyang berunsurkan penghayatan kepada Ilahi. Malah ramai lagi penghibur serta kumpulan-kumpulan nasyid yang boleh kita jadikan sebagai koleksi hiburan hati, bukan sekadar hati terhibur bahkan jiwa kita tumbuh subur mekar dibajai rahmat Ilahi.Barulah keberkatan hidup kita ini melahirkan generasi muda penerus agama yang disegani dan dihormati kerana punyai jati diri yang sejati. Ayuh! Selamatkan generasi muda kita hari ini daripada dibajai jiwa mereka dengan kecintaan duniawi semata-mata.


Mohd Amin Bin Mohd Hamami

Opick - Taubat


Opick - Taubat

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekalipun ianya hanya lagu yang berkumandang untuk menjadi halwa indah buat telinga-telinga insan yang mendengarnya sedikit sebanyak ianya memberi kesan yang mendalam pada diri ana apabila menghayati lirik ringkas yang membawa kita mengenal tuhan disamping rasa banyaknya dosa kita padaNya..Ubat yang mujarab ialah TAUBAT!!

So..jom sama-sama kita dengar lagu nih

Thursday, June 26, 2008

Oh...Wahai Gincu Bibir dan Kasut Tinggi

Assalamulaikum WBT

Salam ceria untuk semua pembaca yang setia...

Dua tiga hari lepas kita dikejutkan dengan satu isu yang dipandang remeh oleh sesetengah pihak tapi sebenarnya ia melibatkan soal akidah serta keyakinan kita pada Sang Pencipta Alam Semesta..

Oleh itu ana juga rasa terpanggil untuk sama2 berbicara memberi pandangan yang tak seberapa nih...Isu kasut tinggi dan gincu bibir.

Bagi mereka yang zahir dan batinnya telah dibaluti erat dengan didikan sekular, perkara ini akan menjadikan mereka hanya sekadar bahan ketawa dan mengisi masa lapang untuk berbicara mengenainya. Tapi bagi mereka yang imannya subur tersemai dengan cahaya rabbani isu ini membuatkan iman mereka meronta2, diri mereka tak senang duduk mendengarkan suara nakal mengetengahkan isu ini.

Orang sekarang mungkin ramai yang mengatakan,"Apalah kerajaan kelantan nih..tak up-to-date laa..kita kan dah moden, bagi la wanita ruang untuk dapat kebebasan skit"....

Kata-kata dari mulut celupar ini bertepatan dengan sabda baginda Nabi Muhammad :

“Sesungguhnya ISLAM itu dahulu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali semula dalam keadaan yang dilihat asing”

(Riwayat Muslim)

Sememangnya zaman mula2 Islam diperkenalkan Nabi di zaman jahiliyyah dahulu, mereka merasakan janggal dan pelik dengan cara hidup yang dibawa oleh pesuruh Allah ini.Ramai yang menentang hatta kaum kerabat nabi sendiri menentangnnya.Kerana ISLAM itu begitu asing bagi mereka..

Dan bertepatan dengan hadis Nabi tadi, sebagai satu peringatan kepada kita umat akhir zaman, bahawa ISLAM akan kembali asing dan hukum hakam yang digazetkan Allah dalam Al Quran di anggap tidak lagi relevan. Seperti yang berlaku di zaman Nabi, ISLAM bukan dipandang pelik dan asing oleh penganut agama lain, malah ianya dipandang jijjk oleh penganutnya sendiri iaitu orang yang menggelarkan diri mereka ISLAM, sebab dalam kad pengenalan ade title ISLAM. Hina dan hina.Sememangnya kita berada di hujung zaman.

Pada hemat ana, selama ana menuntuk ilmu berkaitan agama, mereka-mereka yang mempersendakan hukum Allah ini telah jatuh dalam syirik kecil yang mana ianya adalah dosa yang tidak akan diampunkan Allah.

Mulut-mulut biadap ini telah mempersendakan tindakan kerajaan Kelantan yang berada dibawah kepimpinan ulama yang merupakan pewaris Nabi menetapkan kod pemakaian yang longgar,labuh serta tudung yang menutup aurat,seperti yang telah disyariatkan oleh ISLAM.Tindakan mereka ini bukan sahaja mempamerkan kebodohan mereka terhadap agama malah meletakkan mereka sebaris dengan golongan kuffar dan penganut agama lain.Bukan itu sahaja, ianya jelas membuktikan sistem pendidikan negara kita belum lagi benar2 mendidik manusia mengenal pencipta Yang Maha Esa disamping menerapkan kemahiran duniawi.

Ana begitu kagum dengan kerajaan Kelantan yang berani untuk menggariskan satu kod pemakaian yang bertepatan dengan panduan Al Quran.Ini membuktikan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan Kelantan bukan semata2 bertujuan untuk meraih simpati politik, malah kuasa mentadbir yang dimiliki benar-benar digunakan untuk mendaulatkan syiar ISLAM dibumi Kelantan.Andai benar2 isu ini semata2 untuk meraih kepentingan politik, logik akalnya kita akan menyatakan tidak.Kerana ia pastinya akan ditentang dan sememangnya jelas tiada fungsi dalam meriah simpati.Benarlah kata pejuang2 ISLAM dan sememangnya sudah menjadi sunnah dalam menyebarkan ISLAM, jalan dakwah ini tidak akan sepi dari ranjau dan onak duri, ditentang dan terus akan ditentang.Dan itulah sebenarnya kemanisan dalam berjuang dan berdakwah.

Dari satu sudut pemikiran secara zahirnya, bukankan kerajaan Kelantan mengambil tindakan ini untuk kebaikan bersama.Bukan setakat untuk umat ISLAM tapi untuk kesejahteraan semua umat manusia tidak kira apa jua agama.

Kasut tumit tinggi.

Dalam Islam sememangnya melarang wanita mengenakan kasut sebegini bertujuan untuk mengelakkan dari keluarnya bunyi yang akan menarik perhatian kaum Adam. Tapi mari kita lihat dari segi zahirnya,fizik sains dan kesihatan.Jelas kasut bertumit tinggi akan mempunyai ruang tapak yang kecil dibahagian belakang kasut tersebut. Dalam kajian fizik tekanan adalah bersamaan dengan daya yang dikenakan (berat badan) dibahagikan dengan luas permukaan. Luas permukaan yang kecil bagi kasut bertumit tinggi ini akan menyebabkan tekanan yang besar dikenakan keatas permukaan lantai.Dan mengikut Hukum Gerakan Newton ketiga, setiap tindakan akan ada tindakbalas.Oleh itu tekanan yang dikenakan pada permukaan lantai tindakbalasnya akan diterima oleh tumit kita.Dan tindakan tekanan yang besar ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan kita apabila kajian menunjukkan beban tekanan ini akan ditanggung oleh tulang belakang disebabkan postur kaki tang tidak betul kedudukannya kerana terpaksa menyesuaikan dengan bentuk kasut yang bertumit tinggi tadi.

Jelas kerajaan Kelantan memikirkan soal kebajikan kesihatan wanita2 Kelantan.So, still tak nak bersyukur dan ucapkan terima kasih???


Gincu Bibir

Dalam ISLAM, wanita dan kaum hawa atau sinonimnya muslimat dilarang untuk memperhiaskan diri (tabarruj) bagi tontonan kaum lelaki.Berhias hanya untuk suami. Hikmahnya banyak.Untuk mengelakkan nafsu syahwat lelaki ini berada diluar kawalan.Bagi yang berkejaya cukup untuk diri berada dalam keadaan kemas serta menutup aurat.Dan gincu bibir juga merupakan salah satu komponen perhiasan diri yang ditegah agama. So dalam konteks ini ana cukup setuju dengan tindakan kerajaan Kelantan dalam usaha untuk mengelakkan gejala sosial seperti kes rogol berleluasa.

Mari kita kaji dari segi logik akal dan sains nya. Jelas lagi bersuluh gincu bibir bukannya produk yang dihasilkan dari sumber herba dan tumbuhan semata.Malah hampir sebahagian besar kandungan bahan untuk menghasilkan gincu bibir ini terdiri dari bahan kimia yang memberi kesan sampingan pada penggunanya dan semestinya pengguna tersebut adalah wanita. Kesan sampingan jangka masa panjang ini memberi impak yang besar kepada kesihatan justeru ianya akan menyebabkan prestasi pekerja menurun dan kadar produktiviti syarikat kurang memuaskan.

Sehingga ke situ sekali kerajaan Kelantan yang baik hati ini memikirkan soal kebajikan rakyatnya demi untuk sama sama merasai nikmat kehidupan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Kesimpulan

Oleh itu tohmahan yang tak berasas ini bahkan dirasakan sebagai suatu tindakan bodoh dalam mengkritik kerajaan Kelantan dan meminta untuk menarik balik nasihat yang diberikan oleh kerajaan Kelantan kepada kaum ibu ini seharusnya dipandang sinis dan tidak harus diberi muka.Tugas kerajaan Kelantan mentadbir negerinya melaksanakan amar makruf nahi munkar merupakan tugas yang amat mulia. Justeru, semua pihak yang faham akan kepentigan beragama diharapkan dapat memberi sokongan dalam apa jua bentuk untuk memartabatkan kembali keagungan ISLAM.Akhir kalam dari ana sama samalah kita tegakkan syiar ISLAM kembali.

Bersama Membangun Ummah

Membangun Bersama Islam

Takbir!!!

Mohd Amin Bin Mohd Hamami

Wednesday, June 25, 2008

Enam Tahun Berlalu..Kehilangannya Masih Terasa


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Buat sahabat - sahabat sekalian,
Kenal tak sapa dalam gambar nih??
Entah mengapa terdetik hati ana untuk melihat nukilan2 yang terdapat dalam tranungkite.net sebentar sahaja tadi. Dan sampai ke satu artikel yang mempamerkan wajah yang begitu berseri (seperti gambar di atas) hati ana terasa begitu sayu dan hiba.
Dengan tajuk artikel yang ditulis "Setelah Enam Tahun, Kehilangan Ustaz Fadzil Noor Masih Terasa" yang dinukilkan oleh anak kesayanganya sendiri,Muna Izzah Fadzil hati ana begitu tertarik untuk habiskan pembacaan artikel tersebut.

Nukilan ini dihasilkan sendiri dari ketulusan hati seorang anak pejuang agama yang begitu dikagumi untuk mengingati kembali saat pemergian beliau setelah lama berjuang di medan suci ini.Walaupun sebenarnya sebenarnya saat kehibaan ini telah menjangkau 6 tahun yang lalu tapi kesedihannya terasa sehingga kini.Jemputan hormat daripada Ilahi terpaksa dipenuhi sekalipun bagi diri beliau terasa begitu banyak lagi yang ingin disumbangkan untuk agama.
23 Jun menyaksikan bahawa kepimpinan ulama' di negara kita ini silih berganti.Sekalipun kita dipimpin oleh protokol kehidupan sekularisme.Senario ini bagi ana ia menggambarkan bahawa apa jua yang terjadi perjuangan untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini akan diteruskan. Mengenangkan kisah pemergian tokoh yang disegani ini membawa ana untuk menghayati sirah Nabi yang agung. Pemergian nabi bukan bermakna terkuburnya Islam. Bukan bermakna lenyapnya perjuangan. Tapi perginya Nabi menghadap kekasihNya membuktikan perjuangan Islam ini perlu diteruskan digalas dibahu umat Islam sekalipun Nabi telah tiada. Kepimpinan baginda Muhammad disambut baik oleh barisan khulafa' Ar-Rasyidin yang awalnya dipimpin oleh Saiyidina Abu Bakar As-Sidiq, pembenar kata2 Nabi, Saiyidina Umar Al Khattab, pembeza yang haq dan batil, Saiyidina Othman Ibn Affan, dan Saiyidina Ali Karamallahu Wajhah.
Ianya berlaku sehingga hari ini.Dan sehingga penghujung dunia.Kerana pasti dan pasti Islam pasti akan dijulang tinggi suatu hari nanti.Al-Marhum Ustaz Dato' Hj. Fadzil bin Mohd Noor telah banyak membawa perubahan kepada gerakan Islam di negara kita. Pemikiran, kepimpinan, ketokohan beliau bukan sahaja disegani oleh pendokong serta pengikut beliau malah digeruni oleh musuh2 yang memusuhi gerakan Islam.
Seperti yang diluahkan oleh anaknya," mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada."
Katanya lagi, " Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia (PAS) makin dapat diterima kawan mahupun lawan. "
Dan ini realiti yang ana lihat berlaku hari ini. Pemikiran Allahyarham telah dijadikan panduan dan motivasi oleh kepimpina ulama' hari ini sehingga meletakkan PAS bukan sahaja diterima oleh masyarakat melayu beragama Islam malah disambut baik serta disanjung tinggi oleh meraka yang bukan beragama Islam. Kaum Cina dan India begitu senang dibawah pentadbiran ulama' di Kelantan hari ini, malah mereka lebih menyayangi Tok Guru berbanding Kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah yang penuh carca merba saban hari.
Ini membuktikan kepimpinan Islam telah mengambil serta menghayati ungkapan yang sering diluahkan Al-Marhum iaitu, "Pengorbanan perasaan adalah yang paling sukar dilakukan". Bagi ana semua peringkat gerakan Islam samaada bermula di kampus mahupun sehingga ke pimpinan tertinggi PAS perlu memahami luahan kata-kata AlMarhum ini dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Bilamana perasaan dapat kita korbankan, perkara lain akan lebih mudah untuk kita korbankan sekalipun nyawa yang kita sayang. Dan kata-kata ini juga ada sifat rantaiannya dengan pesanan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpesan supaya,"sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga." Suatu gambaran sifat peribadi mulia yang perlu kita pamerkan dalam berjuang supaya musuh meletakkan rasa hormat pada kita.Pengobanan perasaan untuk kita memberi bunga setelah dilempar batu merupakan gabungan analogi yang begitu signifakan menggambarkan indahnya ISLAM.
Harapan ana agar sama2 kita terkesan dengan perjuangan ulama' terdahulu mendaulatkan ISLAM disamping kita juga perlu sama2 berkorban dalam apa jua method yang ana untuk melahirkan rasa cita orang lain terhadap keagungan ISLAM. Semoga segala titik peluh kita menyumbangkan untuk kebangkitan Islam akan menjadi saham di akhirat kelak bila kita bertemu di hadapan Allah untuk mendapatkan redhaNya.
Ana kira cukup sekadar itu dulu celoteh ana hari nih.Mudah2an semua dapat manfaat.Amin Ya Rabbal'alamin.
Wassalam
Mohd Amin B Mohd Hamami

Tuesday, June 24, 2008

Muslimat juga berdemo...muslimin??


Ana baru je baca paper Siasah tadi
nak tergelak pun ada
rasa bangga pun ada
tapi ape pun inilah dia realiti dunia hari ini
di Malaysia negara diri ini dilahirkan
dalam satu bahagian paper nih
di bawah slot "Wanita Kini"membincangkan soal Wanita turut berdemo
ade la wajah dua org muslimat yang ana kenal dalam gambar tu

Yang sorang tu mmg tak asing lagi
Kat Athira Al-Jundi
nama pun dah ada gaya seorang pejuang
seorang mujahidah...

Yang sorang lagi
jelas tersenyum manis
dengan hati yang sedang membara berdemo
Kak Dahlia
kecik je orgnya
tapi jiwanya besar
mengalahkan hebatnya YB yang berdebat di parlimen

Cume terlintas di hati ana..
betapa tingginya semangat keberanian
dalam diri mereka2 nih
men'jantan'kan diri untuk membuktikan
mereka juga berhak untuk mendapat hak sbg
rakyat malaysia
dan hak sbg seorang wanita
serta memperjuangkan hak untuk
memiliki sebuah negarayang dipimpim oleh meraka
yang berwajah pemimpin sebenar..

Sekaligus ia melambangkan
bahawa wanita juga mampu untuk menegur serta merubah kerajaan..
Lagi2 wanita pembangkang
yang dipimpin oleh
Dewan Muslimat
serta kerabat tenteranya..

Monday, June 23, 2008

Entah mengapa tetiba sahaja
tangan ana nih merasa nak mencoretkan sesuatu
tapi dalam fikiran ketika nih tak tahu lagi nak coretkan apa
insyaAllah kejap lagi ade la angin yang lalu
membawa ilham buat ana untuk coretkan...

Ya..
Ada dah angin lalu yang bagi ana ilham
terdetik pula rasanya nak ucapkan
tahniah kepada adik2 yang baru sahaja
dua tiga hari lepas dapat keputusan untuk
masuk ke universiti
Tahniah dan tahniah sekali lagi...!!!

Adik2 semualah sebenarnya yang bakal merubah
dunia U hari ini
sama ada nak jadikan U nih bertambah baik
ataupun agenda2 jahat yahudi yang adik2 nak bawa...
terpulang..tapi ingatlah Allah meletakkan
hamba2Nya yang melaksanakan
amar makruf
nahi munkar
jauh tinggi martabatnya
berbanding mereka yang duduk sahaja
apatah lagi mereka yang menentang Agama ALLAH...

Ape pun ingatlah pesan ana
dunia U nih bukan lagi
sekolah
tadika
atau kelas2 pengajian lain..
Tapi universiti adalah
medan untuk kita buktikan
kemampuan kita dari segi ilmiahnya
dan segala kemahiran kita untuk memimpin
dan dipimpin...

Ok lah..dah banyak ana mengarut
makin lame makin bertambah la kemengarutannya nanti..
Kepala pun dok penin2 lagi..
Hidung pun tak berapa nak sihat sangat

Ape pun sekali lagi ana ucapkan setinggi2 tahniah
kpd adik2 yang dapat meneruskan pengajian di U
bagi mereka yang tak dapat jgnla bersedih sgt
mungkin Allah dah tetapkan segalanya yang terbaik untuk kita...
Good Luck..
And All d'Best!!

Thursday, June 19, 2008

Jalan-jalan


Alhamdulillah..Syukur pada-Nya yang memberi kesempatan untuk diri ana menambah koleksi pengalaman disamping ilmu pengetahuan.

Hari yang penuh bermakna buat diri ana ini telah membawa ana ke syarikat media panas utama negara iaitu Harakah. Selalu kita baca. Selalu kita tatap wajah pemimpin. Tetapi kali ini ana diberi peluang untuk melihat sendiri bermula proses awal sehingga akhbar siap dicetak.

Dari barisan editor yang mendapat maklumat dari wartawan sehinggalah ke bahagian designer yang menceriakan wajah Harakah senang dengan kunjungan kami ke sana.

Kebetulan pula tazkirah di kala zuhur memberikan sedikit input rohani berhubung sistem ekonomi Islam zaman khalifah Umar sebelum jasmani dihidangkan dengan juadah yang enak.

Alhamdulillaha..Jazakallahu khairan Jaza kami ucapkan buat semua staff yang bertugas di pejabat Harakah. Semoga tak serik dengan kehadiran kami di lain masa.Time kaceh!!




Wednesday, June 18, 2008

Ke mana halatuju maruah Malaysia




Awal-awal lagi sebenarnya bukan sengaja ana malas untuk kupas isu utama dunia ini, tapi sambil memikirkan bahawa banyak pemikir2 semasa serta pengkritik2 bebas akan meligatkan tangan2 mereka untuk saling menjual nama melebarkan hujjah untuk membahas isu ini. Isu sensitif.I su rakyat. Isu negara.
Apa sudah jadi??


Bukan lagi politik yang menjadi latar kepada drama kenaikan harga minyak ini sebaliknya senario yang kita lihat hari ini jelas mempamerkan wajah sebenar rakyat menyatakan rasa tidak puas hati serta marah yang membara kepada kepimpinan negara hari ini di bawah Jeneral Abdullah Ahmad Badawi. Kenaikan yang melampau iaitu RM 0.78 seliter atau 40 peratus bagi petrol dan RM 1.00 bagi diesel benar2 memberikan implikasi yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hasil pengkajian ana selama bermulanya isu pembebanan terhadap rakyat oleh pemimpin yang zalim ini ialah masalah yang paling ketara apabila kesan rantaian hasil kenaikan minyak yang mendadak ini terpaksa ditanggung oleh rakyat tanpa langsung keperitannya dirasai oleh pemimpin tertinggi negara. Apakah mereka melihat dengan hanya memotong elaun keraian sebanyak 10 peratus mampu mengubat hati rakyat yang terpaksa menahan luka pedih yang disiram cuka setelah kenaikan harga beras sebelum kenaikan minyak baru2 ini terpaksa pula menerima padah 40 peratus kenaikan minyak..? Di mana letaknya keadilan pimpinan sebuah negara yang sememangnya telah diragui selama ini..? Perlukah kita yang masih sombong untuk mempertahankan kepimpinan Pak Lah beserta kuncunya bertahan lebih lama lagi dengan titah zalim beliau menekan bahu rakyat..??


'Tsunami' lebih dahsyat kini dalam dilema

Sememangnya gelombang besar suara rakyat mula digeruni Pak Lah bersaudara. Saban hari rasa 'mengantuk' beliau kian hilang kerana dihantui suara2 mengherdik beliau supaya berundur diri. Signal rakyat jelas. Mahukan pemimpin lain menerajui negara. Andai Pak lah tak mahu berundur sehingga 2010, pada kaca mata penganalisis politik bebas seperti ana ini menjangkakan 'tsunami' politik kedua akan berlaku sebagai kesinambungan tsunami politik pertama selepas PRU- 12 yang lalu. Bagi ana, kerajaan sepatutnya tidak hanya menunggu gegaran kedua untuk meramal tsunami bakal berlaku lagi sebaliknya perlu mencapahkan strategi mencari jalan keluar secepat mungkin menyelesaikan masalah ini. Dan caranya mudah sahaja..tukar peneraju negara!! Demograf yang menjadi alat ukur gegaran jelas menunjukkan bacaan sememangnya tsunami kali ini BERBEZA dari yang terdahulu. Limpahan rakyat membanjiri jalanan sebagai tanda aras awal yang perlu diberi perhatian serius seperti yang telah berlaku di Kuala Lumpur 13 Jun yang lalu. Suasana Dewan Rakyat di Parlimen ketika bersidang menyaksikan bibit-bibit permulaan bakal adanya wakil kerajaan yang menjerit kata 'SETUJU' untuk cadangan pembangkang...kian hari kian bertambah. Dan pelbagai lagi tanda2 'kiamat' untuk UMNO dan Barisan Nasional memimpin negara jelas tertampang di dada2 media alternatif hari ini. Membuktikan tempoh matang pemikiran rakyat diperbodohkan sudah berakhir.


Zaman akan datang

Apa yang lebih membimbangkan ana selaku mereka yang membaca situasi dari pelbagai sudut serta bergelumang dengan pelbagai jenis pandangan pemimpin negara, hatta dari sebelah yang menegakkan kebenaran mahupun yang sedang mencari kebenaran melihat suasana politik yang rakus hari ini bakal menjanjikan dunia Malaysia yang kucar kacir lima ke sepuluh tahun akan datang. Zaman anak2 kita.Zaman cucu2 kita. Dan Zaman generasi penerus perjuangan kita. Politik zaman akan datang bakal diratah dengan rakusnya oleh agenda jahat yahudi yang telah ditanam sejak lama lagi dalam kepimpinan negara. Dan hari ini rahsia itu kian terselah oleh kerana lemahnya pemimpin negara menjaga agenda zionis ini. Dunia bakal porak peranda. Malaysia bakal hancur binasa. Disebabkan kejahilan serta gilanya pemimpin hari ini, remaja..belia..anak muda hancur masa depan mereka..

Yang dikampus dididik membenci ISLAM serta pendokong mata rantai nabi ini. Disuap dan dirasuah untuk mengagungkan pimpinan negara.Jelek dan hodoh sungguh perangai pentadbir kampus yang memuja kepimpinan jahat negara untuk menjilat sedikit habuan dari mereka. Bapak sama..anak pun sama. Itu isu kampus. Yang diluar lagi lah...Ditarbiyyah dengan cara 'sekular' mati-matian..Syahadatain anak2 muda dilonggar2kan dengan dunia hedonisme yang melampau.Bahkan ada yang telah tercabut imannya hasil didikan UMNO dan tenteranya. Setiap inci salur darah mereka diisi dengan rasa benci terhadap ISLAM apatah lagi perjuangannya. Begitu jijik sekali tindakan penggerak2 prokotol yahudi di Malaysia. Yang kebanyakkannya dibarisi oleh pemimpin tertinggi negara kita. Hancur punah belaka.


Justeru, ana menyeru kepada jentera diperingkat akar umbi terutama penggerak ISLAM kampus supaya menyediakan mujahid2 yang benar2 telah dipersiapkan diri mereka dalam pelbagai aspek untuk memastikan negara kelak dipimpin oleh pemimpin ISLAM yang kompeten. Ingat pakej tarbiyyah luar bukan hanya tarbiyyah ruhiyyah semata2 kita bekalkan untuk amilin2 professional ini malah yang lebih penting adalah soal tarbiyyah dari segi pengurusan, pentarbiran dan yang lebih utama adalah kepimpinan.Sama2 kita lahirkan generasi baru yang bakal menyelamatkan negara dari tsunami seterusnya.